Hilang lagi

4:47 PM ida ahmad 0 Comments

Buat sekian kalinya, ibu salah letak iPod touch yg comel ini. Sepanjang hari xguna jadi xdicari pun. Tp bila nak tidur dah, baru melilau cari. Maklumlah, lampu tidur bilik kami, abah dah letupkan tp banyak kali keluar, asyik lupa beli ja. Jadi application flashlight yg jadi pengganti lampu tidur.

Dari pukul 12-1 pagi ibu xdapat tidur sebab kepala weng dan badan kepenatan dok mencari benda kecil yg xboleh dibuat miscalled ni.

Last2 kita tidur kegelapan and aircond plk gagal berfungsi. Selamat kipas angin masih setia berkhidmat. Dulu ada abah langgan alert utk bunyikan iPod dr web browser tp setakat sebulan ja la, free trial.

Keesokkannya bila siapkan beg Nazhan ke sekolah, baru perasan ada di poket tepi beg tu rupanya. Selamat tak terbawa ke sekolah lagi. Ibu letakkan sebab banyak sangat barang nak bawak naik kelmarin.

Hopefully xhilang lg la lepas. Ibu terus buatkan pouch kecil utk simpan iPod. Still ia bukan solution utk iPod tu xhilang. Jadi ibu set kan alarm ja la untuk everyday. Kalau terhilang lagi, kita tunggu alarm bunyi.

0 comments: