
Love adventure? Thirsty for thriller ride? Call that number or just join them at Ulu Kemensah for ATV ride.
Nampak dlm tv ja selalu? Artis ja dpt rasa?? Ha, tidak lagi.. Anda juga boleh merasa pengalaman itu. Nak tanya lebih2, call ja no tu. Tak nak tanya lebih, pergi ja terus. Anda pasti sukakannya!!!
No kat gambar xnampak ka? 019-283 1771, Lie.


Harga masa IPO 5.04. Maybank Investment Bank estimate boleh naik 6.3-6.7, tak tahulah bila.
Shaklee Shop: Makan lecithin untuk kurus?: "Jika customer datang ke rumah...memang senang nak tunjuk demo Lecithin dan bagaimana ianya berfungsi. Namun untuk tidak menghampakan mereka ..."
4hb Januari adalah hari jadi abang ketiga dan adik ipar saya. Happy Birthday to both of you! Jadi semalam ada family gathering. Mak saya dr Penang pun turun. Dasyat tul. Hehe..

Gambar birthday man and family.
Kami dinner di Tupai-tupai, dekat dengan Acapella, seksyen 13, Shah Alam. Boleh tahan tempatnya. Menunya steam boat buffet. Sesuai sangat dengan saya yang hanya makan sempoi masa tengah hari tu.

Makan tengahari org yang tiba2 lapar dan nak makan segera. Sambal pum sambal lama. Belasah ja.
Nazhan Iqbal terlebih makan aiskrim. Balik2 batuk. Masa di sana ada telur rebus kecil. Telur penyu ka burung puyuh ka taktau. Harapnya telur burung murai. Kami baca doa sikit n bg Nazhan makan. Doa kami semoga dia petah berkata-kata. Malangnya, Nazhan batuk2 bila sampai rumah dan pada tengah malam tu, dia muntah akibat terlebih dos aiskrim ni. Sambil muntah, mulutnya petah mengadu tp still xdifahami. Hehe.. Mungkin salah telur ni. Hehe.. Dan hari ni Nazhan tidak ke sekolah. Baru 3rd day dah ponteng. Ish ish..

O..o..
Sebenarnya disebabkan dia tidur lewat dan bangun awal,saya risau dia kepenatan dan tidur di kelas. Pkl 12.30 tghari, saya bawa ke klinik. Paru-paru ok, demam tak ada, cuma tekak merah dan mcm nak selsema. Banyak ubat doktor bagi, tp saya bg ubat batuk ja. Aci tak? On da way back, dlm 1.30 baru tertidur dlm kereta. Mcm time tidur kat sekolah ja pun. Tak apalah, hopefully esok dia boleh ke sekolah semula.
- Posted using BlogPress
Pagi semalam selepas hantar Nazhan ke sekolah, banyak kerja yg perlu diselesaikan tp
xsemua dapat diselesaikan. Saya cuba memberi keutamaan apa yg penting. Masa berlalu dgn pantas sekali.
Selepas Iris tidur, saya mula bekerja di dapur. Menyimpan pinggan2 kering, membasuh pakaian, menyediakan makanan Iris dan sediakan makanan tengah hari jgk. Saya sediakan makanan Iris in advance. Sebab makanannya masih perlu dikisar tetapi kalau saya sediakan setiap hari, kuantitinya sedikit sangat untuk dikisar halus. Blender pn xterima. Kalau banyak sikit, memang membazir. Dah tu kebanyakkan masa, cuma dijamah sedikit sahaja. Jadi untuk elakkan pembaziran masa, keringat dan elakkan tension, ibu buat ala2 ibu2 bekerja yg lain, homemade frozen food.
Dapur plk ada rosak sikit, apinya kuat, bila perlahankan, mudah aja terpadam. Kadang2 tengah masak,xsedar terpadam. Alih2, bau gas ja. Jadi, org Elba kata nak dtg pkl 12.30, kalut jgk la masak. Alih2, pkl 1.30 baru sampai. Rupanya xrosak pn. Ada 2 adjuster utk dapur di bahagian bawah, api dan gas. Yg gasnya terlebih kuat, jadi kena kecilkan sedikit. Settle..
Lepas Zohor, saya keluar ke Empire Shopping Gallery di Subang untuk dapatkan bekalan Shaklee yg habis. Singgah ke pejabat pos mini Setia Alam untuk pos express plastik ubat. Alih2 sampul saiz yg saya nak x dijual. Apadaa..
Jadi terus ke Subang. Aahh jauhnya rasa. Shaklee baru ja pindah, sebelum ni di Glenmarie, Shah Alam. Di tempat baru, agak menyusahkan sebenarnya, xtahu kenapa perlu diorang pindah. Yelah, kalau x mcm 7 eleven ja, stop
N buy, ni kena masuk parking, naik shopping mall, naik lif. Huhu~~
Settle Shaklee and pos, dah nearly pukul 4, time Nazhan balik sekolah. Jadi kami naik Nkve ja dr Subang terus ke Setia Alam. Pkl 4.05 sampai. Ramai lagi.. Cikgu cakap Nazhan makan sikit ja dan bangun dr tidur ada nangis jgk tadi. Hehe..xpernah tidur kat tempat org tanpa ibu. Dlm keta, makan cookies 3 ketul straight. Balik rumah, makan cereal plk. Lapar benar.. Tak sedap ka kat sekolah tu? Memang Nazhan ni picky eater tp kalau budak2 lain makan, dia pn selalu nak ja makan. Baru 1st day.. Ibu mmg xplan nk bekalkan snack ke sekolah sebab ibu xnak give him choice to skip heavy meal. Lagipun kata sekolah tahfiz, mestilah diorang provide makanan yg baik2 utk bantu budak menghafazkan. Hehe..agaknyalah.
All right, that's all for now.
- Posted using BlogPress
Nazhan dh selamat ke sekolah. Baru sejam yg lepas. Ramai sungguh orang yg hantar anak ke situ. Sekolah tu ambil budak usia 4-6 tahun. Semua dlm kelas2 berbeza-beza ikut umur. Kelas 4 tahun pun ada 2 kelas.
Sekolah Tahfiz Al-Fadhail ni guna 6 rumah teres. Mcm satu blog bangunan dah. Masa hantar tadi, suasana macam hantar anak darjah 1 ja. Sebelum ni di Penang, hantar pun half year dah. So xrasa apa2. Cikgu pun soh balik terus.
Di sekolah tadi, lepas ramai student masuk, pintu ditutup, tingkap tinted dan berhawa dingin. Sempat la ibu jenguk2 bila anak budak yg lambat masuk. Nampak Nazhan well-behave. Syukur Alhamdulillah. Moga2 dia berjaya dan dapat menimba ilmu sebanyak mungkin.

Nazhan yg pakai t-shirt purple tu sebab uniform saiz S dah habis. Lusa baru dapat, insyaAllah. Yg cun ni bukan cikgu dia tp nama cikgu ni cikgu Ain (tlg promote tp x tau available ka tak ya)
Ibu plk ada list of tasks yg panjang nak kena settle. Minta2 adik banyak tidur di rumah dan behave bila kena ikut ibu keluar. Hehe.. Bolehlah ibu bekerja keras. Di tahun baru ni, i'm declaring myself as Working At Home Mom. Sebelum ni kadang2 ja guna istilah tu sebab income ciput sangat. Mcm xada income pun ya.
Sekarang azam baru dan target pun ada jadi kenalah capai. Doa saya semoga saya mampu contribute something pada keluarga dan society. Amin..
- Posted using BlogPress
Esok Nazhan Iqbal akan masuk sekolah baru. Selepas puas meronda mencari tadika yang sesuai, jodoh nampaknya disini. Tadika ni agak jauh sebenarnya dari rumah tp terpaksa jgk. Nak banding dengan sekolah lama di Penang, lebih kuranglah. 10 minit jarak perjalanan. Cuma banyak taska di kawasan rumah kami. Tumbuh bagai cendawan tp semua xmenepati kriteria. Memang masa survey2 tu rasa nak buka sekolah sendiri ja.(mungkin insyaAllah,hehe)

Apa yg ibu nak luahkan bukan pasal kriteria pilihan ibu tu dan kenapa ibu pilih sekolah instead of taska. Nak cerita yg ibu dah rasa sedey nak berpisah dengan Nazhan. Huaaa:(( sedeylah. Sebab lama masanya. Dari pukul 8 ke 4 petang.
Tak pernah berpisah lama mcm tu dengan Nazhan. Aaahh sedeynya. Mudah mudahan dipermudahkan bagi kami mengharungi hari2 esok. Doakan kami berjaya ya!
- Posted using BlogPress
1.Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.) < -- lesson learn kat sini..masuk je azan ..kene terus gi solat..jangan dok tangguh2 mengadap laptop..ni peringatan untuk diri sendiri gak..sbb kadang2 saya ralit dpn laptop..saya dok tangguhkan… tapi saya dah try amalkan..bile saya focus..ingatAllah lebih then baru sy focus keje saya..masyaAllah..melimpah rezeki saya..alhamdulillah Allah takkan memungkiri janjiNya
2.Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: “Barang siapa yang memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yan g tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-N as a’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari A bd ullah bin Abb as r.a.) < --bykkan beristigfar ..kalau dpt 70x sebelum subuh..
3.Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sa bd a Nabi s.a.w.: “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yan g dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi) < -- Ya Allah ampunla dosa2 lalu ku..dan peliharalah aku dari membuat dosa,, saya ni pun manusia biasa jer..huhuhu
4.Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah maka hati akan menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28) < -- yelah…lagi kita ingat dunia..lagi tak tenteram hati ni kan kan..
5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim) Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)< -jadi sape2 yang masih hidup kedua org tuanya..berbaktilah yer…..
6.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembira kan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.: “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)
7.Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.: “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)
8.Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.
9.Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abb as berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”
10.Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat. < -- lepas subuh tu ..jgnla sambung selimut balik..cemanalah rezeki nak masuk.. so lepas subuh…plan your activities kay
11.Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda: “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)
12.Melazimi kekal berwuduk.
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah. Baginda s.a.w. bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas ) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)
13.Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah az za wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari An as r.a.)
14.Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.
15.Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau mal as mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)
16.Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya az ab-Ku amat ker as ." (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi bal as an kepada orang-orang yan g bersyukur.” (Ali Imran: 145)
17.Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.
Salah satu nama Allah, al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca
“Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim.”
Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.
18.Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.
19.Berikhtiar
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim).Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas . Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yan g haram, dan sebagainya.
20.Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (At-Thalaq: 3)
Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)
Sumber
Selamat tahun baru!!! Tahun baru ni aku banyak azam nak kena capai. A new beginning for me at a new house with new motivation. Hopefully semua tercapai. Nanti kena list down kat sebelah baru tak lupa kot. By the way, tiba2 plk hari ni anak dara saya merangkak at 11 months. Lambat..lama gila menyulur. Dah start nak berdiri, tiba2 merangkak plk. Ingat dah tak hingin nak merangkak. What an end of the year sweet memory..