Tips dan panduan untuk parents yang anaknya lambat bercakap

3:27 PM ida ahmad 4 Comments

Tips dan panduan untuk parents yang anaknya lambat bercakap.

Nazhan ibu dah bijak. Yeah!! Ibu jarang dah bercerita pasal anak-anak di blog. Main tampal gambar ja. Jadi, sekarang nak asah balik. Kena dalam mood tenang, kalau tidak suka melalut.

Nazhan Iqbal akan 3 tahun 8 bulan beberapa hari ja lagi. Kalau kanak-kanak lain lancar tutur bahasanya, Nazhan pula bila bercakap "...la la la taknak".

Ayat yang lengkap
"where is abah?", " mc queen missing", "ibu, nah thomas bateri", "wait the minute".. And a lot more..

Kalau benda yang dia familiar dia akan cakap habis. Yang tak, intronya german, hujung2 tu betul. Napa tah, nak juga ada intro german dia tu.

Masa baby dia dah keluarkan bunyi seawal 2 bulan. Then, suddenly stop, sampai setahun, dia boleh panggil hanya 'abah'. Sepajang usia setahun ke dua tahun tu, hanya abah ja perkataannya.

Bila kami balik semenanjung, usianya dah 2 tahun. Jadi, ibu memang spend masa research sikit pasal speech delay. Alhamdulillah, kemudian
dia nak mula panggil ibu. Then belajar nyanyi lagu "Ibu..ibu.. Engkaulah ratu hati". Memang sangat syukur, gembira dan terharu. Elok2 mula cakap keluar lagu untuk ibu terus. Tq untuk iklan susu kat tv tu dan you tube.

Masa ni kami tumpang rumah tuk di Penang dan abah di KL kerja. Kami hanya jumpa abah time weekend since rumah di Klang belum sepenuhnya siap. Jadi, since ada maid memamg ibu boleh spend masa ke hulu ke hilir.

Mula-mula, ibu join BOLD, satu ngo untuk playgroup dan kelas untuk budak2 susah belajar. Sangat best. Free ja. Kalau nak derma duit lagi bagus. Banyak yang ibu belajar. Dalam playgroup ni, Nazhan nampak yang paling mengikut arahan.
Jadi, walaupun belum diagnos, ibu yakin Nazhan sihat dan normal.

Kemudian, lepas minta surat reference dari klinik, kami bawa
Nazhan ke paed hospital untuk hearing test. Ini sebab nak tau kenapa dia lambat cakap. Mula2 pergi, hospital di Bandar Perda, tapi tak ada equipment utk test. So pergi ke Loh Guan Lai.

Dari paed ke hearing test. Alhamdulillah, hearing tak ada masalah. Kemudian setiap minggu selama sebulan kami ke speech therapy. Banyak tips yang diberi macam

-cakap slow, jelas dan sepatah-patah.
-kalau dia nak something or point, kita sebutlah benda tu. Tunggu dia sebut balik, baru bagi.
-main mainan yang mimic real life macam miniture ada almari, katil, berus gigi, orang. So sebut dan tunggu dia cakap, baru bagi.

Kalau tak salah masa ni, Nazhan dah ada noun. Banyak kata nama benda yang dia tahu. So kami ajar dia cakap 'nak'. Ajar cakap 'Abang nak susu'. Bila habis ayat, baru kita buat. Tepuk tangan bila dia berjaya cakap. 'Nak' is a strong word la. Yang bawa maksud kemahuan dia.

Selain speech therapy, ibu masukkan Nazhan di tadika star khaliff yang amalkan khalifah method. Sekolah ni sangat bestlah. Even diorang tak faham, Nazhan cakap apa tapi positive ja. Tak ada la nak buat tak peduli or marah bila dia tak ikut arahan expecially bab2 menulis. Part nyanyi or belajar dengan komputer memang Nazhan suka.

Satu malam tu, ibu pegang kertas yang ada number. Sekali Nazhan dah boleh baca. Syukur. Even dari kecil ibu ada ajar dan register tapi lepas ke sekolah baru jadi output.

Then, bila dah pindah Klang, ibu masukkan Nazhan ke sekolah tahfiz. Niatnya biarlah dapat hafal surah, mungkin yang tu senang masuk dari bahasa duniawi ni. Tapi, kecewa ibu. Sekolah tu tak sesuai dengan Nazhan. Sebulan ja dia ke sana.

Lepas dah tak sekolah, kami ke speech therapy di Subang Medical Center pula. Sebelum ke terapi, mesti ke paed dulu. Kami jumpa dr. Sofeah, paedtrition dan neurologist. Jadi, dia lebih pakar untuk kenal pasti budak2 yang ada problem.

Menurutnya, Nazhan bukanlah autisme sebab memang bagi respond, bukan berada di dunia dia sendiri. Perlu latihan setiap hari untuk catch up. Dia prescribe ubat neurogain for kids dan satu lagi untuk memory.

Memang menjadi perbualan para doktor kenapa semakin ramai budak yang hadapi masalah macam ni sekarang. Kemungkinan sebab pemakanan yang byk chemical, racun serangga & bahan pengawet. Kalau dulu, tuk nenek semua tinggal sekali, so every moment ada conversation. Sekarang ni tak tv, iphone or ipad ja budak2 ngadap.

Banyak faktor boleh kira. Dulu ibu ingat sebab dia kurang nutrisi. Makan tak nak. Macam
mana sel otak nak connect. Doktor cakap, urutan dan sentuhan juga membantu sel untuk connect.

Jadi, rajin2 la belai dan sentuh. Bagi juga diorang main play doh ramas & uli. So that, sel-sel di tangan diaktifkan terus ke otak. Main take turn pass2 bola. Ini rangkuman dari beberapa kelas yang ibu dan Nazhan ikut sepanjang journey kami ni.

So far, Nazhan memang dah improve banyak. Rasanya Nazhan ni cakap pelat ja. Dia boleh faham dan agak apa kita cakap. Tapi kerana kekhuatiran kamilah Nazhan dah banyak berubah. Jadi, janganlah kalau tak autisme tu, kita tak risau pula. Still kena risau dan take action sebab melibatkan pembelajaran dia kelak.


P/s: Sangat syukur kerana semua terapi dibiayai syarikat abah. Lepas ni, mungkin akan ke playgroup berbayar kerana tak jumpa sekolah yang sesuai so far.


Ida Khairani
www.MySuperVitamins.com

Untuk pesanan, boleh hubungi admin@mysupervitamins.com atau walk in ke cawangan Shaklee dengan menyatakan id saya untuk dapatkan harga ahli. Trial pack TIADA di cawangan, hanya dari saya dan kumpulan Euphoria sahaja.

4 comments:

Yantie said...

nazhan rupa mcm chip..bila la auntie dapat jumpa nazhan lagi..iris pon tk penah jumpa...huhu
eryna suka nyanyi lagu Lagi Best skang...

Unknown said...

Assalam...nazhan umur berapa ye..anak sy 2 tahun 4 bulan langsung cde perkataan yg kluar dr mulut...kecuali perkataan yg dia sendiri faham @ tidak...

ida ahmad said...

Sekarang Nazhan dah darjah 2 :) Ini kisah kecil dia dulu.

ida ahmad said...

Saya mula hantar speech therapy & join playgroup masa umurnya 2 thn setengah.