Jadi, cuba kita mula berwakaf dari sekarang, mana yang mampu. Sebenarnya lagi besar hikmah bila kita dalam kesempitan kita berjaya keluarkan duit kita tu ikhlas untuk kebaikan orang lain. InsyaAllah balasan Allah akan datang dari sumber tak disangka-sangka. Kita akan rasa bersyukur sangat, ramai lagi yang susah dari kita. Kita berjaya mendahulukan orang lain dari kepentingan kita. Allah sangat suka orang begini.
Oklah, kembali pada sebaran utama. Saya nak kongsikan peluang anda untuk sertai Wakaf Masjid Bandar Bukit Raja. InsyaAllah pembinaan fasa pertama akan mula tak lama lagi, dalam perancangan memang bulan Disember 2014 ni.

Kalau yang memang berniat sertai Wakaf Masjid Bandar Bukit Raja, berita baik selain dari Saham Akhirat yang berpanjangan, korang juga boleh tolak tax hasil dari berwakaf ni. Tax Individu 7% dan kalau tax syarikat 10%. Take note no rujukan LHDN di atas iaitu 01/35/42/51/179-6.5621.
SELAMAT BERWAKAF !
Ibu anak-anak syurga,
Ida Khairani
013 488 2382
No comments:
Post a Comment
Terima kasih. Komen anda dihargai.