Resepi seafood masam manis
Nama asal resepi ni adalah udang masam manis borneo tapi telah diolah mengikut apa yang ada dan tahap kerajinan jadi nama sudah tukar menjadi seafood masam manis. Senang ja sesuai untuk orang bujang dan ibu yang 'rajin' di dapur. Jangan risau tetap sedap dan disahkan oleh anak-anak saya.Hari ni adalah hari malas nak masak tapi lapar. Oleh sebab anak balik awal hari Jumaat, so plan nak masak selepas anak-anak balik ja. Bila masuk rumah lapar pula. Boleh pula tanya kat anak-anak.." Nak ibu masak ka nak makan luar? ". Walhal dah masuk dalam rumah. Bila jawapannya "ibu masak!!!", haruslah kugagahi juga ke dapur. Sebelum tu google dulu resepi paling udang paling senang, cepat tapi menyelerakan!
Jadi, cara-cara nak buat seafood masam manis adalah:
Bahan-bahan:
Udang
Sotong
Bawang kecil
Bawang putih
Serbuk kunyit
Garam
Lobak merah
Sos tomato 1 sudu
Sos cili 1 sudu
Sos tiram 2 sudu
Sedikit minyak sahaja
Cara-cara nak masak seafood masam manis adalah :
1. Lumur udang dan sotong dengan garam dan kunyit kemudian goreng separuh masak.
2. Tanpa perlu ketepikan masukkan bawang putih dan kecil yang telah dipotong halus bersama lobak merak.
3. Gaul rata dan biarkan seketika.
4. Masukkan sos tomato, sos cili dan sos tiram.
5. Tambah air jika sotong atau udang masih belum masak @ sotong liat.
6. Bila dah masak tutup api. Siap.
Ini memang version pantas dan lengkap dengan sayur demi menjimatkan masa sebab tak tahan lapar dah.
Sekian, selamat mencuba!
Ibu anak-anak syurga,
Ida Khairani
0 comments:
Post a Comment