Di entry yang khas dengan info lengkap Mealshakes ni saya akan kongsikan beberapa perkara penting, jadi anda boleh tahu lebih banyak maklumat sebelum mencuba Meal shakes kesukaan ramai ni. Nak cepat boleh klik mana-mana tajuk di bawah.
- Sumber Meal Shakes Shaklee
- Perbezaan Meal shakes Shaklee dan info nutrisi
- 7 Kebaikan dan manfaat Meal Shakes
- Sukatan Mealshakes yang betul
- Meal Shakes Shaklee tahan berapa lama untuk 1 canister 544g
- Harga Meal Shakes Shaklee
- Pantang larang pengambilan Meal Shakes
- Siapa yang boleh dan perlu ambil Meal Shakes
Sumber Meal Shakes Shaklee
Kandungan utama Mealshakes adalah dari bahan semulajadi iaitu buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin iaitu sejenis susu. Lactalbumin ni mengandungi organisma protin yang mudah diserap dan berkualiti jadi sistem badan lebih bertindak balas dan memberi kesan baik. Lactalbumin biasanya mengandungi nutrisi immunoglobulin, lactoferrin dan bacteriolysin.
Selain itu, lain-lain kandungan Meal Shakes termasuk non fat dry milk, fructose, maltodextrin, acacia gum, kalsium, sodium caseinate, vanilla semulajadi, magnesium oksida, lecithin soya dan xanthan gum.
Multivitamin yang terdapat dalam 1 canister Meal Shakes membantu kita untuk berjimat duit dan masa kerana Meal Shakes tak perlu lagi 4-5 jenis vitamin yang berbeza dan mudah disediakan. Tak sangkakan solusi untuk segala kerisauan ibu dan kesakitan anak boleh diselesaikan dengan pengambilan Meal Shakes yang mudah dan lengkap ni.
Perbezaan Meal shakes Shaklee dan info nutrisi
Tahu tak yang asid amino perlu lengkap dalam protein barulah protein tu berkesan untuk tubuh. Sukar didapati supplemen protein yang lengkap 9 asid amino perlu. Meal Shakes Shaklee dihasilkan dengan kandungan asid amino yang seimbang yang tidak boleh dihasilkan tubuh, sebab itu wajib ada dalam diet harian demi membantu pembinaan tubuh yang baik dan mengekalkannya sentiasa dalam keadaan baik.
Meal Shakes Shaklee dilengkapi dengan sumber protein juga vitamin dan mineral. Antaranya kalsium, sodium, vitamin C, vitamin E, Niacin, Zink, vitamin B6, B12, thiamin, riboflavin, vitamin A, asid folik, iodin dan vitamin D.
[caption id="attachment_312" align="aligncenter" width="200"] Nilai Nutrisi Mealshakes Shaklee[/caption]
7 Kebaikan dan manfaat Meal Shakes
1. Meal Shakes menyediakan NUTRISI LENGKAP..dengan 24 jenis vitamin dan zat perlu. Kenapa nak semua ni? Semua ni PENTING untuk bantu badan serap ZAT. Kalau badan tak cukup bersedia untuk serap zat, macam mana nak sihat dan membesar? Lagi kebaikan mealshakes kerana ada lecitin soya yang larut lemak dan bagus untuk otak. Semua ni penting untuk melahirkan generasi bijak pandai yang sihat!
2. PROTIN dalam Meal Shakes membekalkan nutrisi kepada SEL TUBUH dan TIDAK mengandungi LAKTOSA. Jadi, ia memberi kebaikan dan sokongan terhadap SEL kulit, kuku, rambut , organ, darah dan imun diperolehi dengan pengambilan Meal Shakes yang powerful ni. So, meal shakes tidak semestinya untuk kanak-kanak sahaja. Orang dewasa yang kendur sana lembik sini lagilah boleh.
3. TUMBESAN .. Meal Shakes mengalakkan tumbesaran dengan kandungan asid folik, biotin, kalsium dan magnesium yang membantu perbinaan tulang. Tulang yang sihat dan kuat sangat penting tak kira berapa usia kita.
4. MELAWAN JANGKITAN .. Mealshakes memberi kebaikan pada sistem imum dalam melawan penyakit kerana dilengkapi dengan vitamin dan mineral anti oksida iaitu vitamin A, C, E, Zink dan Selenium yang membantu melawan penyakit dan melambatkan penuaaan. Jangan ambil ringan bila anak sering demam dan batuk bila dihantar ke nursery. Sakit yang sikit2 dan comman ni bila dibiarkan berulang-ulang kali boleh mendatangkan kemudaratan yang lebih teruk. Sekurang-kurangnya bantu mereka dengan meningkatkan imun badan dengan bekalkan nutrisi secukupnya.
5. Meal Shakes member kebaikan pada SERI WAJAH! Bagaimana? Mealshakes dilengkapi dengan vitamin B yang lengkap, zat besi dan cooper. Nutrisi ini penting untuk membina sel darah merah yang sihat sekaligus mengembalikan kompleksi wajah dan kulit yang cantik dan berseri. Patutlah customer suka sangat bila tumpang sekaki minum mealshakes yang dibelikan untuk anak mereka.
6. Meal Shakes mengandungi serat / fiber 3g untuk setiap 34g Mealshakes. Kerana kaya dengan serat ini telah membantu pengamal Meal Shake untuk membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus dengan lebih mudah dan lancar. Kalau anak asyik mengelak untuk berak atau mengadu sakit nak berat, tolonglah dapatkan Meal Shakes ni. InsyaAllah mereka serasi dan kesakitan yang ditanggung akan dapat dikurangkan.
7. Yang paling disukai ramai, adalah aroma vanilanya yang sedap dan harum. Meal Shakes sedap diminum dan menjadi penggantian segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan tenaga kita. Walaupun kesedapan aromanya, Meal Shakes tidak mengandungi pewarna dan perasa gula tiruan. Jadi, ia sesuai untuk semua orang. Apa lagi anak-anak kita. Memang suka sangat.
[caption id="attachment_308" align="aligncenter" width="207"] Mealshakes membantu membina tubuh[/caption]
Sukatan Mealshakes yang betul
1. Untuk rasa yang enak, rendah lemak dan menghasilkan 125 kalori, Mealshakes dibancuh dengan sukatan
34g atau 1/4 cawan MS bersama dengan 237ml air / 1 cawan / 8oz air atau susu rendah lemak.
2. Untuk lebih berlemak dan dibuat ice blended, boleh mix dengan susu full cream dan dikisar bersama ice.
3. Kalau nak jimat kanak-kanak setahun ke atas, boleh ambil 1 sudu teh sehari dicampur dengan susu anak atau EBM.
Meal Shakes Shaklee tahan berapa lama untuk 1 canister
Jika diambil sebanyak 1/4 cawan setiap kali, 1 canister Meal Shakes bertahan untuk 16 hidangan.
Namun untuk sukatan 1 sudu the sehari, Meal Shakes boleh bertahan selama 2 bulan.
Kalau anak-anak saya, 2 orang, 1 canister tahan untuk sebulan.
Kadang2 saya berikan Meal Shakes bersama susu anak untuk pagi dan malam terutama bila anak dah mengantuk sangat dan tak sempat dinner.
Harga dan saiz Meal Shakes Shaklee
Harga Meal Shakes sangat murah dan berbaloi berbanding nutrisi yang ditawarkan iaitu hanya RM113.75 untuk 544g per canister
Pantang larang pengambilan Meal Shakes
Jangan bancuh Meal Shakes dengan air panas kerana akan menurunkan nilai nutrisi terutama protein. Protin sangat mudah terhapus pada suhu tinggi. Jadi bancuh Mealshakes dengan air suam atau air sejuk. Kacau sampai larut. Jika sukar larut, cari bekas berpenutup untuk goncang / shake.
Siapa yang boleh dan perlu ambil Meal Shakes?
Bila nak ambil Mealshakes? Kebaikan Mealshakes ni sangat banyak.. Sah-sah la semua orang boleh ambil Meal Shakes ni, namun yang menghadapi masalah langsung tak boleh tangguh untuk ambil..Siapa yang perlukan Meal Shakes sangat?
- Sembelit , Picky Eater, Tambah Selera makan di kalangan kanak-kanak : Meal Shakes
- Mighthy 3 Gems - Breakfast dan Snack yang sihat untuk tenaga dan kenyang lebih lama : Mealshakes + Performance Drink + Energizing Soy Protein
- Puasa : Meal Shakes dan performance drink ketika berbuka dan sahur
- Tambah Berat badan : Mealshakes, Vitalea dan B Complex
- Ibu mengandung yang alami alahan yang teruk : Meal shakes + Peppermint ginger plus
- Otak Pintar : Meal shakes dan Omega Guard
- Otak Pintar + Boost Imun Badan (Asma, Demam, Selsema dan seumpamanya) : Meal shakes, Omega Guard, Chewable Vitamin C
[caption id="attachment_170" align="aligncenter" width="170"] Mealshakes[/caption]
Peringatan Keras !
Dapatkan Meal Shakes hari ini juga sebelum kehabisan stok untuk kesihatan yang lebih baik! Jangan berkira untuk kesihatan kerana esok tak semestinya anda atau anak anda tetap sihat seperti hari ini!
Super Ibu,
iR Ida Khairani
Shaklee ID 846056
[…] Oh, untuk Nazhan dan Iris, ibu dah mula perkenalkan Meal Shakes Shaklee (klik untuk info lengkap) sebagai supplemen harian. Nazhan pada usia 4 tahun dan Iris pada usia 2 […]
ReplyDeleteSaya pernah menggunakan produk shaklee untuk anak saya,amat berkesan.
ReplyDelete