Resepi pancake

Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
2 sudu besar gula
1 biji telur
1 cawan susu segar atau susu sejat
2 sudu besar mentega

Cara-cara:
1. Gaul tepung, gula dan baking powder dalam satu bekas besar.
2. Pukul telur, mentega yang dicairkan dan susu dalam satu bekas asing.
3. Gabungkan kedua-dua campuran perlahan-lahan.
4. Panaskan non-stick pan, bila dah panas kecilkan api dan tuangkan campuran sebesar saiz yang dikehendaki. Saya guna pan kecil ngam-ngam saiz pancake.
5. Kalih pancake apabila gelembung-gelembung udara telah kelihatan di bahagian atas/tepi dan apabila dikalih warnanya sudah perang.
6. Panaskan sekejap sebelah lagi satu dan siap!
7. Boleh makan dengan madu, coklat dan macam2 lagi asalkan keluarga suka. Makan begitu sahaja pun sedap.





No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails