Kebaikan Sedekah



Sejak buat Shaklee as my main income ni, Alhamdulillah terasa lebih lapang. Bimbingan dari senior lebih bersifat islamic. Jadi, sedikit sebanyak baik saya kongsikan dengan yang lain.

Pernah satu ketika, saya frust sangat dengan layanan yang diberikan oleh seseorang. Oleh kerana frust menonggeng itu, saya telah belanja ibu saya dengan sesuka hati. Sebelum ni agak berkira. Haha!! Kerana nasihat daripada seseorang, kalau ada kesempitan tu, berbuat baiklah dan hadiahkan kegembiraan buat ibu bapa.

Alhamdulillah sejak dari itu rezeki bertambah. Begitu juga dengan sedekah kepada orang lain. Kalau kita rasa sangat berat nak dapat rezeki lebih, kalau yg berniaga pula, beratnya nak masuk sales, perbanyakkanlah sedekah. Kerana sedekah membuka lebih banyak pintu rezeki. Ia umpama, akar yang kian menjalar dan benih yang bercambah. Hasilnya, pokok makin kuat dengan membuahkan hasil yang semakin banyak dari setiap cabangnya.

Yang lagi best, pahala pun dapat. Semoga kebaikkan yang diberi dengan ikhlas itu mendapat ganjaran dari Allah dan kita sentiasa dilindungi dari perkara yang tidak baik.


Ida Khairani

www.ceriterakami.blogspot.com
www.mysupervitamins.com
www.sarawakauthentc.blogspot.com

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails