Almost one month
Tinggal kurang 3 minggu lagi, tuk & bidan Tok Mah ada di Miri. Lepas ni tinggal kita bertiga aja. So far susah sungguh ibu nak bagi Nazhan cool down bila nangis. Kalau nk susu, bolehlah ibu tolong tapi anak ibu ni ikut mood jugak. Kadang2 nak direct, kadang2 nak express milk. Terpaksalah ibu pump ona da spot and Nazhan jgk la yg kena bersabar menanti. Macam mana pun, kalau Nazhan nangis yg tak bersebab, ibu mmg fail nk pujuk. Puas ibu buat mcm2, semua tak jalan. Yang hairannya, kat Tuk, Tok Mah or abah ada jgk hasilnya. Tuk cakap mungkin sebab ibu belum suci sebab tu ada benda yg tak best kot yg buat Nazhan tak ngam dgn ibu. Jangan la berpanjangan hendaknya.Tuk ada bg bacaan utk abah buat air penawar utk Nazhan tapi ibu pun boleh minum or sapu2 jugak. Caranya baca
1) Al -Fatihah
2) Ayat 1-2 surah Yassin sebanyak 7x
3) Ucapkan "Penawar Allah, penawar Muhammad, penawar Allah, penawar Rasul bukan penawar aku, penawar Rasulullah berkat syafaat Rasulullah.
4) Selawat nabi
Nak lagi bagus, baca selepas baca surah Yassin malam Jumaat tu.
Doa untuk baby baru lahir pun kami jadikan amalan.
"Aku memohon perlindungan untukmu(bayi) dengan kalimah2 Allah yang sempurna dari segala syaitan dan haiwan yang berbisa, dan dari setiap pandangan mata yang berbahaya."
Alhamdulillah, hari ni hari yg ke-27 utkmu melihat dunia and we still learning. Perkembangan Nazhan pun so far so good tapi dr pandangan mata ibu & org2 yg sekeliling dia ja la. Risau jgk tunggu sebulan lebih baru nk buat checkup. Kalau Nazhan nangis ka apa main figure out sendiri ja problemnya. Bila dah berjaya ditenteramkan, kira case closed.
Anak ibu nan sorang ni bertahan tidur berbedung 3-4 hari ja. Lepas tu, dah tidur tak bedung sebab dah habit tidur angkat 2-2 tangan. Kalau bedung jgk, struggle ja nk lepaskan diri. Masa umur 5 hari, dah mula angkat kepala sikit2. Tag kat pusat Nazhan jatuh lambat. Genap 14 hari baru luruh. Jadi, masa awal Muharam, kami buat cukur rambut. Bidan Tok Mah & abah yg cukurkan sampai clear. Tak ada kenduri kendara, budget tak cukup la sayang tapi sekadar hantar mee goreng ja kt jiran tetangga sini.
Umur 2 minggu, Nazhan dah nk pegang botol susu sendiri. Menarik ni. Mudah mudahan lebih independent la dikemudian hari ya, anakku. Aminn...
2 comments:
nazhan kuat minum susu cepat besar ni. bole lawan Hafiy lah.
ya, mungkin itu hasrat sebenar nazhan minum byk kot. aritu hafiy dtg, dia jeles tgk hafiy tough sgt :D
Post a Comment