Kembara Turki Bersama Anak : Ground Tour atau backpacking?

10:24 AM ida ahmad 0 Comments

Syok gila kembara kami ke Turki cuti sekolah yang lepas. Kenapa kami pilih ground tour guide sebab pertama offer dia bagus 699 usd untuk cover banyak tempat + makan + ground transport + tips + hotel selama 8 hari 7 malam. Rate budak half price dan baby free. Rate asal 655 usd sahaja tapi sebab kami tambah sehari di Bursa jadi 699.

Sebab kedua walaupun ada anak-anak dan orang lain prefer free & easy sebab nak ikut timing anak tidur tapi kami risau kang makin ke laut plk jadinya. Lagipun tak cukup masa nak plan betul2. Kalau nak jimat dan biasa backpacking dengan anak-anak, bisa ajer.

Sebab ketiga ada member yang pernah drive sendiri bagitau harga minyak sana mahal. Full tank boleh cecah rm500 untuk keta sedan. Kena isi setiap hari pulak tu kalau jalan jauh.

Sebab keempat kalau naik public transport and bag packing kesian kat anak-anak. Turun train kena naik teksi or bas pulak. Makin penat means makin cracky. Anak cracky, means ibu lebih emo. Lagipun kami masuk countryside, lebih 8 tempat dan cover selatan dan tengah Turki. Bahasa pula ramai yang tak fasih berbahasa Inggeris. Jadi, kami pilihlah yang terbaik pada masa tu dan Alhamdulillah pilihan kami tepat.

Tiket flight kami beli sendiri jadi bertuahlah kalau plan awal2 dapat murah kot tapi kami memang redah habis. Cuma tiket suami dapat murah sikit sebab tebus point enrich dia. Save 1k. Kami naik MAS. Banyak lagi flight lain ke Turki, Qatar, Emirates tapi maybe ada transit. MAS direct. Turkish Airline combine dengan MAS.



5/6/2015:

Flight kami pagi 6/6/15 12. 30 am Tapi siang tu masih ada lagi event Shaklee National Conference. Since layak stay hotel for free, ada goodies dan meal allowance, kami gigih p juga Golden Horses untuk ambil benda free and kenal roomate. Penting kenal roomate supaya dapat minta tolong simpan surpise gift yang Shaklee hantar ke bilik. Mission accomplished.

Kami balik lepas solat Jumaat dan teksi pick up ke airport pukul 7.45 malam jadinya Maghrib di rumah. Flight pukul 12.30 am. Jammed teruk juga tapi kami dah check in flight online dan dapat pilih seat. Kalau pilih seat masa beli tiket ada bayaran minima rm50 ikut tempat. Check in online dibuka seawal 2 hari sebelum terbang. Masa check in online, seat dah FREE untuk dipilih ! Jadi dapatlah pilih seats sederet 4 + 1 kami. Nuh Iman x ada seat.

Sesampai ja di airport pukul 9 malam.. Rupanya fight kami delay 2 jam. Alamak !!! Dah sampai dah pun.. Jadi redha ja la. Taktau kes apa yang menyebabkan lambat tapi since MAS ada isu terminate staff so adalah at some point aspect for delay ni. Cuma berdoa, perjalanan tetap smooth dan anak-anak maintain cool.

Kami jalan2 dekat kedai2 dalam airport tu. Melayan budak main toys for free sebagai terapi..solat Isyak kemudian ingat nak terus masuk Gate. Sekali tak dapat sebab ada passangers ke Paris dah dalam tu and dah crowded. So melepak la kami kat kerusi yang kurang empuk. Iris dah zzzzz. Nazhan main ipad. Nuh Iman masih segar. Jadi ibu carry Iman dengan baby carrier melawat kedai buku, baby room, kerusi massage sampai gate open untuk kami masuk.

Padang pasir Syria dari kapal terbang
Merentas Syria untuk ke Turki


6/6/15:

Alhamdulillah, perjalanan sangat ok. Anak-anak boleh tidur. Memang timing untuk tidur pergi dan balik. Lawaknya bila Iris bangun dia tak puas hati tak duduk dengan ibu. Lepas tu terus nak tukar tempat dengan Nazhan dengan alasan tempat tu buat dia sleepy. Ada ja akal Iris ni.

One thing, ibu dapat rasa cabin crew MAS ni lain sikit dari sebelum2 ni. Masa tu fikir yang diorang stress kot so kami pun menjadi passangers yang tak banyak songeh. Memudahkan apa yang boleh.

Bila nak sampai, kami hadiahkan kapal terbang kertas dengan wishes all the best and thank you. Alhamdulillah, sedikit menceriakan mereka ! Ada antara cabin crews yang akan meninggalkan MAS tak lama lagi rupanya. Kami bergambar kenangan juga dengan pramugari yang sporting ! (Pramugari ni namanya Nurul. Dah ada bisnes flower shop di Pantai Dalam Keep it up!) Flight kami touch down pukul 8 pagi Turki. Lepas settle imegresen, ambil beg dah boleh keluar. Tak banyak songeh sangat dan tak crowded airport pagi2 ni. Kami jumpa untuk pertama kali dengan geng2 trip Jejak Uthmaniah yang lain. Selain kami, ada lagi 10 student dari UK sampai lebih awal yang akan bersama sepanjang 8 hari kembara ! They are amazingly awesome ! Dapat adik2 instant ibu !

Day 1 at Turkey :

Kami dijemput dengan wakil Jejak Uthmaniah, Saed. Actually yang berurusan di FB dan Whatapps, namanya Shihab tapi dah balik Malaysia sebab wife nak bersalin. Transport utama kami adalah Mercedes 15 seaters. Ok sangat. Kalau ramai naik bas tapi ngam-ngam ja geng kami 14 orang + 1 baby that not baby anymore so naikkan kami Mercedes eksklusif itu.


Restoran kami breakfast yang mengadap Lautan Marmara. 


Mula-mula Saed intro pasal Turki syoklah dengar, cakap Melayu ! Bawa breakfast kat tempat yang cantik mengadap Lautan Marmara. Kami makan borek, roti daging and fresh oren. Sedap roti tu !!! Sekali tu ja la dapat makan. Hoho !! Tak jumpa dah, asyik jumpa Simit.

Lautan Marmara..Boleh nampak kapal terbang nak mendarat sebab dekat ja dengan airport


Lepas makan, kami jumpa official tour guide dari Turki. There gone my Malay Story Teller. Rupanya diorang agent ja. Sampai sini kena guna local travel agent. Huhu. Englishnya hanya org yang terror English ja boleh faham, suami + dak2 UK ni no problem. Ibu yang dah lama kehilangan skill untuk memahami slang English bangsa lain ni memang menangis dalam diam ja la. Not so bad actually English dia. Most of the time boleh faham cuma ibu xboleh fokus. Lari fokusku. Haha!!

Jalan-jalan sekitar Istanbul

Kami ke Horse Square dan Blue Mosque yang dekat antara satu sama lain. Horse Square ni tempat gladiotor fight zaman Byzantine dulu. Bila tengok movie ' Fetih 1453' boleh bayangkan bagaimana tempat ni suatu masa dulu. Macam stadium besar yang ada beberapa tiang di tengah. Sekarang semua tempat duduk dah tak ada dah.
Horse Square juga dikenali sebagai Hippodrome of Constantinople

Ada anjing gila bapak besar juga yang berkeliaran. Scary weh! Ada tempat parking basikal juga. Yang lawaknya anak2 boleh buat main dengan masuk dalam gelung2 tu. And ada pula budak lain yang mengikut. Asalkan bahagia!
Masjid Biru yang klasik dari luar

Kemudian kami masuk ke Masjid Biru yang dibina oleh Sultan Ahmet. Masjid ni digelar masjid biru sebab deko dalamnya banyak dari marmar biru. Sangat cantik. Lagi unik masjid lama di Turki ni kebanyakan guna lampu chandelier yang sangat klasik, simple dan berusia.

Lampu Masjid Biru yang unik


Lagi satu keunikannya, sebab ada 6 menara. Selalu masjid ada 4 tiang ja kan. Lagi 2 tiang boleh nampak dari luar. Pengunjung non stop since non muslim pun boleh masuk, dia buka pintu khas untuk muslim yang tak perlu beratur.

Kubah masjid biru yang sangat cantik


Dari Blue Mosque kami menapak ke Muzium Topkapi. Topkapi ni ada banyak seksyen. Ini tempat Ottoman Empayar menjalani kehidupan dan pentadbiran. Ada dapur untuk 1000 pekerja sebab nak sediakan makanan untuk 4000 orang, ada meeting area, ada tempat khas untuk perempuan namanya haraam, ada muziam yang tempatkan janggut & pedang nabi, kaabah dan peninggalan Islam lain.


Lepas melawat, kami jalan kaki ke tempat makan. Kedainya belakang Blue Mosque tapi perjalanan agak jauh. Kami muda oklah. Anak2 pun Alhamdulillah still ok. Kesiannya ada group Malaysia lain dari Pahang yang geng otai2. Jenuh berjalan. Agent Turki, Tempel Travel sama dengan kami jadi kat mana2 pun selalu terjumpa. So, kalau ada family nak ke trip, pesan awal2 bawak kalsium Ostematrix ya habuan kuatkan tulang2 kaki !

Feri yang membawa kenderaan untuk memendekkan perjalanan ke Bursa

Turki ni ada di dua bahagian benua, iaitu benua Eropah dan Asia. Sebab tu sejak dulu banyak ja kuasa dunia yang berperang dan silih berganti kuasai bumi Turki ni sebelum tertubuhnya negara Turki. Lepas lunch, kami ke bahagian Asia Turki dan naik feri 30 minit untuk ke Bursa. Lepas dah turun feri sejam setengah lagi sebelum sampai Bursa. Kami tidur di Hotel , Bursa ! Macam tulah sepanjang trip kami, siang melawat dan traveling, malam check in hotel dan tidur zzz . Cepat ja tune waktu turki yang 5 jam lewat dari Malaysia sebab kepenatan full aktiviti di siang hari.

Sambungan jalan-jalan Bursa dan bahagian Turki lain di entry seterusnya.

Ida Khairani
www.ceriterakami.blogspot.com
www.mysupervitamins.com
www.sarawakauthentc.blogspot.com

0 comments: