Service Apartment Mewah Untuk Disewakan di Seksyen 13, Shah Alam

12:20 PM ida ahmad 0 Comments

Alhamdulillah, beberapa hari lepas kami dah melawat rumah kedua kami. Rumah ni bakal disewakan, insyaAllah. Geram juga rumah cantik molek sesuci lebaran ni bakal disewakan. Syoknya kalau dapat pindah masuk rumah baru dan kita jadi orang pertama yang rasmikan. Semua perkakas serba baru pula tu. So bawa-bawalah menjaga harta benda milik owner ya.

Bilik 1 untuk 2 orang

Apartment ni akan kami isi dengan perabot. Peti ais dan mesin basuh dah ada pun. Termasuklah aircond yaa..! Ha, bertuahnyalah bakal penyewa ni. Pemandangan sangat cantik.. Sila jangan dok bercengkerama kalau bukan muhrim ya. Nanti owner sendiri panggil pencegah maksiat kalau ada report! Rumah ni kami aim untuk pelajar MSU yang baik budi pekerti sama dengan owner yang berbudi bahasa juga.

Bilik 2 untuk 4 orang
Ini gambar sebelum rumah di furnish.. InsyaAllah nanti kami pecah tabung isi kelengkapan serba mewah mengalahkan hostel sekolah menengah korang dulu ya.


Balkoni mengadap pemandangan Shah Alam


Rumah ni terletak di Tingkat 21, Menara U2, Seksyen 13. Walking distance untuk ke MSU, Tesco, kedai makan dan macam2 kedai lagi ada. So sangat jimat untuk kos pengangkutan. Kalau yang minat bola sepak, boleh buka tv tonton dan tengok stadium dari luar LIVE! Sebabnya korang boleh nampak pemandangan stadium Shah Alam dari balkoni apartment itu. Ha, ada balkoni ya!

Boleh nampak stadium Shah Alam

Malah korang juga dekat dengan Pasar Tani Shah Alam yang sangat heaven tu. Jangan lupa study sudah! Belajar rajin2, jangan dok enjoy ja. Ingat mak pak hantar soh study tau.

Yang nak jaga berat badan dan kesihatan, apartment ni juga ada swimming pool dan gym. Oh my God! Jeles dah in owner pun. So, orang mungkin akan jumpa kami di swimming pool atau gym walaupun kami tak stay sane. Haha!!


Berapa sewa? RM300 seorang dan satu rumah seramai 6 orang.

Kelengkapan yang bakal ada dan sedia ada adalah :

  • Peti Ais
  • TV
  • Mesin Basuh
  • Aircond
  • Water Heater
  • Induction cooker
  • Pan untuk induction cooker
  • Rak TV
  • Meja makan dengan kerusi
  • Carpet


Kalau berminat "Service Apartment for Rent @ Sewa  di Seksyen 13, Shah Alam", sila hubungi K Ida 013 488 2382. Akak nak gegirls yang tak tinggal solat ja jadi penyewa.. Tu dia demand. Gambar selepas di furnish akan di kongsikan nanti lepas kami shopping di IKEA. Wahh. ikea  u.

Ida Khairani

www.ceriterakami.blogspot.com
www.mysupervitamins.com
www.sarawakauthentc.blogspot.com

0 comments: