Kembara Turki Hari Ketiga di Kusadasi dan Pamukkale

10:36 AM ida ahmad 0 Comments

Hari ketiga di Tukri, kami breakfast di hotel Marti Beach Hotel yang mengadap Laut Aegean. Seberang sana adalah Athens tapi tak nampaklah. Air laut sangat jernih gila dan sejuk.




Makan laju-laju kami pun terjun mandi seround. Eh idaknya. Beg memang dah siap untuk check out seawal pagi lagi. Walaupun banyak aktiviti di pantai ni tapi airnya masih lagi jernih ok. So cool !



Hari ni kami jalan-jalan di Serluc. Pertama kali kami dapat tengok live fashion show. Rasanya memang trend dan tarikan kilang - kilang kulit di sini buat fashion show. Kami diberi kertas untuk isi baju mana nak beli. Wah wah !! Bagusnya kat kilang ni, kalau rasa terpanjang jaket boleh alter terus. Kulit jaket paling glam kat sini adalah kulit kambing. Harga mahal tapi katanya banyak brand international ambil barang diorang dan jual dengan harga 3x ganda contohnya Burberry, Gucci, Boss dan lain2.

Selepas menabur wang di situ, kami melawat Ephesus Ancient City. Tempat yang sangat cantik, bersejarah dan impressive. Perjalanan kat kota ni ada dalam 2KM, van drop kat gate dan kita jalan kaki macam zoo tu.



Kat tapak arkeologi ni boleh tengok tinggalan sejarah dari zaman Rom dan sebelumnya lagi. Ada Library of Celsius, Odeon, Grand Theatre, temple of Handerian, Roman Bath. Selalu tgk dalam movie ja. Ni real depan mata.



Masa kami di sini, kami tertinggal baby carrier di kilang jaket kulit tu. Memang jenuh mendukung Nuh Iman yang tidur. Gilir-gilir dengan abah dukung Iman yang diulit mimpi. Dah last2 tu, baru Iman jaga. Sunburn jugalah Ibu jalan-jalan tengah panas terik ni. Sangat berbaloi kalau bawa cap atau beli topi ala diva sebenarnya.



Keluar dari Ephesus ni banyak kedai2 jualan juga. Bolehlah beli turkish delight murah di sini. 6-7 kotak untuk 20 Lira tapi rasanya kenalah test dulu ya.

Kami lunch di restoran di Selcuk dan dapatkan balik baby carrier yang tertinggal tu. Orang kedai tolong hantarkan.. Huhu selamat. Alhamdulillah. Masih panjang lagi jodoh kami dengan Ergo yang selesa dan kukuh yang ibu beli masa nak ke Vietnam 4 tahun lepas.

Kami melawat Artemis Temple, antara 7 wonders of the world. Tapi tinggal sebatang tiang ja. Tak berapa nampak magnificient nya.


(kalau tak dapat view video, klik link you tube ni Kembara Turki Day 3)

 Kami solat di masjid Isa Bey, masjid tertua di Kusadasi ni. Masjid ni pun ada yang percaya dulunya gereja sebab macam design gereja. Kat sini kami jumpa couple otai dari Malaysia yang travel Turki tanpa tour guide dan naik transport awam ja. Cool kan. Masih lagi loving & adventure. Couple ni dalam usia 50-60 gitulah. Tapi masih kuat berjalan. So kalau rasa nak travel di hari tua, jangan lupa jaga kesihatan sejak muda ya. Kaki tangan kita ni nak guna lama lagi. Ambillah kalsium ostematrix pujaan hati ibu-ibu tu.

Habis melawat Kusadasi dan Selcuk, kami gerak ke Pamukkale. Pamukkale maksudnya Istana Kapas. Sebabnya dari jauh nampak putih ja kawasan atas bukit di situ.

Klik untuk panorama view yang cantik


Kawasan putih tu hasil dari tindak balas mineral semulajadi kat situ terutama kalsium dan hidrogen karbonat. Maka jadilah kalsium karbonat dan kapur, menjadikan tempat tinggi tu berwarna putih & berair panas ala sauna. Tempat ni memang jadi mandian spa orang zaman Hierapolis & Necropolis dahulu kala.

Klik untuk panorama view. Sorry kena censored bila ada yang berbikini dan spender ja kat sini.


Cantik gila tempat ni !!!! Antara yang best lagi adalah aiskrim dari susu kambing ni !!! Wajib makan dan bukan sekali tapi berkali-kali. Mana nak dapat lagikan ??? Ni video jurujual airkrim yang suka acah orang. Airkrim ni jenis kental dan liat dan sangat sedap! Malam ni kami overnite di Hotel Tripolis !


Ida Khairani

 www.ceriterakami.blogspot.com
www.mysupervitamins.com
www.sarawakauthentc.blogspot.com

0 comments: