Seminggu aku dan anak-anak akan berjauhan dgn abah. Suka la abahkan. Ala-ala cuti sekolah plk padahal xda sapa kerja or sekolah.
Sebelum balik, ibu gatal tgn p potong rambut depan Iris. Tak comel dah. Terpaksa la bersepet mcm gegirl gitu. Lagipun balik kampung sebab ada kenduri kahwin. I likee..

Masa on da way, budak2 sgt behave. Tak adalah gilir2 melalak macam dulu2 masa ibu balik kampung without abah. Dah besar dah anak-anak ibu. Lagipun budak2 dh familiar dgn anggota rombongan, make it even easier. Bagus2x..
Selamat Pengantin Baru buat sepupu ibu, Ayie!!! We have same birthdate, 2 Mac 1982. Very good buddies since chilhood tp bila dah sekolah, dah makin jauh di mata dan di hati sebab dia menjadi alim dan pemalu gitu. Huhu..
Yeaahh, esok balik kampung Selama, Perak.
- Posted using BlogPress from my iPhonen
Untuk ingatan diri sendiri yg malas membaca..
Membaca lah secara menyeluruh dan banyakkan tentang ilmu agama sebab kita mati tak bawa duit malah dunia akan meninggalkan kita kecuali 3 amalan ini iaitu :
1) doa anak yang soleh- maka ajarkan anak kita doa ibu bapa supaya doa ini sentiasa ada untuk kita.

2) ilmu yang dimanfaatkan- berkongsi dengan orang lain kebaikan dan ilmu yang bermanfaat
3) sedakah dan amal jariah-sedekah yang paling hebat adalah di mana apabila tangan kanan memberi tetapi tangan kiri tidak tahu langsung. Peruntukan duit untuk wakaf...hebat berkat wakaf ni....pahala yang berterusan.
Orang yang meletakkan ALLAH di tempat utama insyaALLAH akan sentiasa mendapat naungan taufik hidayahNYA dalam apa jua yang dilakukan.
P/S: Jom bayar zakat, dihujung jari pun boleh. I mean online.. Bukan main tunjuk2 ja :D
- Posted using BlogPress from my iPhone
Ya ALLAH andainya rezekiku masih berada di langit maka turunkanlah
jika di bumi maka keluarkan dan jika dilaut nampakkanlah.......

Gambar hiasan sebagai pemanjang entry.
Itu sahaja perkongsian saya.. Hehe.. tp jgn lupa amalkan..
- Posted using BlogPress from my iPhone
Lamanya tak update perihal anak2. Ibu ibu.. busy la konon..wek:p. Ni entry cerita lastweek,baru nk publish. Macbook buat hal. Ingat nk upload gambar tp tragedi plk..next entrylah gambar saja..huahuahua:))
All right. Last week 26hb, Iris sudah genap 13bulan dan Nazhan 3 thn 2 bulan. Walaupun IRIS masih montok, tp sudah susut sedikit. Ibu baru bawak p cucuk MMR semalam. Saja delay sebulan sebab nak kaji la konon. Ibu ada terjumpa yang MMR shot ni ada merkuri yang boleh menjadi punca speech delay. Lepas consult pakar, dia kata pendapat tu dah disangkal, so ok ibu proceed with MMRV. Ada V sebab combine dengan rubela and chiken chop eh ciken pox.
Iris still cruising happily. Selamat tak ada tangga rumah ini. Sudah pandai turun katil. Cuma katil yang dia familiar ja dia nak berani. Alhamdulillah tahap alertness dia bagus. Kalau ajar sebut, apa2 dia nak follow. Syukur sangat. Baru ja ajar dia sahut and angkat tangan bila panggil nama dia.. oh so cute..
Appetite dia menurun sejak setahun ni. Apalah ibu ni.. masak pun tak rety, anak dah dua. Penat2 riuh rendah di dapur, sekali tak layan pun masakan ibu. Main ja lebih..
Ok, kisah abang NAZHAN pula. Sejak last week ibu tunggang langgang bawak budak berdua ni ke Subang Medical Center. Ibu nak masukkan Nazhan ke speech therapy selepas usaha nak masukkan dia ke kelas2 anjuran ngo ni tak berjaya. Macam full ja semua or tak angkat call. So nak p terapi pun kena p jumpa paed dulu baru leh dapat GL untuk p terapi. P sorang paed, dia soh bawak ke paed lain.
So, dah 2-3 kali ibu p SMC dalam masa beberapa hari. Dah dpt parking space khas..ahahah..tak ada lah.. malas nak pusing2 cari parking, so kami parking level b4 yg kosong banyak. KAMI refering to ibu, Nazhan dan Iris sahaja ya. Ok, hasil penilaian paed, Dr Sofiah, dia kata Nazhan tak sakit. Kena banyak stimulation lagi. Much2 better compare dengan patient dia yang lain. Dia nampak Nazhan very potential.
So EIP, yg di Kelana Jaya pun dah full tapi dia kata call ja. Kalau ada kosong nanti leh masuk. Speech terapi pun buat jgk. Kat rumah main fizikal games, like jet-jet semut or tom tom bak.. yang banyak sentuhan. Sentuhan ni maybe boleh connectkan balik sel-sel otak yang tak connect tu.(ni ayat ibu memandai tp ideanya disitulah). Main game yg ada organization like turn taking and he need to follow that. (dah try dah di rumah, all right ja dia mengikut arahan.)
Dia juga soh enroll Nazhan dalam montersori school or smart reader. Ibu kata la ibu ada hantar ke tadika tahfiz tp tak ok. Dia respond "tu la masalah org melayu" org melayu tu not refering to me, but the school ok.. Korang wondering tak maksudnya. Pandai2 la fikir.. Buat sakit hati ja nak explain di sini. Ibu tambah la yang tahun lepas ada hantar, ok ja Nazhan kat sana tp khalifah method school la. Dia kata khalifah method ok, islamic montesori ok. OH, pilihan yang ada mahal2 belaka. Perlu menjual Shaklee dengan lebih gigih ni utk menyekolahkan anak. B-)
Oh, doakan ibu terus gigih ok.. caiyo2x!! termasuklah dalam menyediakan menu yg lazat2 supaya anak makan sampai menjilat jari.

Terima kasih atas semua ucapan dan doa.
Semoga ibu semakin matang dan terus mengorak langkah tanpa toleh ke belakang.
I love you all:x
- Posted using BlogPress from my iPhone