Makanan Pilihan Minda Cergas yang disyorkan dalam islam

Makanan Pilihan Minda Cergas yang disyorkan dalam islam

1. Madu
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafnya sebagai ” syifa
‘” iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar “Raja Ubat”, dapat menyembuh kebanyakan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya.

2. Kismis
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

3. Susu segar
Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak.

4. Buah delima
Untuk penerang hati. Sabda Nabi Muhammad SAW, “Barang siapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”

5. Daging burung merpati
Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulu kala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak-kanak.

1 comments:

Nora said...

Kismis dan madu, selalu gak bagi anak2 makan. Burung merpati susahlah nak dapat... mesti sedapkannn... anyway...tq jadik follower kita, kita pun follow awak gak... suka baca your entry...