Bahan-bahan:
-daging dipotong nipis n direbus dengan pewarna merah sehingga lembut
-bawang besar
-sedikit halia
-bawang putih
-sos cili
-sos tomato
-sos tiram
-garam
-daun bawang & daun sup
-sayur-sayuran kalau suka macam lobak, bunga kobis
Cara-cara
1.Tumiskan bawang besar,bawang putih & halia sehingga kekuningan
2.Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram & air
3.Masukkan sayur-sayuran
4.Masukkan daging rebus & masak hingga sebati
5.Tambah garam
6.Siap dan tabur daun sup & daun bawang yang dipotong
Inilah menu kami hari ni sehingga sahur pertama tahun ini. Hehe. Silalah cuba. Sempoi dan sedap.
Ibu, Nazhan Iqbal dan Iris nak ke Vietnam very soon. Tak plan pun, jadi memang tak prepare buat pasport. Jadi, surat beranak Iris x tak bawak balik Penang. Semua ada di Klang.
Ya, kami balik Penang pula since abah ke offshore dan tuk duduk sorang. Bibik tinggal Shah Alam beberapa hari sebab Pak Long dapat baby baru, baby Aidan.
Jadi, tok wan bawa kami ke JPN negeri untuk dapatkan surat beranak Iris on the spot, bayar rm5 saja. Iqbal dan ibu dah ada pasport just hopefully belum expired.

Atas ferry bersama tokwan dan ergo baby carrier baru demi berjalan di Vietnam.

Buat pasport budak kecil ni perlukan:
-Surat beranak
-Ic mak or abahnya
-Gambar 3.5cmx5cm 2 keping, background biru cerah. Atas tu over cerah,kena gelap skt, baju gelap. Sebab iris comel, diorang lupa iris pakai baju cerah.
Bayaran rm100 untuk 2 tahun. Siap dalam masa 2 jam. Settle part Iris. Malam ni, insyaAllah kami pulang ke Klang untuk buat persiapan sebelum ke Ho Chin Minh.
Bye bye abah yang masih di Labuan.
- Posted using BlogPress from my iPhone


- Posted using BlogPress from my iPhone
Working from home mom memang banyak cabaran. Jadual kerja yang panjang dari pagi sampai la ke malam. Baring hanya ketika nak tidurkan anak sambil menyusu. Kemudian sambung bekerja balik.
Dalam dua minggu ni, suami pula kena ke offshore. Jadi kerja-kerja rumah dan jaga anak, semua ibu kena settle seorang. Apa yang membantu ibu untuk terus bertenaga dan tenangkan diri dengan kerenah anak-anak pastinya dengan mendekatkan diri dengan Allah dan vitamin Shaklee sebagai sokongan kesihatan.
Ibu yakin ia tidak memudaratkan kerana ia bersifat semulajadi dan pelbagai kajian telah dilakukan untuk memastikannya. Sejujurnya, ibu beranak dua ni, lebih cergas kini dari masa tak ada anak lepas kahwin dulu. Alhamdulillah, dengan kesihatan dan kudrat yang Allah bagi ni.

Mana abah? Abah dihati kami

Set up secara solo almari drawer chest untuk baju anak-anak yang semakin banyak.

Bahagian depan drawer

Tara .. Siap dah.. Almari saya dan adik. Ibu ambil masa 3 jam nak buat. Huahuahua:))
Jadi pada ibu bekerja, suri rumah, bapa-bapa dan anak-anak, tak kira apa situasi kesihatan anda sekarang, cubalah amalkan suppelemen. Walaupun anda dah jaga makan minum harian, supplemen Shaklee membantu untuk penyerapan zat-zat dari makanan tersebut dan memelihara kesihatan untuk jangka masa panjang.
Nak tau promo Julai yang sangat menarik, isi ja form Jawapan Segera di bawah. Saya akan forward terus ke email anda. Jadi, anda dapat lebih dari sekadar suppement Shaklee yang TERBAIK!!
P/s: pada yang berminat nak join kelas penyusuan khas untuk persediaan Ramadhan, boleh nyatakan minat anda juga dengan isi form di bawah.
Ida Khairani
www.MySuperVitamins.com
- Posted using BlogPress from my iPhone
Abahku pulang dari kerja,
Abahku belikan kereta,
Kereta kecil warna merah,
Boleh kubawa ke sekolah.
Pon Pon Pon Pon Pon Pon Pon Pon Pon
Kereta kecil ku berbunyi
Marilah adik mari naik
Boleh kubawa jumpa tuk
Yeah..Abah dah balik dari offshore!!!. Pukul 12 baru sampai. Budak2 yang tidur lena pun jaga segar bugar. Last2 ibu abah tidur, anak2 berjaga lagi.
Jika seorang bertanya pada seorang isteri..."Kenapa anda melakukan kerja rumah..kerja ofis dan segala mcm kerja?..kalau jawapannya "ooo sbb dah tanggungjwab saya.".. hmm..bahaya jawapan mcm ni..kene gi kaunseling..tp kalau dia jawab.. "OOo..semua ni saya buat sebab saya sayangkan suami saya..saya sayang kan tugasan saya..saya sayang anak saya."...sejuk dengar jawapan mcm ni..
Bukanlah nak kata yang semua tu bukan tanggungjawab ..mmgla ianya amanah,tanggungjwab seorg wanita...tapi kalau ianya datang kerana rasa kasih cinta.. takkan timbul soal penat..penat letih...Walaupun stress..penat..tu semua normal...tipu kalau kata tak pernah penat atau tak pernah stress sedangkan anakanda Rasullullah sendiri pernah mengadu kepada Baginda.."Siti Fatimah mengadu kat Nabi SAW, yang dia keletihan serta tapak tangan dah kasar kerana mengisar gandum lantas memohon seorang khadam dari Baginda SAW.
Nabi SAW memujuk anak kesayangannya dengan menganjur membaca SubhanAllah 33x, Alhamdullillah 33x dan AllahuAkbar 33x dan 1xLa Illahaillallahu wah dahulaa syarikallah...hingga akhir untuk menghilangkan letih sebelum tidur".Dan kalau istiqamah mengamalnya...pasti badan sihat dan hati tenang...
InsyaAllah...dan bagi saya berdoa lah agar diberi kekuatan...amalkan yerr setiap wanita berbeza..setiap dari kita ada kekuatan masing2..tiada sapa yg boleh dabik dada kata dia je yg susah... jika sedang dilanda kerisauan...tension...atau keletihan yang amat dgn tanggungjwb yang dipikul..atau sedih dgn apa yang dihadapi.. ..
Saya nak anda luangkan 5 minit dan lakukan ini..
~Pejam kan mata dan bayangkan~~~~
~bayangkan jika anda ditimpa musibah atau kesusahan yg lebih buruk dari apa yang anda sedang alami
~~~~bayangkan org lain yang kesusahannya lebih besar dari apa yg kita alami..
~~~~ingat satu persatu nikmat yang anda ada tetapi ianya bukan dah lagi milik anda..anak..suami..ibu ayah..pancaindera..kasih sayang.
.bla bla.....huhuhmmm...
dah buat dah??
... buka mata dan apa yang anda rasa?
Pasti anda bersyukur amat dgn kehidupan yang anda lalui sekarang dan takkan sekali sekali mengeluh.. mengeluh ni hanya akan menjauhkan kita dari rezeki ..dari rahmat Allah..dari kasih sayang Allah.....Bersyukur lah... Kadangkala kita rasa apa yang org lain lalui itu lebih baik..tapi hakikatnya apa yang kita ada..itu lebih baik utk kita..
Credit
Last week kami sekeluarga pergi tengok wayang, Kungfu Panda 2! Memang 5 stars la. Sangat best. Yang gelak besarnya bukan budak sangat pun, suara orang tua lagi meriah.
Memang fullhouse la panggung wayang dan kaunter membeli makanan. Hehe.. Last2, abah masuk dalam dulu bawa budak2, ibu jadi tukang beli. Kami selalu dok couple seat jadi memang luas dan belakang sekali.
Tengah tengok wayang, Nazhan nak kencing. Selamat adik tengah menyusu jadi abah yang bawak pi tandas. Huh.. Tak sanggup ibu terlepas aksi yang best itu. Nyehnyehnyeh..
Jadi, Kungfu Panda adalah cerita paling best so far yang kami layan di wayang secara 4 beranak. Yang sebelum ni adalah
Toy story 2, Merong dan Bunny(ya ka, ibu lupa tajuknya). Perlukah ibu bawak budak2 menonton Nur Kasih. Mungkin tidak.. Kang ibu meraung sebab tak dapat fokus bukan pasal ceritanya.
- Posted using BlogPress from my iPhone