Latihan tanpa dyper Nazhan berjaya!!!

4:39 PM ida ahmad 0 Comments

Hari ni belum sampai sebulan ibu start dyper free Nazhan. Bolehlah dikatakan Nazhan dah GRAD with Flying Colors!! 9hb Mei start - 4 Jun dah fully dyper free. Syukur Alhamdulillah.

Khamis lepas kami bawa keluarga ke KLCC, pegi lawat sky bridge, jejambat antara 2 tower petronas tu. Bayarannya murah aja, RM3. Oleh kerana hari kerja dan malas nak cari parking dan bersesak di KL, kami park kereta di Kelana Jaya dan naik LRT. Dah sampai KLCC, baru aku perasan aku tak bawak beg pack budak2 ni. Segala pamper, baju salin dan shawl untuk  cover menyusu semua dlm beg.

Dah lama aku tak ke KLCC. Dari tempat beli tiket ke toilet jauh jugalah. Toilet hanya ada dalam mall sedangkan nak naik bridge tu dkt ground floor tempat staff petonas kerja. So, aku yang mula nak ke tandas, pegi sorang2 ja, yang lain tunggu di galeri klcc. Dah on da way balik tu, baru aku realize yang kami tertinggal back pack.

Jenuh juga la aku nak menyusu Iris. Selamat husband aku yang tak berapa sihat, bawak jaket. So aku pinjam jaket dia untuk cover waktu menyusu. Then bila naik atas bridge tu di tingkat 42, Nazhan nak kencing. Sudah..kesian dia.. Toilet mmg tak adalah untuk adult ni. Selamatlah, tour guide tu berbudi bahasa. Dia kata budak boleh. So, level tu ada kitchen. Dia benarkan kami guna toilet di situ.


Jadi, itu adalah 1st time la Nazhan kencing di luar. Berjaya juga dia menahan kencing sambil terkepit-kepit. Ibu yang kelam kabut lebih, sampai terjatuh Nazhan dan kasut terkeluar. Selamatlah tak terkencing. Kalau basah seluar, tak ke haru. Baju salin semua di Kelana Jaya nun.

Tinggal kepala ja adik ipar aku dikambus pasir pantai buatan Pullman


Jumaat  pula kami ke Putrajaya, Pullman Lake dan melawat sahabat sekolah yang baru bersalin. Nazhan berjaya lagi sekali kencing di toilet hospital. Bagus2x!!. Suka ibu.. Sayang Nazhan Iqbal tau! So, selepas nearly sebulan, Nazhan Iqbal dah berjaya fully dyper free siang, malam dan bila keluar rumah. Hoh Yeah!! Syukur Alhamdulillah.

Baby Nadira yang berkaca mata. Doakan baby dan ibunya sihat sejahtera ya para pembaca.


Hari ni: guna toilet Bling Lustre, Puchong plk. Huah..merata pegi untuk test toilet ni.

0 comments: