Gigi susu pertama tercabut dengan sangat mudah di rumah. Bila gigi kedua longgar, kami buat visit pertama ke klinik ni, betul2 atas Kedai Kek Secret Recipe di Setia Alam. Kali kedua datang, satu family jumpa dentist tapi xada gigi yang kena cabut.
Nazhan ada beberapa gigi hitam yang dah tak ada enamel, juga dipanggil karies. Kenapa gigi anak hitam? Gigi dia mula decay dan sedikit sedikit sejak baby lagi walaupun belum start solid dan gigi-giginya semua saiz kecil-kecil. Nazhan memang rajin gosok gigi dengan teliti pulak tu bila semakin besar. Masa kecil pun hanya menyusu badan secara terus dan saya akan mencuci giginya dengan kain dan berus bayi. Jadi, kenapa gigi anak boleh jadi hitam, decay, rongak dan karies? Boleh baca sini pendapat Dr. Husna.
Masa mengandungkan Nazhan saya belum ambil supplemen ostematrix Shaklee. Saya ambil asid folik warna pink tu dan NeuroGainPB. Sambil tu ada minum susu Anmum juga. Selepas melahirkan Nazhan, saya memang senang sakit pinggang dan belakang.
Bila pertama kali nak cabut gigi Nazhan yang hitam dan mula longgar, doktor gigi Klinik Pergigian Setia Alam ada interview saya dulu. Nazhan suka makan manis tak? Coklat tak? Bila saya cakap dia tak suka makan aiskrim atau gula-gula. Coklat makan juga kadang-kadang tapi memang rajin gosok gigi. Gigi tu mula rosak masa baby lagi, doc. Saya ingat lagi, gigi pertama ok. Masa tumbuh gigi kedua, gigi pertama dah mula decay walhal baru 5-6 bulan usia.
Doktor gigi pun tanya, ada ambil kalsium tak masa mengandung.. Errr.. Memang tak la.( tapi susu minum ). Doktor kata sebab tulah. Kalsium ibu yang tak cukup yang akibatkan gigi Nazhan cepat decay dan hitam. Betul juga. Gigi Iris ok, tak decay dan besar2. Walhal suka makan aiskrim dan sweet. Gigi Nuh Iman pun so far perfect. Masa anak kedua dan ketiga, saya dah mula ambil vitamin untuk ibu mengandung Shaklee.
Masa mengandungkan Nazhan dan berpantang belum cukup kesedaran lagi kurang kalsium walaupun sakit pinggang dan belakang yang sangat ketara. Bila gigi dia decay, baru ibu mula mencari supplemen kalsium dan mula makan Ostematrix Shaklee. Decay nearly stop walaupun still berlaku. Lama2 bila dah konsisten Ostematrix dan gosok gigi Nazhan regular, barulah betul2 stop gigi decay dan hitam sampai gigi ke empat sahaja. 4 batang ja gigi dia hitam! Alhamdulillah.
Penting rupanya kalsium untuk ibu mengandung. Ingatkan dah cukup sifat, tulang dan gigi tumbuh sempurna tu dah ok. Rupanya siap boleh beri kesan gigi hitam untuk anak di kemudian hari.
Jadi, ibu yang nak gigi anak sempurna, elok dan cantik serta tak hitam jangan sekali-kali abaikan pengambilan kalsium tambahan sejak dari mengandung. Kemudian waktu berpantang dan sepanjang penyusuan susu ibu ok! Ostematix Shaklee ni cinta pertama saya dan saya sangat puas hati dan nak sangat rekomen pada semua orang! Oh ya, bayaran untuk cabut gigi azhan tu RM 40 untuk 2 batang di Klinik Pergigian Setia Alam!
Ibu anak-anak syurga,
013 488 2382
Good info.
ReplyDeleteSemoga bermanfaat. Terima kasih singgah.
ReplyDelete