Dalam badan, fungsi vitamin c sangat banyak dan pengambilan yang mencukupi untuk keperluan badan, akan memberi kesan yang menakjubkan.
Antara kebaikkan vit c adalah:
- bantu pembentukan kolagen. Kolagen ni sangat penting untuk pembinaan dan kesihatan TULANG dan TISU. Sebab tu orang yang ambil vitamin C selalunya feeling LEBIH CANTIK kerana KULIT semakin CANTIK dan SIHAT!
- bantu penyerapan zat besi. Orang yang alami ANEMIA kekurangan zat besi mungkin perlu menambah vit
C dalam rutin supaya badan lebih mudah menyerap zat besi.
- Vit C membantu pesakit ASMA dengan menurunkan risiko serangan asma. Vitamin C bertindak menguatkan imun badan dan membantu melawan allergen. Vitamin C juga adalah ANTI OKSIDA semasa paru-paru dan bronkitis diserang allergen.
Kenapa dos vitamin berbeza dan berapa sebenarnya yang diperlukan ?
Walaupun dos minima adalah 60mg untuk seorang dewasa, tetapi kerana pencemaran yang berleluasa mendedahkan kita pada radikal bebas, stress yang menghapuskan vit c dan badan yang sedia sakit, dos vitamin c yang tinggi diperlukan oleh kita masa kini. Sebab tu kalau kita cek label vitamin, kebanyakkan dah masukkan 100mg ke atas dan vitamin c shaklee ada 500mg dalam 1 tablet dan ada 100mg vitamin c dilepaskan setiap jam.
Perokok, orang tua, orang stress, yang selalu makan makanan dalam tin, orang yang mengambil ubat dan penahan sakit sememangnya perlukan vitamin c yang lebih dari 60mg. Orang yang memang sakit atau akan atau telah lakukan pembedahan juga perlukan vitamin C lebih kerana semasa pemulihan, badan memerlukan vitamin c lebih.
Kesan kekurangan vitamin c yang melampau adalah :
- gusi berdarah
- senang lebam
- cepat penat
- sakit sendi
- sistem penghadaman yang kurang lancar
- mudah selsema, batuk, berhingus
- lambat pulih dari sakit
- berat badan menurun
Apa sumber vitamin c yang bagus?
Vit C secara semulajadi terdapat dalam semua buah buahan sitrus dan sayuran hijau. Vit C juga ada dalam tomato dan rose hip, bayam, kiwi, nenas, betik, strawberi dan brokoli.
Apakah BIOFLAVONOIDS?
Secara semulajadi, vitamin c wujud dengan bioflavonoids. Ia membantu vitamin c bertindak dengan cemerlang dalam melindungi dan memelihara kapilari, menurunkan kolestrol, mengurangkan risiko kataraks dan melawan bakteria. Sebab itu suppemen vitamin c terbaik adalah dengan BIOFLAVONOIDS dan vitamin c plus shaklee turut mengandungi citrus bioflavonoids dan ia sangat jarang didapati dari vitamin c di pasaran yang lain.
Testimonial Pengguna Vitamin C Shaklee
Jadi, untuk kelihatan CANTIK MISI hari RAYA, mulakan regimen kecantikan dengan vitamin C sekarang juga! Banyak lagi value added yang bakal anda terima seperti meningkatkan sistem imun sekaligus risiko jatuh sakit semakin berkurangan.
Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor 846056
[…] confident dengan keunikan dan nilai nutrisi susu ibu. Tambahan pula, saya memang ambil Vitalea dan Vitamin C. Bila anak demam atau saya sendiri mula rasa nak demam, saya ambil Nutriferon iaitu imun booster […]
ReplyDelete