Kenapalah aku tak kaya kaya
Jika sesuatu yang baik atau buruk berlaku pada saya, saya selalu fikirkan apa yang telah saya buat yang menjadi penyebabnya. Contohnya kalau saya dapat durian runtuh, saya cepat2 mengucap Alhamdulillah dan fikir apa telah saya buat. Selalunya jarang saya dapat agak apa kebaikkan saya kerana saya rasa saya serba kekurangan dalam amal ibadat pada Allah, sekadar amalan wajib, tu pun tunggang langgang. Jadi, saya akan bersyukur kerana Allah tetap ingat pada saya, hambanya yang kerdil dan sentiasa leka ini.Jika berlaku sebaliknya, contohnya bila saya susah nak dapat kerja, saya terfikir inikah ketentuanNya, nak saya jaga keluarga dan inilah pekerjaan yang paling mulia sebagai wanita. Jadi saya pun kembali tenang dan redha. Saya juga pernah keguguran dan sebaik saja ia berlaku saya terus fikirkan kenapa Allah duga saya begini. Pasti ini balasan atas kesalahan saya sendiri. Ya, memang pun. Allah balas instant. Saya perasan kalau saya buat salah pada mak atau suami memang Allah balas immediately. Sebabnya Allah xnak saya terus buat salah dan kerana Dia sentiasa ingat dan sayangkan saya. Jadi saya sentiasa terpelihara hendaknya, insyaAllah.
Kadang2 saya hairan, bagaimana orang yang bergaji sedikit tapi makan mewah dan mampu lagi membantu orang lain. Sedangkan kami makan pun jenuh pilih yang ala kadar. Pakaian pun jarang bertukar. Jadi saya pun merenung kembali. Mungkin kerana rezeki kami kurang diberkati Allahkah? Sebab itukah x kaya kaya. Sumber rezeki haruslah 100% halal tanpa was was kerana itu akan jadi darah daging kita. Mungkin kerana kami kurang membuat kebaikkan terutama pada ibu bapa kerana sering terasa duit untuk diri sendiri pun xlepas macam mana nak tolong orang. Namun kami lupa yang sekali kita bagi, Allah balas berlipat ganda.
Yang paling kami bertuah kerana hidayah Allah tetap ada. Saya sangat sedih bila ada orang Islam yang ditarik hidayah dari hatinya. Allah yang maha pemurah telah mengurniakan kekayaan untuknya bersyukur tapi dia tidak puas. Allah telah menurunkan sedikit kesusahan supaya dia kembali ingat pada Allah tapi sebaliknya dia kata Allah lupakannya. Ingatlah Allah tak pernah lupa akan hambanya walaupun sesaat. Jangan bercakap angkuh dengan Allah. Allah Maha Besar. Jangan sampai Allah tarik balik semua kurnianNya. Namun Allah juga maha pemurah. Bertaubatlah kerana pintu taubat sentiasa terbuka selagi ajal belum memanggil dan selagi kiamat belum tiba.
Jangan juga berfikir seperti 'Apalah yang aku buat sampai Allah buat aku mcm ni' dengan nada yg seolah olah kita x patut terima kesusahan tersebut. Kita kena ingat, nabi-nabi kekasih Allah yang beramal ibadat sentiasa pun tetap diuji sepanjang hidup mereka. Ujian2 tu kalau kita lulus ka fail ka, balasan yang ultimatenya di akhirat kelak.Renung-renungkanlah.
- Posted using BlogPress from my iPhone
2 comments:
Post a Comment