Cuci-cuci di Turki

11:16 PM ida ahmad 0 Comments

Satu perkara yang senang nak jumpa kat Turki ni, kalau berhenti kat hentian, kenderaan mesti akan dicuci.. Berus penyapu lagi. Risau kereta bercalar? Haruslah..

Memang nampak kesungguhan mencuci tu. Kalau kereta pinjam, mau nervous nak jumpa tuan kereta. Kalau kereta sendiri, mau pengsan la la tu juga.

Saya ada tanya pada tour guide, berus tu kasar tak? Dia kata lembut ja. Tak bercalar kereta. Korang tengok video dan rasa macam mana? Soalan saya seterusnya, free ka kena bayar? Jawabnya bagi ja macam tip, 5 lira ka..


Jadi jangan terkejut kalau tengok aksi begini kalau korang melancong ke Turki. Berani tak cuba pada kereta sendiri??? :D

Ida Khairani

www.ceriterakami.blogspot.com
www.mysupervitamins.com
www.sarawakauthentc.blogspot.com

0 comments:

Kembara Turki Hari Ketiga di Kusadasi dan Pamukkale

10:36 AM ida ahmad 0 Comments

Hari ketiga di Tukri, kami breakfast di hotel Marti Beach Hotel yang mengadap Laut Aegean. Seberang sana adalah Athens tapi tak nampaklah. Air laut sangat jernih gila dan sejuk.




Makan laju-laju kami pun terjun mandi seround. Eh idaknya. Beg memang dah siap untuk check out seawal pagi lagi. Walaupun banyak aktiviti di pantai ni tapi airnya masih lagi jernih ok. So cool !



Hari ni kami jalan-jalan di Serluc. Pertama kali kami dapat tengok live fashion show. Rasanya memang trend dan tarikan kilang - kilang kulit di sini buat fashion show. Kami diberi kertas untuk isi baju mana nak beli. Wah wah !! Bagusnya kat kilang ni, kalau rasa terpanjang jaket boleh alter terus. Kulit jaket paling glam kat sini adalah kulit kambing. Harga mahal tapi katanya banyak brand international ambil barang diorang dan jual dengan harga 3x ganda contohnya Burberry, Gucci, Boss dan lain2.

Selepas menabur wang di situ, kami melawat Ephesus Ancient City. Tempat yang sangat cantik, bersejarah dan impressive. Perjalanan kat kota ni ada dalam 2KM, van drop kat gate dan kita jalan kaki macam zoo tu.



Kat tapak arkeologi ni boleh tengok tinggalan sejarah dari zaman Rom dan sebelumnya lagi. Ada Library of Celsius, Odeon, Grand Theatre, temple of Handerian, Roman Bath. Selalu tgk dalam movie ja. Ni real depan mata.



Masa kami di sini, kami tertinggal baby carrier di kilang jaket kulit tu. Memang jenuh mendukung Nuh Iman yang tidur. Gilir-gilir dengan abah dukung Iman yang diulit mimpi. Dah last2 tu, baru Iman jaga. Sunburn jugalah Ibu jalan-jalan tengah panas terik ni. Sangat berbaloi kalau bawa cap atau beli topi ala diva sebenarnya.



Keluar dari Ephesus ni banyak kedai2 jualan juga. Bolehlah beli turkish delight murah di sini. 6-7 kotak untuk 20 Lira tapi rasanya kenalah test dulu ya.

Kami lunch di restoran di Selcuk dan dapatkan balik baby carrier yang tertinggal tu. Orang kedai tolong hantarkan.. Huhu selamat. Alhamdulillah. Masih panjang lagi jodoh kami dengan Ergo yang selesa dan kukuh yang ibu beli masa nak ke Vietnam 4 tahun lepas.

Kami melawat Artemis Temple, antara 7 wonders of the world. Tapi tinggal sebatang tiang ja. Tak berapa nampak magnificient nya.


(kalau tak dapat view video, klik link you tube ni Kembara Turki Day 3)

 Kami solat di masjid Isa Bey, masjid tertua di Kusadasi ni. Masjid ni pun ada yang percaya dulunya gereja sebab macam design gereja. Kat sini kami jumpa couple otai dari Malaysia yang travel Turki tanpa tour guide dan naik transport awam ja. Cool kan. Masih lagi loving & adventure. Couple ni dalam usia 50-60 gitulah. Tapi masih kuat berjalan. So kalau rasa nak travel di hari tua, jangan lupa jaga kesihatan sejak muda ya. Kaki tangan kita ni nak guna lama lagi. Ambillah kalsium ostematrix pujaan hati ibu-ibu tu.

Habis melawat Kusadasi dan Selcuk, kami gerak ke Pamukkale. Pamukkale maksudnya Istana Kapas. Sebabnya dari jauh nampak putih ja kawasan atas bukit di situ.

Klik untuk panorama view yang cantik


Kawasan putih tu hasil dari tindak balas mineral semulajadi kat situ terutama kalsium dan hidrogen karbonat. Maka jadilah kalsium karbonat dan kapur, menjadikan tempat tinggi tu berwarna putih & berair panas ala sauna. Tempat ni memang jadi mandian spa orang zaman Hierapolis & Necropolis dahulu kala.

Klik untuk panorama view. Sorry kena censored bila ada yang berbikini dan spender ja kat sini.


Cantik gila tempat ni !!!! Antara yang best lagi adalah aiskrim dari susu kambing ni !!! Wajib makan dan bukan sekali tapi berkali-kali. Mana nak dapat lagikan ??? Ni video jurujual airkrim yang suka acah orang. Airkrim ni jenis kental dan liat dan sangat sedap! Malam ni kami overnite di Hotel Tripolis !


Ida Khairani

 www.ceriterakami.blogspot.com
www.mysupervitamins.com
www.sarawakauthentc.blogspot.com

0 comments:

Tanda-tanda dan Video fisio di hospital untuk anak yang kena pneumonia

12:22 AM ida ahmad 0 Comments


Raya tahun ni, akibat lemang dan rambutan, ramai pula anak-anak kawan yang masuk hospital akibat sesak nafas, batuk berkahak dan radang paru-paru. Selalu orang tua yang kena pantangkan. Lain pula kisah Nuh Iman, sejak dua minggu sebelum raya, ada 2 kali dia demam dan selang seli dengan batuk dan muntah even tengah tidur. Sampai hari kami nak balik raya, petang tu dia demam tiba-tiba.

Kabus-kabus kat paru-paru tu tunjukkan tanda-tanda pneumonia


Jadi, kami ambil keputusan untuk teruskan juga balik kampung dan bawa ke hospital di kampung ja. Klinik pun dah pergi 2 minggu lepas dan dapat antibiotik untuk 5 hari tapi sakitnya berulang. Hasilnya, buat pertama kalinya, Nuh Iman terpaksa admitted hospital selepas usia cecah 1 tahun 7 bulan. So far, Imanlah yang pecah rekod adik beradiknya. Kesian, muda-muda lagi dah kena admitted. Ibu redha ja la sebab kesian juga tengok Iman asyik muntah ja sebab kahak yang banyak.

Penyakit biasa di bahagian paru-paru dan saluran pernafasan termasuklah bronchitis, pneumonia dan brochiolitis

Doctor suspected Iman pneumonia minta untuk jalani xray. Masa datang, Iman masih demam.

Paru-paru adalah organ di dalam badan yang mengandungi gelembung-gelembung udara atau alveoli. Alveoli bertanggungjawab untuk penukaran gas oksigen dan karbon dioksida. Pneumonia adalah radang atau inflamasi pada paru-paru. Ia adalah keadaan di mana alveoli di penuhi dengan sel-sel inflamasi. Akibatnya pertukaran gas-gas terjejas. Pneumonia biasanya disebabkan oleh jangkitan kuman bakteria dan virus, tetapi kadang-kadang boleh di sebabkan kulat atau parasit.

Air Sacs juga dikenali sebagai alveoli


Hasil X-Ray bertulis seperti gambar bawah ni, "Pneumonia is considered". Gambar X Ray nya yang kat atas sekali entry ni. Doktor cadangkan antibiotik disuntik terus ke darah supaya lebih accurate dan berkesan berbanding antibiotik oral. Selepas tu, kami pun balik dan tunggu call dari hospital bila bilik ready.

 Ini result x-ray Iman.

Kami check in pukul 9 malam. :D Dr. beriya minta dihabiskan antibiotik selama seminggu untuk pneumonia. Hoho!! Habis cuti raya kat hospital ja la. Malam tu, Iman diambil darah dan proses untuk injeksi intravena untuk masukkan antibiotik dibuat tengah malam tapi rutin antibiotik start esok pagi.

Setiap kali check suhu Iman memang tak demam tapi still dapat ubat demam, batuk dan selsema. Huhu.. Muntah pun dah stop. Alhamdulillah. Cepat juga dia serasi dan recover. Setiap hari ada fisio percussion yang longgarkan kahak di paru-paru.

Untuk pengetahuan ibu abah sekalian, tanda-tanda awal Pneumonia adalah :

  • batuk
  • demam
  • muntah
  • sesak nafas @ sukar bernafas
  • bernafas laju
  • sakit dada
  • bila bernafas pula, boleh nampak sedikit tenggelam di bahagian antara bawah dada dan di atas perut.


Walaupun Iman tak ada banyak tanda-tanda Pneumonia cuma demam, batuk dan muntah, tapi X-Ray tunjuk ada radang di paru-paru. Sini ibu nak share video fisio untuk radang paru-paru atau kalau kahak banyak selalu hospital dan klinik akan buat.


Ini tepukan percussion untuk kurangkan pneumonia. Tangan kena dalam bentuk cupping. Tepuk kiri dan kanan dada untuk 15 minit depan dan 15 minit belakang badan. Mula-mula kena balut Nuh Iman ni. Kalau budak dah biasa tak perlu dibedung pun. Fisio ni iman kena buat pagi dan petang.


Jangan makan dan minum sejam sebelum terapi ni untuk elak muntah. Tapi ada sekali tu setengah jam sebelum terapi, Iman ada menyusu tapi tak muntah mungkin sebab Iman dah memang semakin pulih.


First time buat terapi, kahak disedut untuk dibuat ujian.
Lepas tu cuma tepukan, kahak dah tak sedut.



Selain terapi percussion, Nebelulizer pun membantu proses pemulihan radang paru-paru @ pneumonia ni. Nurse soh ibu buat sendiri sebab kata mereka, budak2 selalu dengan nurse pun takut. So, first for both of us. Mula-mula memang Iman reject. Pertama kali dalam hidupkan.. Huhu.. Kadang2 ok, kadang dia tak nak. Selalunya tak nak. Neb bertujuan untuk cairkan kahak dan lancarkan pernafasan. Waktu tidur pun boleh buat sebenarnya. Janji diorang sedut wasap berubat tu. Kalau jaga, dia demand buat neb sambil menyusu. :D Bolehlahhh...

Iman discharge awal dari yang dirancang doktor. Admitted hari Selasa malam .Jumaat pagi dah boleh keluar. Sebenarnya doktor asal cuti raya. Doktor ganti check semua ok so dia release masa hari raya pertama tu. Iman konsisten tak demam sejak Rabu dan paru-paru pun totally clear. Jadi kena sambung antibiotik oral di rumah. Since Iman kena cirit birit teruk kesan dari antibiotik, doktor bagi probiotik sekali.

Antibiotik yang Iman terima ada 2 jenis. 1 cucuk masuk kat darah terus. 1 drip. Yang drip, sehari sekali. Yang cucuk terus 2 kali sehari. Tak ingat pula nak check namanya. Rutin antibiotik ni cuma 2 hari, Rabu dan Khamis. Lepas tu, doktor bagi antibiotik Zinnat pula, untuk 5 hari lepas discharge.

Antibiotik untuk membunuh bakteria jahat. Pada masa sama, bakteria baik pun dibunuh. Jadi probiotik membantu galakkan pertumbuhan bakteria baik kembali. Bakteria baik ni penting untuk kesihatan usus. Kalau tak cukup, tu yang kesan cirit birit tu.

Hasil ujian darah tu, Iman negatif untuk 3 jenis bakteria punca pneumonia. Virus pun tak jumpa kat kahak. So, adakah Iman betul kena Pneumonia? Doktor kata, ujian-ujian tu tak cover semua jenis bakteria dan virus. Since perkembangan positif lepas diberi antibiotik, kata doktor memanglah bakteria puncanya cuma tak dapat detect bakteria apa. Vaksin pneumococcus pun dah ambil 3 dos sebelum ni. Mungkin sebab itu, Iman cepat recover.

Anyway, semua dah selamat. Iman pun dah sihat sejahtera dan aktif berhari raya. Alhamdulillah. Untuk tahu cara buat terapi percussion dan steaming untuk keluarkan kahak di rumah sebelum melarat, boleh baca sini.


Ida Khairani
www.ceriterakami.blogspot.com
www.mysupervitamins.com
www.sarawakauthentc.blogspot.com

0 comments:

Apartment Menara U2 Seksyen 13 untuk disewa

11:47 AM ida ahmad 0 Comments

Apa yang bestnya kalau tinggal di Apartment Menara U2?

Di rumah sangat selesa sebab kelengkapan semua ada termasuklah



Ruang Tamu
  • Mesin basuh 
  • Peti ais
  • Water heater 
  • Dapur 
  • Aircond 
  • Sinki

Bilik mandi dengan sinki dan shower dengan water heater
Setiap bilik ada

  • Katil 2 tingkat 
  • Tilam
  • Almari berkunci untuk setiap penyewa. 
  • Master bedroom untuk 4 orang dan bilik kedua untuk 2 orang
  • Aircond
  • Langsir

Katil di bilik tidur utama

Almari kayu berkunci

Di ruang utama, kami sediakan
  • Carpet 
  • TV 
  • TV Kabinet 
  • Meja makan
  • Kipas siling
  • Langsir

Ruang Utama

Yang rajin masak, makan dan minum di rumah ada
  • Dapur Elektrik 
  • Senduk 
  • Sudip goreng 
  • Non Stick Wok 
  • Mugs
  • Peti Ais

Sambil makan boleh tonton tv

Selain tu Menara U2 turut sediakan kemudahan yang sangat best seperti
  • Swimming pool 
  • Gym 
  • Squash court 
  • Surau
Dari Menara U2, hanya perlu jalan kaki untuk ke
  • Kedai dobi 
  • Tesco Extra 
  • 7 Eleven 
  • Kedai runcit 
  • Restoran
  • MSU 
  • AEON mall bakal siap

Rumah tingkat 21 ni mengadap Stadium Shah Alam jadi sangat cantik dan best ja. Weekend bolehlah ke Pasar Tani Shah Alam yang hanya 3 minit perjalanan naik motor atau kereta. Kalau berjalan pun boleh, senaman namanya :D. Memang boleh nampak pasar tani dari balkoni rumah di pagi Ahad.

Stadium Shah Alam

Jadi, pada yang berminat boleh hubungi Kak Ida secepat mungkin. Kadar sewa adalah
  • RM300 seorang untuk 6 orang penyewa
Detail untuk deposit nanti akak update atau boleh hubungi k Ida dulu. Selamat belajar! Kami prefer student perempuan yang menjaga aurat dan berakhlak baik.


Ida Khairani
013 488 2382

0 comments:

Tip keluar shopping dengan anak-anak

1:26 AM ida ahmad 0 Comments

Bukan mudah nak keluar shopping dengan anak-anak apa lagi kalau suami tak ada atau isteri tak ada. Selalunya saya keluar juga dengan anak-anak lepas consider beberapa perkara dan kebanyakkan lulus. Jika tak lulus, saya timbangkan balik.

Ramai juga kawan-kawan yang impressed bila saya dan ada rakan lain yang berjaya shopping atau ke seminar dengan anak-anak tapi tanpa suami. Kalau berjaya pun tapi tak beri faedah pada both parties tak guna juga jadi biar win-win situation.

Bila terasa nak shopping selagi boleh tunggu suami mesti saya pilih weekend. Kadang-kadang ada benda urgent nak guna atau anak-anak dah boring sangat atau ibu dia yang dah boring sangat tak window shopping, mulalah saya fikir pros & cons untuk keluar dengan anak-anak bila suami tak available.

Sebelum keputusan untuk shopping dengan anak-anak dibuat, saya check dulu
  • Anak - anak sihat tak? Kalau tak sihat, cuaca di shopping mall yang sejuk atau cuaca panas di pasar boleh buat mereka tambah tak sihat dan cranky. 
  • Urgent tak barang yang perlu dibeli. Kalau boleh tunggu suami belikan atau keluar bersama lebih baik.
  • Berbaloi dan berfaedah tak bawa anak-anak. Adakah mereka akan enjoy dan ada value added
  • Adakah mereka faham dan setuju dengan soft reminder & rules yang diberikan
  • Selepas keluar rumah dan sebelum keluar dari kereta, mood diorang masih ok tak
  • Selamat tak tempat yang hendak pergi. Parking ok tak? Tempat crowded tak? Mampu kawal & handle tak? Ni sangat penting. Expecially part parking kereta tu. 
Bila semua lulus, saya akan pesan banyak kali pada anak-anak, tujuan, to do list bila keluar, masa yang ada, sequence macam no 1 buat apa, no 2 buat dan seterusnya juga apa yang kita tak plan nak buat iaitu the don't.

Over tak? Gitulah kekdahnya ibu anak 3 handle anak-anak bila keluar tanpa abahnya. Anak sulung saya rajin tanya lepas ni buat apa, lepas ni buat apa. Dari situ, saya pun mula biasakan diri buat plan dan bagitau kat diorang plan saya supaya kurang huru hara.



Bila memang keluar nak beli mainan, saya akan bagitau price range yang boleh dibeli. Jadi bila ada yang berkenan, mereka akan tanya saya dulu ini boleh tak? Itu boleh tak?

Kalau memang tak ada tujuan untuk beli mainan tapi mereka nak juga, kena kawtim jugalah. Kalau nak differ beli time lain, saya bagitau juga. Saya tak suka beri janji palsu asal nak lepaskan diri. Explain ja kalau xnak beli sebab apa. InsyaAllah anak boleh faham.

Benda-benda selalu dipesan tak kira masa sebagai preparation nak keluar

  • Jangan ikut orang yang tak kenal
  • Jangan hilang dari pandangan ibu
  • Bagi ibu sentiasa nampak
  • Ingat no phone ibu. Yang tak boleh hafal lagi, saya selitkan no phone saya dalam poket.
  • Orang macam mana nak jumpa bila terhilang
  • Praktis nak minta tolong orang
  • Dah banyak kes jatuh tangga bergerak ni, saya pesan juga naik turun tangga tu berdiri di tengah, jangan dok panjat atau  rapat dengan dinding tangga bergerak tu. yang ni memang pesan banyak kali. Kalau ada video viral di FB, memang saya tunjuk kat diorang & bgtau kenapa saya tak bagi buat gitu.

Wah.. Mcm nak pergi berperang ja tip. Ada parents yang tak bawa anak-anak ke shopping mall. Tak lah penting sangatkan. Asalkan anak ada exposure dan altenatif lain untuk mengajar mereka, it should be ok. Buat mak-mak yang berjauhan dari suami, bolehlah apply tip2 ni. Mula-mula susah, lama-lama mesti ok.

By,
Ida Khairani

Ida Khairani
www.ceriterakami.blogspot.com
www.mysupervitamins.com
www.sarawakauthentc.blogspot.com

0 comments:

Hadiah Contest Baby Comel yang pertama

6:31 PM ida ahmad 0 Comments

Minggu lepas Nuh Iman sertai Contest Baby Comel di butik baju ibu menyusu yang baru dibuka di Seksyen 7, Shah Alam. Saya ada tulis tentang butik nursing baju yang best ni di sini. Kami memang pi masa grand opening jadi banyak offer, contest dan dapat free goodies.

Alang-alang, saja la join contest baby comel. Beberapa hari lepas mereka announce pemenang di Instagram AlmariBajuByAdrinis dan tak sangka rezeki Nuh Iman. Ini first time Iman join. Nazhan dan Iris pun tak pernah join sebelum ni. Maklumlah ibu 'rajin' sangat. Selalu sampai kat isi form ja la. Then soh hantar gambar.. hmm.. hareemm..

Kali ni senang gila cara join. Ambil gambar dan send to whatapps diorang. Tak payah nak caption2.

Gambar dari photographer hebat, ibu Nuh Iman :))


Jadi, hari ni ibu pun pi la Seksyen 7. Weekend memang azab la pi sana tambah2 nak raya ni. Hot spot ok. Macam sardin dengan orang dan kereta. Jadi, ibu decide p ambil hadiah hari Isnin.

Nak tahu hadiah apa? Hehe.. Iman dapat angpau duit raya awal dari butik nursing baju tu. Dah kata butik baju menyusu, ibu pun dapat tempias. Dapat lagi blouse menyusu. Raya sakan la ibu dengan blouse ya. Walaupun tema tahun ini 'recycle', nampaknya rezeki dapat blouse baru pula. Alhamdulillah.



Namuuuunnnnnn, malang tidak berbau. Alang2 tak sesak hari Isnin ni, ibu pun panjang kaki pi cari baju raya kat Nuh Iman. Kami nak cari jubah raya untuk dia. Sebab memandangkan kami guna tema 'recycle', Iman tak ada baju untuk di recycle.

Sekali dapat surat cinta pula dari MBSA sebab terlupa letak kupon parking. Ish ish.. serius bukan niat nak cilok tapi betul2 terlupa nak letak kupon tu. Maybe sebab dah lama tak keluar time weekdays terus tak menjadi habit untuk letak kupon tu.

Jadi, lepas dapat surat saman kami pun terus cari tempat bayaran saman. Tak apalah.. Allah bagi rezeki kat lain, dia tarik kat tempat lainkan. Belakang saman tulis ada cawangan Setia Alam. Call orang MBSA cawangan Setia Alam minta direction. Katanya dari KFC Setia Alam(KFC sebelah kiri), terus ja di traffic light tu kemudian ambil U turn. MBSA ada di sebelah kiri lepas U Turn. Oh no no, sebenarnya sampai hujung baru u-turn ya.  Akak dah ber u-turn u-turn tadi sebab tak ada pun lepas 1 st u turn.

Faham ke idak? Tak faham, tanya ya. Hahaha !!! Orang Setia Alam mesti tahu insyaAllah. Orang Bandar Bukit Raja ja tak berapa nak tahu. Hehe.. Kenapa beriya sangat bayar saman awal? Sebabnya kalau bayar dalam tempoh 24 jam, RM10. Kalau dalam masa 14 hari, RM30, kalau dalam masa bulan RM50. Kalau lebih dari tu RM100. Kopak ! Dalam bulan puasa sampai raya pula, MBSA tengah offer less 50% kalau yang settlekan saman lama.

Best tak hadiah? Tak apalah.. mood still mantap ni walaupun dah pukul 5 belum masak menu berbuka. Hari ni kita masak kurma ya. Bukan guna buah tamar tapi guna perencah kurma. Kita kombo kurma ayam dan telur ok tak? Haha, oklah. Tak pernah orang buat, kita buat k.

Ida Khairani www.ceriterakami.blogspot.com
www.mysupervitamins.com
www.sarawakauthentc.blogspot.com

0 comments:

Service Apartment Mewah Untuk Disewakan di Seksyen 13, Shah Alam

12:20 PM ida ahmad 0 Comments

Alhamdulillah, beberapa hari lepas kami dah melawat rumah kedua kami. Rumah ni bakal disewakan, insyaAllah. Geram juga rumah cantik molek sesuci lebaran ni bakal disewakan. Syoknya kalau dapat pindah masuk rumah baru dan kita jadi orang pertama yang rasmikan. Semua perkakas serba baru pula tu. So bawa-bawalah menjaga harta benda milik owner ya.

Bilik 1 untuk 2 orang

Apartment ni akan kami isi dengan perabot. Peti ais dan mesin basuh dah ada pun. Termasuklah aircond yaa..! Ha, bertuahnyalah bakal penyewa ni. Pemandangan sangat cantik.. Sila jangan dok bercengkerama kalau bukan muhrim ya. Nanti owner sendiri panggil pencegah maksiat kalau ada report! Rumah ni kami aim untuk pelajar MSU yang baik budi pekerti sama dengan owner yang berbudi bahasa juga.

Bilik 2 untuk 4 orang
Ini gambar sebelum rumah di furnish.. InsyaAllah nanti kami pecah tabung isi kelengkapan serba mewah mengalahkan hostel sekolah menengah korang dulu ya.


Balkoni mengadap pemandangan Shah Alam


Rumah ni terletak di Tingkat 21, Menara U2, Seksyen 13. Walking distance untuk ke MSU, Tesco, kedai makan dan macam2 kedai lagi ada. So sangat jimat untuk kos pengangkutan. Kalau yang minat bola sepak, boleh buka tv tonton dan tengok stadium dari luar LIVE! Sebabnya korang boleh nampak pemandangan stadium Shah Alam dari balkoni apartment itu. Ha, ada balkoni ya!

Boleh nampak stadium Shah Alam

Malah korang juga dekat dengan Pasar Tani Shah Alam yang sangat heaven tu. Jangan lupa study sudah! Belajar rajin2, jangan dok enjoy ja. Ingat mak pak hantar soh study tau.

Yang nak jaga berat badan dan kesihatan, apartment ni juga ada swimming pool dan gym. Oh my God! Jeles dah in owner pun. So, orang mungkin akan jumpa kami di swimming pool atau gym walaupun kami tak stay sane. Haha!!


Berapa sewa? RM300 seorang dan satu rumah seramai 6 orang.

Kelengkapan yang bakal ada dan sedia ada adalah :

  • Peti Ais
  • TV
  • Mesin Basuh
  • Aircond
  • Water Heater
  • Induction cooker
  • Pan untuk induction cooker
  • Rak TV
  • Meja makan dengan kerusi
  • Carpet


Kalau berminat "Service Apartment for Rent @ Sewa  di Seksyen 13, Shah Alam", sila hubungi K Ida 013 488 2382. Akak nak gegirls yang tak tinggal solat ja jadi penyewa.. Tu dia demand. Gambar selepas di furnish akan di kongsikan nanti lepas kami shopping di IKEA. Wahh. ikea  u.

Ida Khairani

www.ceriterakami.blogspot.com
www.mysupervitamins.com
www.sarawakauthentc.blogspot.com

0 comments: