Tabung Haji

7:40 PM ida ahmad 0 Comments


Yihaaa...Semalam kita p menabung. Cayalah anak ibu. Moga2 terus menerus la suka menyimpan ya. Taknak la asyik minta mainan aja. Simpan sikit2, lama2 jadi bukit+kaya raya.$$$$...nyehnyehnyeh..

hmm...bila boleh kita p haji ibu?

Dulu tuk yg ajar ibu simpan duit. Mudah mudahan ibu dpt la terapkan nilai murni ni pada anak2 ibu plk. Masa kecik2, ibu pernah teringin nk beli kereta control. Sebab tu ibu mula menabung secara extra vaganza. Duit sekolah ibu tak guna. Lagipun time rehat, byk main aja keja ibu. Air pulak, bawak bekal. Jadi, duit yg 50sen tu ibu simpan sampai la cukup rm10, then bg tuk simpan. Bila cukup rm100, tuk simpankan dalam bank plk.

Simpan punya simpan, tak beli2 jgk. Lastly, niat nak beli keta control terkubur mcm tu aja. Huhu..Ibu cuma merasa main keta control bila lesen keta pun dah ada. Time tu, ibu belikan untuk org lain. Rupa-rupanya susah jgk nk handle. Asyik berlanggar aja.. Baik drive keta betul lagi senang.. Iya, Nazhan..betul, tak tipu..

So Nazhan, menabung ni byk faedahnya. Nanti bila Nazhan teringin nk apa2, boleh Nazhan beli dgn duit tabung Nazhan (with our approval la). Tak payah tunggu abah dpt bonus. Kenikmatannya pun lebih. Kalau tak cukup, nanti leh tong-tong dgn adik2. Cewah..Bijakkan idea ibu? :D

0 comments: