Vitamin C untuk apa sebenarnya?

Vitamin C sangat penting kerana ia tidak kekal di dalam badan kita walhal sangat diperlukan badan jadi perlu diambil setiap hari dari makanan. Malah, ia tidak boleh kekal lama dalam badan, sebab itu, patut ambil dengan selang masa tertentu atau pilih yang sustained release atau dibebeskan jam demi jam seperti vitamin C plus shaklee.

Dalam badan, fungsi vitamin c sangat banyak dan pengambilan yang mencukupi untuk keperluan badan, akan memberi kesan yang menakjubkan.

vitamin c untuk cantik

Antara kebaikkan vit c adalah:


- bantu pembentukan kolagen. Kolagen ni sangat penting untuk pembinaan dan kesihatan TULANG dan TISU. Sebab tu orang yang ambil vitamin C selalunya feeling LEBIH CANTIK kerana KULIT semakin CANTIK dan SIHAT!
- bantu penyerapan zat besi. Orang yang alami ANEMIA kekurangan zat besi mungkin perlu menambah vit
C dalam rutin supaya badan lebih mudah menyerap zat besi.
- Vit C membantu pesakit ASMA dengan menurunkan risiko serangan asma. Vitamin C bertindak menguatkan imun badan dan membantu melawan allergen. Vitamin C juga adalah ANTI OKSIDA semasa paru-paru dan bronkitis diserang allergen.


Kenapa dos vitamin berbeza dan berapa sebenarnya yang diperlukan ?


Walaupun dos minima adalah 60mg untuk seorang dewasa, tetapi kerana pencemaran yang berleluasa mendedahkan kita pada radikal bebas, stress yang menghapuskan vit c dan badan yang sedia sakit, dos vitamin c yang tinggi diperlukan oleh kita masa kini. Sebab tu kalau kita cek label vitamin, kebanyakkan dah masukkan 100mg ke atas dan vitamin c shaklee ada 500mg dalam 1 tablet dan ada 100mg vitamin c dilepaskan setiap jam.

Perokok, orang tua, orang stress, yang selalu makan makanan dalam tin, orang yang mengambil ubat dan penahan sakit sememangnya perlukan vitamin c yang lebih dari 60mg. Orang yang memang sakit atau akan atau telah lakukan pembedahan juga perlukan vitamin C lebih kerana semasa pemulihan, badan memerlukan vitamin c lebih.
vitamin c untuk stress, asma, cantik, selsema


Kesan kekurangan vitamin c yang melampau adalah :



  • gusi berdarah

  • senang lebam

  • cepat penat

  • sakit sendi

  • sistem penghadaman yang kurang lancar

  • mudah selsema, batuk, berhingus

  • lambat pulih dari sakit

  • berat badan menurun


Apa sumber vitamin c yang bagus?


Vit C secara semulajadi terdapat dalam semua buah buahan sitrus dan sayuran hijau. Vit C juga ada dalam tomato dan rose hip, bayam, kiwi, nenas, betik, strawberi dan brokoli.


Apakah BIOFLAVONOIDS?


Secara semulajadi, vitamin c wujud dengan bioflavonoids. Ia membantu vitamin c bertindak dengan cemerlang dalam melindungi dan memelihara kapilari, menurunkan kolestrol, mengurangkan risiko kataraks dan melawan bakteria. Sebab itu suppemen vitamin c terbaik adalah dengan BIOFLAVONOIDS dan vitamin c plus shaklee turut mengandungi citrus bioflavonoids dan ia sangat jarang didapati dari vitamin c di pasaran yang lain.


Testimonial Pengguna Vitamin C Shaklee



TESTIMONIAL-CANTIK-VITAMIN-C

Jadi, untuk kelihatan CANTIK MISI hari RAYA, mulakan regimen kecantikan dengan vitamin C sekarang juga! Banyak lagi value added yang bakal anda terima seperti meningkatkan sistem imun sekaligus risiko jatuh sakit semakin berkurangan.

Ida Khairani

Shaklee Independent Distributor 846056

Cara mudah jadi ahli shakleeEmail admin untuk pertanyaan cars order shaklee

Set tambah susu ibu paling berkesan dan jadi pilihan no. 1 ibu

Panduan khas untuk ibu yang betul-betul mahu menyusukan anak dengan susu ibu. Anda pasti tidak kecewa kerana set tambah susu ibu ni memang boleh bantu menyelesaikan masalah anda. Ia terbukti selepas banyak feedback positif dari pelanggan kami dan dari Ida sendiri.

Masalah utama ibu menyusu adalah merasakan susu mereka sikit, tak cukup kerana anak menangis atau ibu sendiri yang set nak anak minum 4oz satu sesi. Jadi bila pump xcukup 4oz, dah susah hati. Jadi set tambah susu ibu kami, boleh bantu masalah ini janji ibu patuhi panduan yang kami berikan kerana mereka yang berjaya adalah mereka yang patuhi panduan kami.

Selain tu, ibu yang menyusu juga mengalami keletihan. Yang tak susu badan pun letih, sebab menyusu atau tidak kerja opis, kerja rumah tetap banyak. Jadi, set tambah susu ibu ni membantu ibu mendapatkan kecergasan badan, kecerdasan otak dan ketenangan fikiran. Ha complete tu. Ibu - ibu kan selalu kerja tak berhenti.. dari pagi bawak ke malam. Tidur pun kena bangun pump dan menyusu lagi. Basuh baju, jemur baju, basuh pinggan, pump, prepare bekal esok pulak.

Kadang-kadang hubungan suami isteri pun terjejas kerana keletihan ibu. Susu badan pun drop. Rupa yang dulu berseri dan semakin hilang seri.. Ha set tambah susu ibu ni bantu ibu dari segi kecantikan kulit juga tau. Ramai pelanggan yang berhasil mendapatkan seri wajah dan kulit halus. Alhamdulillah.. Syok sungguh.

Kalau nak tahu, doa dan amalan rohani baik jadi amalan ibu, boleh baca entry di mysupervitamin.com bertajuk doa dan amalan rohani untuk menambah susu ibu.

Demi memenuhi keperluan ibu menyusu untuk tambah susu badan serta selesaikan masalah berkaitan, set tambah susu badan didatangkan beberapa pakej ikut keperluan dan budget..

Harga set penyusuan BUDGET :
Alfalfa dan Energizing Soy Protein
RM 203.75

Harga set penyusuan MILK BOOSTER:
Alfalfa, Vitalea, B Complex, Vitamin C
RM 288.75

Harga set penyusuan MILK BOOSTER ENHANCEMENT
Alfalfa, Vitalea, B Complex, Vitamin C, Ostematrix
RM 349.75

Harga set penyusuan PREMIUM
Alfalfa, Vitalea, B Complex, Vitamin C, Ostematrix, Energizing Soy Protein
RM 499.76

20140527-165259-60779046.jpg



Beserta dengan pembelian mana-mana set penyusuan, pelanggan dihadiahkan e-book tip penyusuan serta paling penting jadual yang memastikan usaha ibu untuk menambah susu ibu berjaya!



InsyaAllah, Ida akan kongsikan kisah Ida menyusukan ketiga-tiga anak hanya dengan susu badan serta testimonial para pelanggan yang jatuh cinta habis dengan set tambah susu ibu kami ni.





Ida Khairani

Shaklee Independent Distributor 846056
013 4882382

Cara mudah jadi ahli shaklee cars order shaklee Email admin untuk pertanyaan

Petua nak jadi jutawan dermawan

Beberapa minggu lepas Ida ada join seminar NLP ( Neurolinguistic Languange Programme) dan LUA (Law Of Universal Attraction ) oleh Ateh @ Zuhairi Nopiah. Masa seminar tu, ida juga beli buku tulisan beliau. Jadi nak share jugalah ilmu dan kesedaran yang Ida dapat dari seminar dan pembacaan buku LUA ni.
20140522-125039-46239143.jpg

Seminar dia sangat best dan tinggalkan kesan mendalam. Dalam bisnes atau kehidupan kita, kadang-kadang kita stuck lama kat certain stage. Kita dah usaha habis baik, tapi masih xada perubahan. Makin slow or makin kebawah.
20140522-125746-46666100.jpg

Perlu diingat, kejayaan yang kita kecapi so far adalah kerana Allah. Nak lebih maju haruslah minta pada Allah. Niat kerana Allah. Barulah boleh jadi berjaya dan bahagia. Ramai orang kaya raya tapi jiwa kosong, hati tak tenang atau kekayaan tak kekal lama.

Ok, macam mana pulak yang rasa dah niat kerana Allah. Tahu tak, untuk Allah sayang kita kena kenalah bersyukur padaNya. Untuk menjadi magnet kekayaan dan kebahagian, kita kenalah jadi seorang yang POSITIF. Macam mana nak jadi positif kalau banyak masalah silih berganti, banyak alasan atau rasa tak ada apa untuk disyukuri kerana hidup pun kais pagi makan pagi.

Hakikat sebenarnya, terlampau banyak nikmat Allah yang kita dah dapat tapi kita gagal untuk menyedarinya. Untuk menarik tenaga positif, bersyukurlah kerana syukur merupakan getaran perasaan yang mempunyai gelombang berfrekuensi positif.

Dalam ayat 7, surah Ibrahim, Allah berkata, " Sekiranya kamu bersyukur, pasti kami menambah kepadamu.."

Tak percaya yang Allah dah bagi banyak pada kita, amalkan tulis nikmat Allah setiap hari dan jana tenaga positif dengan kesyukuran yang tidak terhingga. Tulis...

Saya bersyukur kerana saya masih hidup
Saya bersyukur kerana ada anak-anak
Saya bersyukur anak - anak saya boleh bercakap
Saya bersyukur kerana ada duit untuk makan
Saya bersyukur kerana ada perut untuk rasa kenyang
Saya bersyukur kerana ada mulut untuk merasa dan bercakap
Saya bersyukur dapat suami yang rajin tolong jaga anak
Saya bersyukur kerana ada kereta untuk pergi bekerja
Saya bersyukur kerana dapat parking
Saya bersyukur suami ada kerja

The list never end... Bersyukur tak? Allah beri semua ni pada kita!!!

.. dan Allah tak suruh kita stop berusaha kerana nikmat yang Allah dah beri tetapi Allah suruh kita minta dan minta lagi padaNya kerana Allah Maha Pemurah.

Bila kita dah berjaya create tenaga positif dan sedar yang kita ni banyak kebaikan dan kelebihan yang Allah dah bagi, jiwa kita lebih tenang dan lapang. Rezeki terbentang luas untuk dikutip. Masalah bukan lagi alasan tetapi adalah ujian untuk kita bersyukur dan belajar bersabar.

Semoga bermanfaat. Jom jadi lebih berjaya dan bahagia.

Super ibu,

Ida khairani
Shaklee iD 846056
~m.i.k.a~



Cara mudah jadi ahli shaklee cars order shaklee

Resepi ayam stew mudah

Bahan-bahan:

Ayam
Tepung gandum
Lada sulah (optional)
Garam
Bawang besar potong dadu
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Lobak merah
Ubi kentang
Marjerin
Cendawan butang (optional)

Cara-cara masak ayam stew

1. Goreng ayam yang disalut tepung gandum, garam dan lada sulah. Tak ada lada atau tak suka, abaikan ja.

2. Panaskan marjerin dan masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, lobak merah, ubi kentang dan bawang besar. Goreng untuk seketika.

3. Masukkan ayam tadi dan air.
Sukatan air agak2 ayam tenggelam. Tambah juga cendawan jika suka.

4. Campurkan sedikit bancuhan tepung gandum untuk memekatkan kuah dan tambah garam secubit.

5. Bila semua dah masak, ubi dan lobak lembut, tutup api. Siap.

Gambar ayam stew yang lebih menyelerakan lain kali ida snap. Asyik terbabas ja nak snap. Ini ja yg ado. Selamat mencuba. Sedap untuk seisi keluarga. Anak pun

Coaching dan santai bersama anak cucu Shaklee

Ada orang yang suka online sebab jimat masa. Ada orang yang suka jumpa sebab tak faham belajar sorang-sorang. Ada orang suka jumpa santai, boleh rapatkan ukhwah. Lagipun keluarga boleh bawa sama. Mana satu pilihan anda, janji mahu berubah, mahu belajar, insyaAllah Ida akan bantu dan kejayaan akan menanti.



Beberapa minggu lepas, Ida dan adik Shaklee, Khadeeja pemilik Diary of Muhammad, buat gathering untuk anak cucu Shaklee kami dan anak sedara juga.. Kira untuk downlines orang lainlah. Kami buat picnic dan coaching di Taman Tasik Shah Alam. Kat sini ada play ground so anak-anak boleh main. Perut kenyang, hati gumbira..

coaching shaklee



Kadang-kadang, jumpa yang sekejap ni berkesan juga untuk touch the heart. Bukan kami saja yang share, yang ada pengalaman pun pakat2 share. Ada yang terror part kesuburan, part blogging, pernah consult kes sekian2. So pengalaman dan idea bercambah. Saya sendiri pun belajar sesuatu dari perjumpaan ni. Jadi saya nak share sikit..



Kita ni kadang-kadang suka pandang rendah diri sendiri dan pandang tinggi orang lain. Rupanya diri kita ni boleh merajuk juga. Kita rasa kita dah tahu problem kita dan nak tackle problem tu. Dalam masa yang sama, kita dah nyatakan kekurangan diri pada diri sendiri. Jadi, cuba pujuk diri, katakan pada diri yang kita hebat. Kita lebih something2 dari orang ni. Naikkan kelebihan diri kita. Jangan biar diri kita merajuk kerana deep it our heart kita sedang deny kelebihan yang Allah bagi sebenarnya.



Untuk menjadi orang kaya dan bahagia, bangun tidur ja kita kena fikir, "Apa yang aku boleh beri pada orang hari ni.. bukan apa yang aku boleh dapat hari ni." Apa yang kita nak dapat, adalah kerja dan ganjaran dari Allah. Apa yang kita boleh beri, itu kerja kita. Kita boleh pilih dan buat keputusan sendiri.



Sow the seed of happiness in others, and you will reap a joyful harvest - Dr. Forrest C Shaklee



Super Ibu,

Ida Khairani



Cara mudah jadi ahli shaklee

ordershaklee




TANYA-PASAL-SHAKLEE









Macam - macam resepi dan kebaikan Meal Shakes yang orang tak tahu

Ok.. Meal Shake yang sudah sedia sedap juga boleh dibuat pelbagai resepi minuman istimewa lagi tau. Termasuklah makanan.. Jom cuba beberapa resepi ni yang ramai orang tak tahu. Ishhhh...rugi tau kalau hanya nikmati mealshakes dengan 1 cara atau resepi sahaja. Kadang-kadang, kalau ada event, Shaklee akan sediakan Mealshakes yang sudah dibancuh..rasanya sedap dan marvelous. Ada juga event yang disediakan beberapa canister Mealshakes dan produk Shaklee lain. Boleh campur ikut selera sendiri. Kali ni saya kongsikan lagi, resepi Meal Shakes yang pastinya sedap bangat dan bakal jadi kegemaran anda dan anak2.

Resepi Meal Shakes Sedap!

1. 1 sudu makan Meal Shakes + 1 sudu teh Performance Drink + 1 gelas air sejuk + SHAKE IT !!!
-> rasa oren vanila.. Bagus juga untuk yg nak berpuasa!

2. 1 sudu teh Meal Shakes + Air Coklat + Ais kiub dikisar
-> Coklat blended aroma vanila yang bernutrisi tinggi! Kalau ada ais krim boleh top up lg.

3. 1 gelas Air sirap + 1 sudu Meal Shakes + SHAKE IT !!!!
-> Sirap bandung Meal Shakes... Boleh ditambah cincau menjadi bandung cincau! Oh yummy!!

4. Rendam kurma semalaman / beberapa jam. Blend kurma + 1 sudu teh mealshakes + air suam :
-> boleh diminum suam atau sejuk dengan simpan dalam peti ais dahulu. Minuman Protein TINGGI dan TENAGA superb!

5. 1 sudu teh Meal Shakes + 1 sudu besar ESP + 1 sudu teh Performance Drink + 1 gelas air + SHAKE IT !!!
-> MIGHTY GEMS.. Terbaik dibuat breakfast, minum petang atau minuman semasa bersukan!

6. 1 atau 2 scoop Cinch Shake Mix + 1 sudu teh Meal Shakes + 1 gelas air / Low Fat Milk + SHAKE IT !!!
-> berdiet untuk Shape UP & LOOSE INCH tetapi masih lagi dapat menikmati minuman yang LAZAT tetapi Sihat!

7. Buat kek, pancake, cookies atau kuih muih dan gantikan esen vanila dengan Meal Shakes!
-> Lebih Sihat !

8. 1 sudu teh mealshakes + sukatan biasa susu anak + air suam
-> minuman berkhasiat sebahagian sarapan untuk anak untuk hari yang bertenaga dan ceria!

9. 1/4 cawan mealshakes + 8 oz air suam atau sejuk + Shake it!
-> 125 kalori hidangan yang kaya protein, serat, vitamin dan RENDAH LEMAK !

10. Tabur atas kek, ice cream, ice blended.
-> hiasan yang kaya nutrisi & harum menaikkan selera!

TiP: Shake guna shaker atau bekas berpenutup rapat. Boleh juga kacau laju2 atau terus guna blender!




testimonial dan resepi mealshakes untuk puasa





Kelebihan dan kebaikan Meal Shakes adalah ia membantu dalam

  • diet untuk tambah berat badan dengan kombinasi b complex & vitalea

  • sembelit kerana tinggi serat

  • asma, demam atau kerap sakit dengan tingkatkan imun badan
    mencukupkan kekurangan zat bagi yang picky eater malah ramai yang menunjukkan peningkatan selera makan. Meal Shakes ada lysin!

  •  menggantikan multivitamin tablet bagi yang sukar nak telan Vitalea

  •  bekalan nutrisi tambahan ibu mengandung bila mereka tak lalu makan akibat morning sickness

  •  memberi tenaga dan rasa kengang bagi yang minum semasa sahur untuk berpuasa!

  •  kesihatan dan kecantikan kulit, kuku dan rambut



kelebihan dan kegunaan meal shakes



Memandangkan bulan ni Shaklee adakan promosi mealshakes eksklusif untuk ahli berdaftar sahaja, jadi memang waktu terbaiklah untuk sertai kami sekarang juga. Kalau tak, anda tidak dapat berjimat BESAR tambah-tambah waktu promosi begini. Kalau biasa perbezaan harga retail dan ahli sekitar 20%, waktu promo harga boleh berbeza sehingga 30% !!!!! Siapa yang rasa selama ni mengaku berbelanja secara bijak, buktikan. This is really value for money and worth it!

Faedah amalkan Meal Shakes & Join Ahli
- lebih sihat
- lebih jimat
- berpeluang jana pendapatan

Jom sihat dan jadi lebih bijak dengan sertai kami sekarang! Jangan lupa cuba macam - macam resepi dan rasai kebaikan Meal Shakes yang orang tak tahu. Ibu bolehlah berkreatif dalam mereka resepi Mealshakes baru kegemaran anak dan keluarga tau!

Cara mudah jadi ahli shaklee







cars order shaklee







Email admin untuk pertanyaan







Super IBU,

iR Ida Khairani
013 4882382







Kesan selepas makan Meal Shakes

Anak saya Nazhan mula ambil Meal Shakes pada 2012. Selepas mencuba secara konsisten, Alhamdulillah memang perubahan yang ketara.

Testimonial Meal Shakes Shaklee

Ini testimonial saya dahulu. 2 tahun lepas. Sehingga sekarang Ida masih lagi tambah sesudu Meal Shakes dalam susunya. Nampaknya kesan Meal Shakes bukan on off, bukan sekejap-sekejap. Nazhan masih lagi nak makan dan tahu lapar. Hehe.

Seleranya makin baik. Nasi makan 2 kali sehari dan kunyah baik punya kalau makan ayam. Memang tak sembelitlah walaupun dia jarang makan buah. Buah kegemaran adalah epal tapi jarang ada stok di rumah. Namun Alhamdulillah, habit yang kunyah sampai lumat dan mungkin 40 kali mengikut sunnah nabi tu dengan tambahan Meal Shakes, Nazhan memang tak sembelit dan sakit perut. Mungkin sepanjang 2 tahun ni, sekali dua ja dia kata sakit perut.

Selalunya Nazhan breakfast roti sekeping, bekal pun roti juga. Minum petang kuih pau atau donat. Dinner nasi berlaukkan ayam. Janji tak pedas. Sayur tu kena ibu yang suap dan sorok2. Masih lagi 'alergik' to 'green' things. Mengada ja.. Hujung minggu boleh habis roti canai sekeping.
Nazhan Iqbal anak Shaklee

Yang paling ibu syukur pada Allah kerana Nazhan memang jarang sangat sakit. Kadang2 bila kawan kongsi cerita anak sakit, muntah, demam, batuk kesiannya Allah ja tahu. Besar ujian buat mereka dan Allah gantikan dengan pahala kesabaran tu. Yang boleh dibantu adalah sediakan menu berkhasiat, supplemen untuk tingkatkan anti bodi dan jaga kebersihan. Kanak-kanak sedang membesar, anti bodi masih tengah terbina dan sangat sensitif. Banyakkan doa semoga diberi kesihatan dan diberi kekuatan untuk seisi keluarga.



Super IBU,

Ida Khairani

013 4882382

Cara mudah jadi ahli shaklee cars order shaklee Email admin untuk pertanyaan

Meal Shakes untuk semua : kanak-kanak, ibu mengandung, atlet, orangsakit dan orang yang sibuk bekerja

Apabila Shaklee buat promosi bulanan, Mealshakes sering dinantikan. Stok meal shakes wajib ada sebab di rumah saya ada penggemar tegar dan kami mengamalkannya secara konsisten. Demand dari customer tak pernah putus. Meal Shakes Shaklee adalah vitamin Shaklee dalam bentuk serbuk minuman untuk semua golongan tak kira kanak-kanak dan orang dewasa termasuklah ibu mengandung, atlet, orang yang sedang sakit, orang yang berkerja atau yang suka ambil junk food. Mengapa? Mealshakes ni merupakan multivitamin yang lengkap. Oleh kerana kita sukar mendapatkan vitamin yang mencukupi dari menu harian, jadi pengambilan mealshakes yang sedap ni sangat membantu untuk badan mendapat nutrisi tambahan termasuklah protein, vitamin, mineral dan serat yang diperlukan. Jadi daya pertahanan kita dapat ditingkatkan dan badan dapat lawan penyakit dengan lebih efisyen. Pengambilan Mealshakes bagi menggantikan junk food dan kundapan yang kurang nutrisi adalah sangat bijak dan mendatangkan kebaikan pada tubuh badan. Value for money and health! Bijak ka kurang bijak tu tukar junk food yang tak berkhasiat dan mahal pada vitamin Mealshakes yang berkhasiat dan mampu milik malah boleh mengelakkan dari jatuh sering sakit ?

Di entry yang khas dengan info lengkap Mealshakes ni saya akan kongsikan beberapa perkara penting, jadi anda boleh tahu lebih banyak maklumat sebelum mencuba Meal shakes kesukaan ramai ni. Nak cepat boleh klik mana-mana tajuk di bawah.






Sumber Meal Shakes Shaklee


Kandungan utama Mealshakes adalah dari bahan semulajadi iaitu buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin iaitu sejenis susu. Lactalbumin ni mengandungi organisma protin yang mudah diserap dan berkualiti jadi sistem badan lebih bertindak balas dan memberi kesan baik. Lactalbumin biasanya mengandungi nutrisi immunoglobulin, lactoferrin dan bacteriolysin.

Selain itu, lain-lain kandungan Meal Shakes termasuk non fat dry milk, fructose, maltodextrin, acacia gum, kalsium, sodium caseinate, vanilla semulajadi, magnesium oksida, lecithin soya dan xanthan gum.

Multivitamin yang terdapat dalam 1 canister Meal Shakes membantu kita untuk berjimat duit dan masa kerana Meal Shakes tak perlu lagi 4-5 jenis vitamin yang berbeza dan mudah disediakan. Tak sangkakan solusi untuk segala kerisauan ibu dan kesakitan anak boleh diselesaikan dengan pengambilan Meal Shakes yang mudah dan lengkap ni.



sihat dari demam dengan izin Allah dan meal shakes


Perbezaan Meal shakes Shaklee dan info nutrisi


Tahu tak yang asid amino perlu lengkap dalam protein barulah protein tu berkesan untuk tubuh. Sukar didapati supplemen protein yang lengkap 9 asid amino perlu. Meal Shakes Shaklee dihasilkan dengan kandungan asid amino yang seimbang yang tidak boleh dihasilkan tubuh, sebab itu wajib ada dalam diet harian demi membantu pembinaan tubuh yang baik dan mengekalkannya sentiasa dalam keadaan baik.

Meal Shakes Shaklee dilengkapi dengan sumber protein juga vitamin dan mineral. Antaranya kalsium, sodium, vitamin C, vitamin E, Niacin, Zink, vitamin B6, B12, thiamin, riboflavin, vitamin A, asid folik, iodin dan vitamin D.

[caption id="attachment_312" align="aligncenter" width="200"]Kandungan Mealshakes Shaklee Nilai Nutrisi Mealshakes Shaklee[/caption]


7 Kebaikan dan manfaat Meal Shakes


1. Meal Shakes menyediakan NUTRISI LENGKAP..dengan 24 jenis vitamin dan zat perlu. Kenapa nak semua ni? Semua ni PENTING untuk bantu badan serap ZAT. Kalau badan tak cukup bersedia untuk serap zat, macam mana nak sihat dan membesar? Lagi kebaikan mealshakes kerana ada lecitin soya yang larut lemak dan bagus untuk otak. Semua ni penting untuk melahirkan generasi bijak pandai yang sihat!

2. PROTIN dalam Meal Shakes membekalkan nutrisi kepada SEL TUBUH dan TIDAK mengandungi LAKTOSA. Jadi, ia memberi kebaikan dan sokongan terhadap SEL kulit, kuku, rambut , organ, darah dan imun  diperolehi dengan pengambilan Meal Shakes yang powerful ni. So, meal shakes tidak semestinya untuk kanak-kanak sahaja. Orang dewasa yang kendur sana lembik sini lagilah boleh.

3. TUMBESAN .. Meal Shakes mengalakkan tumbesaran dengan kandungan asid folik, biotin, kalsium dan magnesium yang membantu perbinaan tulang. Tulang yang sihat dan kuat sangat penting tak kira berapa usia kita.

4.  MELAWAN JANGKITAN .. Mealshakes memberi kebaikan pada sistem imum dalam melawan penyakit kerana dilengkapi dengan vitamin dan mineral anti oksida iaitu vitamin A, C, E, Zink dan Selenium yang membantu melawan penyakit dan melambatkan penuaaan. Jangan ambil ringan bila anak sering demam dan batuk bila dihantar ke nursery. Sakit yang sikit2 dan comman ni bila dibiarkan berulang-ulang kali boleh mendatangkan kemudaratan yang lebih teruk. Sekurang-kurangnya bantu mereka dengan meningkatkan imun badan dengan bekalkan nutrisi secukupnya.

5. Meal Shakes member kebaikan pada SERI WAJAH! Bagaimana? Mealshakes dilengkapi dengan vitamin B yang lengkap, zat besi dan cooper. Nutrisi ini penting untuk membina sel darah merah yang sihat sekaligus mengembalikan kompleksi wajah dan kulit yang cantik dan berseri. Patutlah customer suka sangat bila tumpang sekaki minum mealshakes yang dibelikan untuk anak mereka.

6. Meal Shakes mengandungi serat / fiber 3g untuk setiap 34g Mealshakes. Kerana kaya dengan serat ini telah membantu pengamal Meal Shake  untuk membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus dengan lebih mudah dan lancar. Kalau anak asyik mengelak untuk berak atau mengadu sakit nak berat, tolonglah dapatkan Meal Shakes ni. InsyaAllah mereka serasi dan kesakitan yang ditanggung akan dapat dikurangkan.

7. Yang paling disukai ramai, adalah aroma vanilanya yang sedap dan harum. Meal Shakes sedap diminum dan menjadi penggantian segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan tenaga kita. Walaupun kesedapan aromanya, Meal Shakes tidak mengandungi pewarna dan perasa gula tiruan. Jadi, ia sesuai untuk semua orang. Apa lagi anak-anak kita. Memang suka sangat.

[caption id="attachment_308" align="aligncenter" width="207"]mealshakes2 Mealshakes membantu membina tubuh[/caption]


Sukatan Mealshakes yang betul


1. Untuk rasa yang enak, rendah lemak dan menghasilkan 125 kalori,  Mealshakes dibancuh dengan sukatan

34g atau 1/4 cawan MS bersama dengan 237ml air / 1 cawan / 8oz air atau susu rendah lemak.

2. Untuk lebih berlemak dan dibuat ice blended, boleh mix dengan susu full cream dan dikisar bersama ice.

3. Kalau nak jimat kanak-kanak setahun ke atas, boleh ambil 1 sudu teh sehari dicampur dengan susu anak atau EBM.


Meal Shakes Shaklee tahan berapa lama untuk 1 canister


Jika diambil sebanyak 1/4 cawan setiap kali, 1 canister Meal Shakes bertahan untuk 16 hidangan.

Namun untuk sukatan 1 sudu the sehari, Meal Shakes boleh bertahan selama 2 bulan.

Kalau anak-anak saya, 2 orang, 1 canister tahan untuk sebulan.

Kadang2 saya berikan Meal Shakes bersama susu anak untuk pagi dan malam terutama bila anak dah mengantuk sangat dan tak sempat dinner.


Harga dan saiz Meal Shakes Shaklee


Harga Meal Shakes sangat murah dan berbaloi berbanding nutrisi yang ditawarkan iaitu hanya RM113.75 untuk 544g  per canister


Pantang larang pengambilan Meal Shakes


Jangan bancuh Meal Shakes dengan air panas kerana akan menurunkan nilai nutrisi terutama protein. Protin sangat mudah terhapus pada suhu tinggi. Jadi bancuh Mealshakes dengan air suam atau air sejuk. Kacau sampai larut. Jika sukar larut, cari bekas berpenutup untuk goncang / shake.


Siapa yang boleh dan perlu ambil Meal Shakes?


Bila nak ambil Mealshakes? Kebaikan Mealshakes ni sangat banyak.. Sah-sah la semua orang boleh ambil Meal Shakes ni, namun yang menghadapi masalah langsung tak boleh tangguh untuk ambil..Siapa yang perlukan Meal Shakes sangat?

  • Sembelit , Picky Eater, Tambah Selera makan di kalangan kanak-kanak : Meal Shakes

  • Mighthy 3 Gems - Breakfast dan Snack yang sihat untuk tenaga dan kenyang lebih lama  : Mealshakes + Performance Drink + Energizing Soy Protein

  • Puasa : Meal Shakes dan performance drink ketika berbuka dan sahur

  • Tambah Berat badan : Mealshakes, Vitalea dan B Complex

  • Ibu mengandung yang alami alahan yang teruk : Meal shakes + Peppermint ginger plus

  • Otak Pintar : Meal shakes dan Omega Guard

  • Otak Pintar + Boost Imun Badan (Asma, Demam, Selsema dan seumpamanya) :  Meal shakes, Omega Guard, Chewable Vitamin C



[caption id="attachment_170" align="aligncenter" width="170"]mealshakes Mealshakes[/caption]

 Peringatan Keras !

Dapatkan Meal Shakes hari ini juga sebelum kehabisan stok untuk kesihatan yang lebih baik! Jangan berkira untuk kesihatan kerana esok tak semestinya anda atau anak anda tetap sihat seperti hari ini!



Super Ibu,

iR Ida Khairani
Shaklee ID 846056



Cara mudah jadi ahli shaklee

ordershaklee

TANYA-PASAL-SHAKLEE





Macam mana nak sertai Shaklee supaya tidak ditinggalkan upline

Lama dahulu.. saya ada sneak peek tentang program adik beradik Shaklee saya di Putrajaya.. tapi tak buat-buat special post ituu... So hari ni nak bayar hutanglah..  Ingat tak gambar nii? Masa tu saya bercerita pasal "Kenapa ramai perempuan suka join Shaklee?" Betapa banyakkan kebaikan bila join Shaklee bukan saja tambah kesihatan, eratkan ukhuwah, malah ilmu bertambah dan nilai kehidupan secara keseluruhan pun meningkat tak lupa dapat jana pendapatan, sampingan, pasif atau hakiki.



[caption id="attachment_200" align="aligncenter" width="200"]Picnic at Pullman Putrajaya bersama geng GGCC Picnic at Pullman Putrajaya bersama geng shaklee GGCC[/caption]



Jadi, keesokkannya, atas inisatif kami adakan sesi contact & connect sesama adik beradik.. Adik beradik shaklee maksudnya, GGCC sisters. Dalam bisnes Shaklee kami, keluarga adalah kepentingan utama. Jadi semua program, suami dan anak-anak mesti turut serta. Ukhuwah di kalangan suami pun best tau. Dari suam-suam kuku, jadi best supporter dan dapat pulak geng suami2 'Aku Sayang Bini'. Pada program GGCC pagi Ahad tu, kami share masalah dan minta pendapat kawan-kawan. Di kalangan kami ni ada pelbagai rank dah di Shaklee tapi kami nak semua capai rank Master Coordinator tu. Kami juga nak anak-anak downlines kami naik sama2 kami. Jadi, masa picnic dan gathering gini, kami brain storm macam mana nak bantu anak - anak shaklee kami sedar diri & gigih macam kami juga kerana kami sangat sayangkan anak2 Shaklee dan nak mereka juga rasa apa yang kami kecapi.

20140505-184356.jpg

Di kalangan kami juga ada yang boleh kata IM, internet marketer so kami akan kongsikan tip.. Tujuannya supaya semua akan maju dan naik. Ada yang terror dari segi penulisan website, pakar sentuh menyentuh hati, subur dalam beranak shaklee, discuss juga pasal rule Shaklee. Kena la jadi leader yg alert dan up to date demi anak-anak shaklee.



Dalam diri kita ni, mesti ada kelebihankan.. tapi kita suka sangat fikir masalah. Bila masalah dah menutupi kelebihan kita tu, banyak tenaga terbazir.. What a waste.. Jadi, kita kena FOKUS! Fokus pada yang MAHU, fokus pada KELEBIHAN DIRI, fokus pada TUJUAN dan TARGET!. Jangan bazirkan masa dan terperangkap dengan masalah orang lain atau masalah kita yang lama2. LET IT GO, bak kata Elsa dalam Frozen.


20140505-184408.jpg

Sambil bermotivasi, santapan juga best2 belaka.. Adik beradik kami ni memang pemurah. Pot Luck dihidangkan dengan macam2  jenis kek antaranya carrot cake, tiramitsu, satay, kuih muih, roti boy.. kenyang ilmu dan makananlah.

Jadi, kalau korang nak berShaklee dengan group yang up to date, awesome, bijak ilmu marketing online dan pentingkan ukhuwah, korang tahulah nak pilih siapa ya, klik link ni ja.





Super Ibu,

iR Ida Khairani
Shaklee ID 846056

Cara mudah jadi ahli shaklee 

ordershaklee

TANYA-PASAL-SHAKLEE







Petua elak anak demam berlarutan

APA PETUNJUK RASULULLAH S.A.W UNTUK RAWATAN DEMAM



1. Daripada Ibn Abbas r.a, Nabi s.a.w bersabda:

Sesungguhnya demam adalah daripada percikan api neraka,kerana itu sejukkanlah badan yang demam itu dengan air atau baginda dengan kata lain adalah air zam-zam.
Bagaimana caranya? Begini, renjislah air kepada tubuh atau berendam di dalam air.

2.  Daripada Anas bin Malik, Rasulullah s.a.w bersabda:

Apabila salah seorang daripada anda demam, hendaklah merenjiskan air sejuk ke atas tubuh badannya sebanyak tiga malam pada waktu sahur.

3. Daripada hadis Nafi’ bin Jubir,katanya Rasulullah s.a.w bersabda:

Apabila salah seorang daripada anda demam,sesungguhnya demam itu adalah sebahagian daripada api neraka,hendaklah memadamkannya dgn air sejuk.Hendaklah berendam dalama sungai yang mengalir,mengadap aliran air selepas solat subuh dan sebelum naik matahari dan hendaklah membaca Basmalah. Hendaklah berendam selama tiga kali selama 3 hari. Jika tak sembuh cubalah sebanyak 5x, 7x atau 9x. Sesungguhnya ia tidak akan melebihi daripada 9x InsyaAllah..

4. Daripada Jabir r.a katanya:

Rasulullah s.a.w pernah menemui Ummu al-Sa’ib kerana melawatnya.Baginda bersabda:
“Kenapa anda menggigil? Jawabnya: Demam dan tidak ada keberkatan daripada Allah padanya. Sabda baginda s.a.w:
Jangan mencaci demam,kerana sesungguhnya ia menghapuskan kesalahan anak Adam,sebagaimana mesin penghembus api menghapuskan karat-karat pada besi.



5. Membaca Ruqyah

Rasulullah s.a.w. juga menyarankan agar membaca doa-doa yang disyariatkan untuk mengubati demam juga penyakit-penyakit yang lain. Dalam sebuah hadis riwayat Imam al-Tirmizi, daripada Abdullah bin Abbas, bahawa Rasulullah s.a.w. pernah mengajar mereka doa sebagai ruqyah (jampi) apabila ditimpa demam panas iaitu:
Jampi Ayat Quran untuk rawat demam

Maksudnya: “Dengan nama Allah yang Maha Besar, aku berlindung kepada Allah yang Maha Agung daripada kekejangan urat dan keperitan kepanasan api.”

Imam al-Baihaqi juga ada meriwayatkan sebuah hadis iaitu daripada Anas r.a. kata: “Rasulullah s.a.w. menemui Aisyah r.ha. ketika Aisyah terkena penyakit demam panas seraya berkata, “Jangan mengeluh, kerana ia diperintahkan. Tetapi jika kamu mahu akan aku ajari beberapa bacaan yang jika kamu membacanya Allah akan menghilangkan sakit itu daripadamu.’ Aisyah berkata: ‘Ajarilah aku.’ Baginda bersabda:
ruqyah untuk rawat demam

Maksudnya: “Ya Allah, kasihanilah kulitku yang nipis dan tulangku yang lembut daripada panasnya kebakaran.”

“Ya Ummu Mildam (demam), jika kamu beriman kepada Allah Yang Maha Agung, maka janganlah kamu memeningkan kepala, membuatkan mulut berbau, jangan menyedut darah tetapi sebaliknya palingkan diriku kepada orang yang menjadikan Allah sebagai tuhan.” Lalu Aisyah mengucapkan kalimah itu hingga rasa sakitnya sembuh. Dalam satu riwayat ada tambahan, “Sesungguhnya saya bersaksi tidak ada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya.”
Bersabarlah wahai ibu abah, sesungguhnya setiap penyakit itu ada penawarnya kecuali mati.

Petua elak anak demam



Petua Ibu untuk elak demam berlarutan

Berdasarkan hadis dan petua orang tua juga nasihat doktor, ibu akan lakukan beberapa petua untuk elak demam dari berlarutan.

1.  Check suhu. Kalau dah ada anak kecil, wajib kita ada termometer. Termometer ada beberapa jenis, yang jenis sukat di ketiak, dahi atau telinga. Kami guna digital termometer yang sukat suhu di telinga. Bila bacaan melebihi 37.5 degree, warna jadi merah dan menandakan demam. Kalau guna termemoter yang di sukat di ketiak, bacaan 36.7 degree menunjukkan sudah demam. 

2. Lapkan badan dengan tuala yang direndam air suam. Ibu juga fokus pada bahagian pelipat dan sensitif iaitu ketiak, perut, dahi dan kepala.

3. Mandikan anak dengan air suam. Kalau guna air sejuk, badan akan terkejut. Mulakan dengan kaki baru naik ke atas.

4. Cool fever. Kami hanya guna untuk 1-2 jam sahaja sehingga cool fever dah sampai limit kemudian buang. Ada doktor cakap, bila sampai limit, cool fever dah tak boleh membantu menyerap haba panas.

5. Bagi anak minum air kosong banyak untuk elak dari kekeringan atau terhidrat atau kerapkan menyusu untuk bayi. Tanda-tanda hidrasi seperti mata mencengkung, bibir atau mulut yang kering, ubun-ubun yang cengkung, menangis tanpa air mata serta anak letih dan kelihatan lembik. Kalau bayi, kerapkan menyusu.

6. Alhamdulillah anak - anak ibu selalu demam tak lama. Sebagai ibu kalau kerisauan semakin menebal dan suhu masih tidak turun-turun juga, sila dapatkan doktor segera. Selalunya ibu spondge dan mandikan dengan air campuran beberapa titis Basic H Shaklee...Syuuuhh pengalaman sendiri ni ya tapi Alhamdulillah memang berkesan.

7. Oh, untuk Nazhan dan Iris, ibu dah mula perkenalkan Meal Shakes Shaklee (klik untuk info lengkap) sebagai supplemen harian. Nazhan pada usia 4 tahun dan Iris pada usia 2 tahun. Meal shakes boleh di ambil bermula pada usia setahun ke atas. Caranya mix 1 sudu teh Mealshakes dengan air susu mereka, EBM, jus atau dimasukkan dalam resepi masakan mereka seperti cup cake dan pan cake. Minuman boleh di kacau atau di shake, supaya mudah larut, berbuih dan naik aroma vanila. Mesti anak suka.

Mealshakes yang bernutrisi tinggi bantu badan anak menyerap zat dan meningkatkan imun badan. Kalau masih baby, saya sangat confident dengan keunikan dan nilai nutrisi susu ibu. Tambahan pula, saya memang ambil Vitalea dan Vitamin C. Bila anak demam atau saya sendiri mula rasa nak demam, saya ambil Nutriferon iaitu imun booster Shaklee. Bila anak dah wean off, jadi makanan merekalah menjadi tempat bergantungan dan sumber utama pembinaan sistem imun. Dalam Mealshakes turut ada vitamin A,C, E dan Zink iaitu agen anti oksida yang penting melawan jangkitan penyakit. Saya memang rasa bersalah kalau benda kecil macam ni pun, saya tak boleh sediakan. Ini ja kot usaha kecil saya yang boleh bantu sokong tumbesaran dan kesihatan mereka. Precaution is better than cure, right. Lagi best, Mealshakes turut ada serat yang tinggi yang membantu pelawasan dan elak sembelit. Namun, kena juga ajar anak makan sayur dan buah-buahan yang kaya vitamin dan serat, ya tak?



Selain dari petua yan sudah ibu amalkan, ibu share juga petua petua tambahan lain untuk elak anak demam berlarutan.

  • Minum air badak

  • Mandikan dengan air asam jawa. Caranya ramas sebuku asam jawa ke dalam sebesen baldi dan jurus badan.

  • Ramas daun bunga raya dengan air dan lapkan badan dengan air tu.

  • Minum air kelapa muda

  • Tempek parutan ubi kayu di dahi. Bila kering, ganti dengan parutan ubi kayu yang baru.

  • Tumbuk daun sirih dan pinang hingga lumat, campurkan dengan sedikit air. Kemudian lap ke kepala anak.

vitamin anak mealshakes

Bagi ibu, daya pertahanan badan anak kena ditingkatkan dari awal. Sebab tu tambahan vitamin yang boleh menguatkan imum badan sangat penting dan jadi pilihan ibu. Oh ya, kadang2 sakit kita atau sakit anak kita adalah tanda ingatan Allah pada hambanya. Cuba check amal ibadat kita ada yang kurang atau tidak juga pastikan gaji dan rezeki kita berkat. Jangan sedih kerana Allah masih sayangkan kita dan nak kita mengingatiNya juga. Seperti hadis di atas,  "..sesungguhnya ia menghapuskan kesalahan anak Adam.."



Super Ibu,

iR Ida Khairani
Shaklee ID 846056

Cara mudah jadi ahli shaklee

ordershaklee

TANYA-PASAL-SHAKLEE