Restoran Bendang, kedai makanan sedap dan best di Setia Alam

Restoran Bendang, kedai makanan sedap dan best di Setia Alam !.Nama pun dah catchy..Makanannya apa lagi! Hangpa tau tak bendang tu apa n ada kat mana? Bendang tu sawah padi bahasa orang utara. Jadi, hangpa patut boleh agaklah, kedai makanan ni menyediakan makanan utara yang sangat best dan sedap.

restoran sedap di setia alam

HARI OPERASI


Kedai ni buka setiap hari kecuali hari Jumaat. Pernah p hari jumaat, deng…tutup!! Makanan kegemaran aku dan suami di sana dulu-dulu sotong sumbat bakar dan kerabu perut! Kini dah tukar ke menu best yang lain pulak!


MENU KEGEMARAN YANG SEDAP


Yang terbaru makanan kegemaran aku adalah gulai sembilang. Terangkat sedapnya! Sup sayur bebola ikan adalah menu wajib anak perempuan aku. Yang anak laki, sup ayam. Ni dulu, sekarang dia suka ikan goreng ja dia pilih. Ikan goreng pun mak tumpang sekaki.

 kedai makanan sedap di setia alam

Jarang dah nampak kerabu perut so aku bertukar ke kerabu taugeh pula. Lagi apa ya menu yang kami pernah cuba.. ayam masak hitam @ kicap..SEDAP ! Ayam masak merah ! Sedap.. Kalau aku teringin nak masak lauk kenduri, memang aku piliah ayam masak merah dengan acar timun. Hehe..Baru feel kenduri.. Kalaulah ada nasi minyakk..hmm.. bertambah naik minyak aku.

 masakan melayu sedai di setia alam

Lagi menu yang selalu ada gulai ikan, telur terbang :D @ telur masak lemak kuning tu, ikan ikan bakar, pelbagai jenis sayuran dan ulam.. Selalu sayur kat kedai lain tak banyak pilihankan. Ha, kedai Bendang di Setia Alam ni banyak sayur ya. Aku memang selalu tak tau nak pilih mana satu.


Kedai dia cantik dan cozy. Kipas banyak !!! Hehe.. Kalau malam ada steamboat. Pernah sekali ja pergi time tu.


MENU MALAM


Bila malam dah tak ada lauk2 seperti biasa. Lebih istimewa ada steamboat, satay, burger, kerang rebus! Memang banyak pilihankan. Sesuailah kalau bawa anak-anak yang memilih makan. Haha!!

LOKASI



Kedai ni terletak di belakang Shell. Kalau dari tol NKVE Setia Alam tu, terus exit kiri dan kiri lagi sampai nampak Shell, ambil kanan. Betul-betul di belakang Shell tu, corner lot. Ha, kalau p siang, jaga2 la parking tu. Selalu juga ada operasi menyaman kereta yang tak letak kupon parking.

 restoran bendang best

Berapa ya nak bagi rate.. 5 star untuk makanan. 4 star untuk harga! Harga dia tak murah. Boleh? Nak kata mahal, mungkin ada kedai lain lagi mahal. Hampir-hampir nak mahallah.. Haha tapi sedap best ok. Aku rasa kedai makanan best dan sedap di Setia Alam so far!  Jemputlah ya!!!


Ibu anak-anak syurga



013 488 2382

No comments:

Post a Comment

Terima kasih. Komen anda dihargai.