Tips Traveling While Pregnancy / Tip Menaiki Kapal Terbang Semasa Mengandung
Assalamualaikum pembaca sekalian,
Untuk yang baru membaca, ibu sekarang sedang mengandung anak ketiga pada usia kandungan 26 minggu. InsyaAllah, baby sihat sempurna. Last checkup masa minggu ke 20, nampak macam boy. Dah sebulan lebih yang lalu. So far kesihatan masih lagi tip top. Syukur pada Allah. Harapnya bayi dalam perut juga sihat.. Ibu selalu dapat rasa movement bayi, tengah stretching gamaknya. Perut makin sempit. So tertimbul2 di perut.
Sebenarnya nak share pengalaman traveling ibu mengandung ni.. Masa minggu ke 24, ibu banyak sangat travelling. Sebenarnya dari week 18 lagi. Berpindah sementara ke Terengganu kerana mengikut suami bekerja. Lepas 2 minggu balik raya di Penang. Kembali ke Terengganu dan tinggal di hotel selama 2 minggu sebelum berpindah ke rumah sewa di Paka dan pada minggu ke 24, travelling with airoplane pulak bersama 2 anak ke Penang kembali. Sepanjang di kampung pula, banyak bergerak & driving sebab bantu sepupu yang nak berkahwin..
Berposing di kenduri sepupu, Shida |
Sebelum pulang ke kampung tu, ibu memang dalam keadaan yang sangat penat sebab baru pindah dari hotel ke rumah sewa di Paka. Keesokannya kena naik kapal terbang pula. Masa beli tiket terlupa yang Nazhan mula demam pada waktu malam. Jadi, pulang dari sekolah sebelum ke airport, sempat mandikan dengan Basic H dan sepanjang perjalanan ke airport Kuantan dari Paka yang ambil masa hampir 2 jam tu, kedua Nazhan & Iris tidur. Kami lunch dalam kereta ja dan abah driving. Baguslah diorang tidur, so tak adalah tidur dalam flight. Kang jenuh pula nak mendukung. So sampai di airport dua-dua dah cergas. Kami last passanger. Mujurlah kakitangan Firefly baik dan tunggu kami sebelum berlepas. Sebab lambat tiba, beg troli jadi hand luggage. Kena la usung naik kapal terbang.
Dunkin Donat tak dihidangkan atas flight ya |
Sepanjang atas flight, kedua Nazhan dan Iris sangat baik & bising. Suara diorang ja dengar. Excited...lama tak naik kapal terbang and bakal jumpa tuk dan tokwan di kampung. Selagi anak-anak ok, ibu pun ok..Alhamdulillah..Masa ni memang tak rasa penat or sakit langsung.. Sebaik tiba di airport Penang, kami rest dulu..Ingat ada orang pick up, rupaya kena naik teksi.. Huhu.. Beratur la nak ambil teksi.. Tambang teksi RM9+ dari airport ke Jalan Baru, Sebenang Perai. Boleh tahan macam harga tiket flight tambang murah..
Sempat lagi bereksplorasi |
Sampai rumah tuk..kaki mula sakit..nyot nyot..sapu2 minyak..Esoknya cari Omega Guard di branch Shaklee Seberang Jaya dan mulakan rutin makan Omega Guard bersama vitamin hamil Shaklee yang lain. Alhamdulillah, dah semakin pulih. Masa minggu ke-25 fly kembali ke pangkuan suami. Kali ni, check in beg troll.So ibu hanya bawa handbag dan 2 anak ja.. Lebih relax tapi dari Penang kena tukar flight di KLIA dulu sebelum ambil flight ke Kuantan pula. Beg baju terus ambil di airport Kuantan. Lega dan senang banyak..
Menyibuk di ruangan pramugara |
Seminggu lepas tu, mak abah datang rumah dan ajak ke Kuala Terengganu pula..Aiyak..cepatnya.. tapi memang nak sangat ke Kuala Terengganu tu. Sejak datang Kijal dan pindah ke Paka memang tak berkesempatan ke KT kerana suami kerja 7 hari seminggu, tanpa cuti. Jadi, kugagahi juga traveling by Alphard ke sana. Naik Alphard ala2 naik kapal terbang 1st class la..Hehe..Cumanya di KT tu, terus terjah ke Pasar Payang untuk membeli belah sebelum kembali ke Paka pula. Kenapa tak tidur di sana? Sebab masa pergi hari Ahad lepas sekolah dan Isnin anak-anak kena ke sekolah lagi.
Belajar jadi pramugari |
Masa balik dari shopping tu, ari-ari sakit ja..Jalan kena slow2, macam orang berpantang. Risau juga.. Malam tu telan ostematrix dan omega serta sapu minyak kayu putih banyak2.. Syukur sangat esoknya sakit dah pulih. Risau betul ibu..apa2 jadi pada kandungan dan ibu.
Penat tak baca? Hehe..Harap korang faham..Sekadar nak share.. Ibu mengandung tak boleh lasak sangat terutama kalau 1st pregnancy..Sebab kita tak tahu kita jenis yang tahan lasak or tak, walaupun sebelum mengandung tu kita seorang yang lasak. So berhati hati. Ambil supplemen untuk menguatkan diri, rahim dan bayi. Selain dari doa pada Allah, ibu memang bergantung pada vitamin Shaklee ni dengan harapan bayi tetap sihat walaupun kami terpaksa banyak bergerak dan traveling. Apa yang ibu amalkan adalah Set Hamil J2 : B complex, Vitalea, Vitamin C, Ostematrix dan Omega Guard termasuk Energizing Soy Protein. Semua ni sesuai diambil sebagai penjagaan ibu mengandung untuk langkah berjaga-jaga supaya tiada masalah komplikasi semasa mengandung, juga sesuai untuk diabetis semasa mengandung.
Tips Traveling While Pregnancy / Tip Menaiki Kapal Terbang Semasa Mengandung:
- minimakan hand luggage
- pesan awal pada anak-anak untuk behave
- kalau travel lepas 32weeks kena ada surat doktor. So masa checkup, inform doktor akan terbang so minta disediakan surat sokongan
- di airport masa check in, inform kita mengandung sebab kena isi borang mengandung di mana airlines xnak bertanggungjawab kalau jadi apa2 kt kita, kita tanggung sendiri.
- pastikan sudah berehat sebelum mulakan perjalanan. Take a quick nap. Telan B complex sebelum perjalanan supaya emosi terkawal dan bertenaga semasa perjalanan.
- pastikan anak2 juga cukup rehat or tidur sekejap sebelum perjalanan supaya mereka tidak cracky and show tantrum.
- Kalau ada baby & eksklusif bf, tak ada masalah. Bilik penyusuan ada di airport. Sediakan shawl or pakaian yg mudah untuk penyusuan di atas flight.
- pastikan sudah berehat sebelum mulakan perjalanan. Take a quick nap. Telan B complex sebelum perjalanan supaya emosi terkawal dan bertenaga semasa perjalanan.
- pastikan anak2 juga cukup rehat or tidur sekejap sebelum perjalanan supaya mereka tidak cracky and show tantrum.
- Kalau ada baby & eksklusif bf, tak ada masalah. Bilik penyusuan ada di airport. Sediakan shawl or pakaian yg mudah untuk penyusuan di atas flight.
Semoga ibu-ibu lain juga sihat dan ceria mengikuti perkembangan bayi dan diri sebagai ibu hamil .
Ida Khairani
www.ceriterakami.blogspot.com
www.mysupervitamins.com
www.sarawakauthentc.blogspot.com
1 comments:
Post a Comment