Sapa nak sunat?

Ooo..saya sudah..My kids ja belum. Ingat sabtu ni nak bawak Iris p sunat. Anak sedara saya masa lahir terus disunatkan. Iris masa di Miri tak ada doc nak buat. Satu klinik tu, soh datang bila 5 months. Bila dah 5 months, kami di Penang. Check up plak di paed laki. Terlupa lagi..

Badan pun dah montok tu. Kesian Iris. Ibu baru teringat, tuk dah marah2. Huhu. Kesian ibu jgk. Banyak benda nak kena buat. Kelam kabut ja. So, ibu decide nak p buat Sabtu ni tp abah tak balik. Abah kena p offshore lagi. Should we wait for him? Hmm..


no ibu..please no..

Star Khaliff

So far so good. Nazhan have a lot of improvement. Maybe sebab exposure kat school and also about time already. Kenapa ibu pilih Star Khaliff at the first place sebab ibu tengak student2 kat situ baik2 belaka. Memang teacher2 tu serapkan nilai2 murni dan adab sopan cara Islam. Diorang tak marah2 budak.

Nazhan ni dia suka mengikut budak dari org tua. So, kalau ramai budak nakal yang dia jumpa, ibu risau dia tiru plk. Sayangkan kalau kami pindah Bukit Raja. Rumah kami dah dapat CF. Bolehlah nak pindah sebulan 2 lagi kot. Hehe.. tapi tak tau la nak hantar Nazhan ke sekolah ke tak kat sana.

Ibu plan nk buat play group ja kat rumah. Bestkan kalau menjadi plan ibu tu. Adalah tempat ibu2 dan anak2 berkumpul bagi mereka yang tak di hantar ke taska. Tak ada bayaran tp parent kena join samalah expecially for housewife like me. Anak2 nak yg baik2 dan tak ganas ja. Haha!! Boleh gitu. Janji ibu mereka ada untuk menegur mana yg tak kena. Nazhan ni suka sangat berkawan tp ibu nak pilih kawan yg boleh dibuat contoh. Diakan suci murni ja.



Ibu ada bawak Nazhan join satu play group ni kat Penang, organize by NGO for special person mcm kami ja. Haha. Kat Bukit Raja/Shah Alam/Klang ada tak ha?


Resepi untuk bayi 6 bulan ke atas lagi

Ni resepi untuk stage 2. Stage 2 ni kisahnya nak perkenalkan rasa baru. Antara yang boleh diberikan kepada bayi adalah buah buahan dan sayur sayuran seperti epal, pir, pisang, kentang dan lobak merah. Semua kena lenyek dulu untuk jadikan puri. Stage 2 ni lebih kurang pada usia bayi 6 bulan setengah gitu, more or less.

Bubur Nasi & Jagung

Bahan-bahan:
150 ml air
10g jagung dicincang halus
bubur nasi yg dikisah halus tanpa garam


Hidangan:
2x makan

Cara-cara:
1. Panaskan air sehingga sederhana panas dalam periuk.
2.Masukkan jagung yang dicincang halus dan kacau sehingga masak/lembut.
3.Gaulkan dengan bubur nasi sekejap.
4. Terus hidangkan.

Info:
Jagung adalah sumber serat yg baik. Pengambilan serat yg mencukupi akan membantu elak sembelit.

Tahu tak pasal bakteria baik bifidobakteria? Kenapa dia baik? Sebab dia pelihara sistem penghadaman. Jadinya nutrien seperti zat besi, zink, vitamin A & C dapatlah diseram secara optimum. Tu la banyak makanan baby or susu ni diformulakan bersama bifidobakteria ni.

Kenapa saya ambil?

Sebagai ibu dan isteri juga anak kepada mak sendiri, saya memang perlu sentiasa sihat. Kalau dulu bila selsema, relax aja, biar baik sendiri. Ke klinik, teramat la jarang. Namun, bila dah ada tanggungjawab yg besar ni, kesihatan amat penting bagi saya. Bila rasa tak sedap badan ja, saya sangat risau. Saya akan pikir apa yg saya makan dan apa yang menyebabkan saya sakit. Saya akan cepat2 cari ubat untuk sembuh.

Alhamdulillah saya memang jarang sakit tp husband saya kata, kami ni walaupun jarang sakit sekali sakit teruk. Cuba bayangkan kalau saya jatuh sakit, sapa nak jaga anak2 saya? Husband dah la away.. So far sejak berjauhan ni, alhamdulillah. Saya dikurniakan kesihatan yg amat bagus. Ada batuk dan selsema last week tp badan masih segar untuk menjaga anak2 saya. Begitu juga anak2 saya. Dua-dua jenis jarang sakit.

Demi keluargalah, saya mula mengamalkan pengambilan vitamin. Saya nak sentiasa sihat dan bertenaga untuk mereka. Saya perlu sentiasa cergas untuk ligat Nazhan makan, main polis entry, coach bola dia dan untuk dukung Iris yg montel. Sebenarnya saya tak suka dukung anak ni tapi dah rumah mak saya 2 tingkat dan bilik banyak, terpaksalah jugak. Dulu di Miri, kami banyak lepak hall ja. Malam nak tidur, baru naik. Tu pun ada husband untuk mendukung budak-budak ni.

Sapa kata kerja ibu di rumah senang atau relax ja? Bagi saya 24 hours tak cukup untuk
saya manfaatkan sepenuhnya. Untuk bahagikan masa untuk Iris, Nazhan, mak saya dan diri sendiri. Husband dah lepas tangan since dia berjauhan dari kami. Supaya saya tidak membazirkan masa yg saya kata tak cukup tu untuk berehat, sebab tu la saya amalkan supplement ini.

Ikutkan poket saya lagi la kempis berbanding org yg dpt gaji tiap2 bulan. Lagi satu, saya ni kurang berdisplin part2 makan vitamin ni. Hehe. Tambah2 time dah nampak perubahan and sihat walafiatkan. But, demi anak2 dan supaya suami tak cari lain. Haha..kena mulakan dari awal.



Gambar pasport


Hehe.. ni gambar Nazhan untuk school purpose. Ibu amik kat rumah and edit background. Susun dalam 4r saiz, dapat 4. Lighting tak balance sebab amik tepi tingkap. Malas nak edit lebih2, lagipun bukan legal purpose pun.


Di bawah ni aksi-aksi comel dia dengan actual background sebelum dapat yg perfect one.



Resepi untuk bayi 6 bulan ke atas

Mari salin resepi sebelum hilang lagi. Haha..

Untuk minggu pertama atau kedua, mulakan dengan bubur nasi dengan dicampur susu ibu supaya bayi familiar with the smell. Buatkannya lembik supaya mudah ditelan.

Lepas 2-3 minggu berikutnya, bubur nasi boleh ditambah dengan sayuran atau buah-buahan kerana kurang mengundang alergi berbanding daging. Daging mungkin boleh dimulakan after 8 months.

Mari tengok resepi yang saya jumpa ni.

Bubur Lobak Merah & Kobis Bunga

Bahan-bahan:
25g lobak merah, 25g kobis bunga, 150ml air, 50ml susu, 20g bubur nasi

Untuk:
2x makan

Cara:
1.Rebus lobak merah dan kobis bunga dalam periuk hingga empuk dan kemudian lenyekkan.
2.Kemudian, gaulkan sayuran lenyek tadi dengan air suam serta susu.
3.Boleh dimakan bersama bubur nasi seperti lauk atau digaul terus dengan bubur nasi.

Khasiat:
Lobak merah merupakan sumber yang baik untuk serat makanan dan beta karotena.
Beta karaotena merupakan prekursor vitamin A, sangat penting untuk daya penglihatan yang baik.

Hilang lagi

Buat sekian kalinya, ibu salah letak iPod touch yg comel ini. Sepanjang hari xguna jadi xdicari pun. Tp bila nak tidur dah, baru melilau cari. Maklumlah, lampu tidur bilik kami, abah dah letupkan tp banyak kali keluar, asyik lupa beli ja. Jadi application flashlight yg jadi pengganti lampu tidur.

Dari pukul 12-1 pagi ibu xdapat tidur sebab kepala weng dan badan kepenatan dok mencari benda kecil yg xboleh dibuat miscalled ni.

Last2 kita tidur kegelapan and aircond plk gagal berfungsi. Selamat kipas angin masih setia berkhidmat. Dulu ada abah langgan alert utk bunyikan iPod dr web browser tp setakat sebulan ja la, free trial.

Keesokkannya bila siapkan beg Nazhan ke sekolah, baru perasan ada di poket tepi beg tu rupanya. Selamat tak terbawa ke sekolah lagi. Ibu letakkan sebab banyak sangat barang nak bawak naik kelmarin.

Hopefully xhilang lg la lepas. Ibu terus buatkan pouch kecil utk simpan iPod. Still ia bukan solution utk iPod tu xhilang. Jadi ibu set kan alarm ja la untuk everyday. Kalau terhilang lagi, kita tunggu alarm bunyi.

Penang Cutilah

Setiap 7 Julai mulai tahun ini diisytiharkan sebagai cuti umum di Pulau Pinang sempena pengiktirafan Georgetown sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Ramai yang tau ni sebab dah baca kat paper 18 jun lepas atau kerja di Penang sendiri. Napa aku taktau? Sebab aku terlepas nak baca paper hari tu, husband and mak aku yang baca tak bagitau and sebab aku kerja dari rumah ja.

Disebabkan itu, aku, Nazhan dan Iris dah p ting tong taska Star Khaliff pagi2 semalam Dah 3x tak bukak, baru check gate. Tengok2 tuh ha, mangga besaq dok terletak. Huahuahua. Patutlah Nazhan tak nak kiss or salam aku beriya punya. Dah tau, dok buat diam ja. Bertuah sungguh. Mungkin dia ada cakap German bgtau tp aku yg tak paham.

p/s: :(( German kalah

5 months and 30 months

Iris
-Comel in her way.

-Dah kenal orang. Bila nampak kelibat ibu, dah tersenyum. Bila nampak kelibat tuk, dah depa tangan, minta diangkat.

-Very familiar dengan school time abg. Mesti jaga punya time abg p and balik school. So most of the days, iris akan hantar sama.

- Sudah kurang sikit minum susu. Asyik terliur ja tgk org makan. Gagau2 tangan nak amik apa yg melintas.

- Berat sudah 6.8kg. Lenguh2x.

- Sejak 2 bulan iris memang xnangis bila kena cucuk. Nangis terkejut ja sekejap, then pujuk2 dah cool. Masa consult dgn doc dah senyap balik dah.

- xtau consider boleh pusing ka tak. Dia suka angkat2 kaki ja utk ubah position. Ada la jgk pusing tp countable, 1-2 kali ja la so far.

-separation anxiety dah develop. Oh gosh. Bangun tak dak orang kejap pun dah melalak.

Akibat terlupa baby carrier, ibu tak mampu nak dukung Iris lama. Selamat abah yang gagah perkasa ni ada.

Nazhan
- Alhamdulillah, ada improvement. Walaupun still xpaham apa dia cakap tp dia dah bertambah banyak cakap dlm bahasa dia.

- Dia punya nak and no tu dah dengar tp ibu confius jgk mana satu yg dia sebut.

- Dulu bila dia ajuk ckp kita, susah nak dengar bunyinya sama. Sekarang dah makin sama bunyinya.

- Dah makan byk dari dulu tp still kena banyak sabar sebab mengambil masa yg lama, 1-2 jam dan berkejar kejaran.

Abang Nazhan yang tak habis2 nak tumpang mengada

Ya Allah, berikanlah daku hidayah, kesabaran dan kesihatan dalam mendidik anak-anakku. Sesungguhnya aku ingin menjadi yang terbaik buat mereka. Mudah-mudahan Engkau permudahkan bagiku jalannya.

Sharing is caring

Susah sungguh nak cari masa nak update blog. Lama2 blog ni jadi photoblog aja. Hehe. Sementara budak2 tengah lena ni, ibu nak annouce yang ibu dah launch blog baru, www.shakleeshop.blogspot.com.

Ibu akan share info2 kesihatan kat blog ni. Kalau ada yang berminat nak cuba trial pek boleh email ibu. Kalau dah memang guna produk Shaklee, baguslah. Boleh dapatkan member price dengan guna id ibu. Takdak kisah punya. By the way, ibu member untuk tupperware and DCL juga. DCL ni, mak ibu yang beriya dulu nak guna produk dia, tapi hangat2 ja. Bolehlah kalau sapa2 nak order or beli sendiri guna id ibu. PM ja di yahoo messanger, ika248 ok.

Sharing is caring :X

Yummy baby