Sekitar hari ibu

Sebenarnya tak plan apa2 pun. Anak-anak kecil lagi. Abahnya pun buat dek ja. Sian ibu. Huhu..

Sekali tuk nak datang. Tuklang pun nak datang. So teruslah buat plan simple. Makan2 ja. Punya la unplan sampai market pun tak pi. Sebab time tu dah pukul 10pagi.

So decide beli ja semua. Lagipun kata hari ibukan. Haruslah ibu tak masak. Haha!! Kita minta abahnya sponsor sebab sapa soh dia xplan apa2 kan.

Bila malam..



Anak-anak dah ready dulu.




Penghibur lara




Yang dirai- cewah..




Lauk pauk

Tq abang sebab meraikan. Tq anak-anak sebab sayang ibu selama ini walaupun ibu garang macam siang. Kadang-kadang ja. Hehe. Selalu ibu lembut macam bidadari. Kekeke..

Tq my mom for all your love and care for me. Sayang mak:X


- Posted using BlogPress from my iPhone

Istimewa tak hari ibu. Yes for me :X

Memanglah kita patut meraikan setiap hari untuk ibu kita. Namun, kita sering lupa dan kita sendiri sibuk dan tak sempat untuk diraikan atai meraikan.

Hari ibu hanya hari yang membuatkan kita sedar kita disayangi dan dihargai. Hari ibu juga membuatkan kita berfikir adakah kita dah melakukan amanah yang Allah berikan sebaiknya sebagai seorang ibu atau anak.




Hadiah hari ibu dari Nazhan.





Rantai atau crown sebenarnya yang dibuat Nazhan ni? Hanya Iris yang muat.

Kasih sayang yang diberikan Iris dan Nazhan serta suami membuatkan hari - hari ibu lebih bermakna, dipenuhi dan penuh dengan keceriaan dan tangisan. (Tangisan anak-anak)

Lets cherish our love and keep moving forward.




- Posted using BlogPress from my iPhone

Resepi mee goreng mamak





Bahan-bahan:

1 bungkus mee kuning, dibasuh dan ditos

Ayam, daging atau fish cake dipotong dan sebanyak mana yang suka

1 biji bawang besar dikisar

2 biji bawang putih dikisar

Cilibo sesudu besar atau cili kering dikisar

1 sudu serbuk kari dibancuh

1 sudu kicap pekat

2 sudu sos cili

2 sudu sos tiram / sos tomato

2 biji telur

Sayuran mengikut citarasa seperti sawi, taugeh

Garam secukup rasa


Cara-cara

1. Tumiskan bawang besar, bawang putih sekejap & kemudian cilibo

2. Bila sudah naik bau, masukkan serbuk kari yang telah di bancuh dengan sedikit air

3. Apabila sudah naik bau dan pecah minyak, masukkan ayam, daging atau fish cake dan gaulkan sehingga masak.

4. Masukkan kicap pekat, sos cili dan sos tiram/tomato. Taburkan garam secukup rasa.

5. Masukkan mee kuning dan gaulkan sehingga masak.

6. Kemudian besarkan api serta pecahkan telur di tengah-tengah kuali dan kacau telur. Apabila telur dan agak masak, gaulkan dengan mee.

6. Masukan sayur dan gaul lagi sekejap dan padamkan api.

7. Untuk hidangkan boleh taburkan daun sup, bawang goreng dan limau kasturi.

8. Sedia untuk dimakan. Yum yum!!!


- Posted using BlogPress from my iPhone

Mewarna dan bubbles best !

Sekarang ni, kami setkan masa 9-10pm untuk buat kualiti time dengan anak-anak. Sama ada story telling, make up story, flash cards, coloring, apa2 ja la yg terlintas. Untuk tak blur bila masa sampai, better plan dulu apa nak dibuat. Even ada masanya anak-anak ni tak nak pay attention dan nak layan you tube.

Kalau tak simpan ipad, iphone awal-awal memang susahlah. Kang satu kerja xjalan asyik mengamuk, bila kita ambil sorokkan. So, kami akan bercerita tentang video yang diorang tengah layan tu.

Ini ibu buat waktu siang masa cuti sekolah last week.



Masa awal, ok color bersama. Tengah-tengah color tu, boleh pula nak berak si Nazhan ni.




Bila dah sudah, Nazhan sambung color, adik dah xnak layan color dah. Buat construction pula.




Bila sudah, main bubbles di luar rumah.




"Tu tu"




"Pop!!"


- Posted using BlogPress from my iPhone

MySuperVitamins.com: Makanan Tingkatkan Kecerdasan si Kecil

MySuperVitamins.com: Makanan Tingkatkan Kecerdasan si Kecil:


Adakalanya anda berasa bingung apabila tiba waktunya untuk menyediakan menu buat si kecil. Seboleh-bolehnya, sebagai ibu anda tentunya ingin memberikan yang terbaik untuk si manja.

Bagaimanapun, anda tidak perlu bingung kerana makanan yang berkhasiat tidak semestinya mahal. Apa yang penting, makanan tersebut mestilah berkhasiat dan kaya dengan pelbagai zat dan nutrisi ynag mencukupi buat si kecil. Antara makanan terbaik untuk si kecil adalah:

CENDAWAN 

Selain enak dimakan, cendawan juga amat baik untuk kesihatan tubuh. Ia kaya dengan sumber vitamin D yang penting untuk menguatkan tulang di samping mengawal daya tahan tubuh terhadap serangan penyakit. 








KACANG PANJANG 

Kaya dengan asid folat yang diperlukan untuk pertumbuhan dan pembahagian sel-sel pada tubuh, tumbuhan yang dikenali dengan Vigna Sinensis adalah istilah saintifiknya ini juga turut mengandungi vitamin dan mineral yang perlu untuk perkembangan minda si kecil. 





KENTANG 

Tidak hanya bermanfaat untuk orang dewasa, kentang juga baik untuk kanak-kanak. Mengandungi vitamin B, B1, B2, B3 dan B6. Zat kalsium yang dimiliki kentang juga amat diperlukan untuk mengelakkan tubuh daripada serangan penyakit. 



TELUR 

Kaya dengan sumber AA,DHA dan pelbagai vitamin serta mineral penting untuk pertumbuhan si kecil. Di samping itu, telur juga turut membekalkan pelbagai nutrisi yang diperlukan untuk tubuh dan otak kanak-kanak. 


JAGUNG 

Mengandungi protein yang penting untuk pertumbuhan dan perkembangan si kecil. Salah satu zat protein yang dikenali sebagai Tryptophan dikatakan berupaya membantu mencerdaskan buah hati anda. 




TOMATO 

Tomato mengandungi vitamin C dan E. Biarpun tidak semua kanak-kanak meyukainya, namun hidangan tomato boleh dipelbagaikan untuk menarik minat si kecil untuk menikmatinya. 




Kita sebagai ibu hendaklah memainkan peranan yang bijak untuk memberi makanan yang berfaedah bagi meningkatkan kecerdasan anak-anak kita. Semoga ibu-ibu dapat menyediakan pilihan makanan tepat buat anak-anak.





Jika anda rasa artikel ini berguna, jangan lupa untuk kongsikan demi manfaat bersama.

Ida Khairani

www.MySuperVitamins.comPertanyaan, konsulatasi atau order boleh email ke admin[@]mysupervitamins[.]com dan sms ke 013 488 2382

Itu namanya pritzel, ibu.

Pernah makan pritzel tak? Ibu baru 2 kali ja makan. Sedap tapi tak adalah ketagih dan syok habis. Biasa sahaja. First time makan tah berapa lama dahulu dan memang tak pernah bagi anak-anak makan. First time tu rasanya anak pun belum dapat. So, about 4-5 years ago. Sampai namanya pun tak pernah ingat di kepala.

Semalam abahnya bawak balik pritzel. Bila ibu bukak ja paper bag nazhan terus sebut 'Pritzel'. Ibu terkesima kejap. Err.. Tanya lagi sekali. "What is this?". Nazhan jawab "Pritzel". Ibu belek paper bag ada tulis pritzel. " Have you ate pritzel before?". "Yes" jawabnya.



Bila masa la pula ni. Memang agak pasti kami tak pernah bawa makan pritzel sebelum ni. Ibu makan pun rasanya time muda remaja lagi. Semalam barulah tahu Nazhan kenal rupanya. Yang pasti, tak ada dalam menu minum pagi sekolah dia makan pritzel. Mungkin masa computer session or ada parents bawa sempena birthday anak-anak diorang. Ya la tu kan.


Ada suatu masa dulu, kami pergi ke shopping complex. Masuk-masuk ja pintu dari parking lot terus ada kedai pritzel ni dan Nazhan terus sebut 'Pritzel'. Since ibu dengan abah memang tak pernah ingat namanya, kami pun wondering apa Nazhan tengah cuba nak sebut. Pizza ka?

So, ibu pun tanya "Pizza?" Nazhan ni jenis patuh tau. Dia ingat dia salah cakap dan ibu tengah nak betulkan dia, so dia pun angguk dan kata 'Pizza'. Then dengan rasa betulnya, ibu pun cakap, "This is not pizza". Huahuahua.. Selepas semalam, barulah ibu tahu bahawasanya anak teruna ibu kenal makanan itu dan memang sebut pritzel suatu masa dahulu.

Haruslah mak bapak sekarang meng'Advance'kan dirikan. By the way, masa first time abah bawak balik iPad pun, Nazhan dah tahu itu iPad.




Ida Khairani

www.ceriterakami.blogspot.com
www.mysupervitamins.com
www.sarawakauthentc.blogspot.com

Meal shakes untuk picky eater

Sejak lebih sebulan ni, selera makan Nazhan dah bertambah. Sukanya hati ibu. Bolehlah ibu diet.. Haha!! Tak ada kaitankan.. Ohhh sangat ada kaitannya. Since anak-anak masih kecil dan sangat kurang makan dan masih nak disuap kerana kalau makan sendiri, pakai tak makanlah, so ibu selalu ambil sepinggan ja nasi dan share. Selalunya lunch time, kami makan luar or ibu tapau home made food ke sekolah. Kami akan makan di sana sebelum pulang. Sebab di sana ada kolam ikan dan tempat untuk santai.



Kolam ikan tempat makan dan bermain

Anak-anak pun suka. Kalau makan di rumah, khuatir on the way tertidur so lunch lambat. Kalau tak tertidur pun, lebih menjimatkan masa lunch time di luar. So, bila balik boleh focus untuk benda lain.
Ok, since dah kongsi makan tu tapi anak-anak tak makan portion yang sepatutnya dan makan dengan slow, akibatnya ibu yang makan teerrrlebiihhh..

Sweet kids


Ish..ish.. ni kot antara punca berat ibu yang bertambah sejak Nazhan sekolah. Jadi, bila Nazhan dan Iris berselera nak makan, ibu akan stop awal. Takut nanti makanan tak cukup. Hehe..tak la lapar pun kalau ibu makan sikit. Sebelum ni memang ibu makan secara berleluasa.. Tak patut..tak patut..

Meal Shakes Shaklee


Ok selepas Nazhan konsisten mengambil Meal Shakles Shaklee ni, ibu dapati selera Nazhan bertambah dan konsisten. Sangat gembira ok. Makanankan sangat penting untuk perkembangan fizikal dan mental. Meal Shakes ni pula, sangat lengkap dengan vitamin, mineral termasuk kalsium, asid amino, serat dan protein. Lysine pun ada.

Kalau dulu, nak suap tutup mulut terus atau cakap 'No' 'No' 'No' siap dengan jari lagi. Kalau nak makan pula, macam-macam dia filter. Sekarang ni, kalau suap dengan sayur pun dia makan. Bestnya..sejuk perut ibu mengandung tengok dok kunyah dan telan habis tu.


Hopefully, bertambah baiklah pertumbuhan badannya. Teringin sangat nak bagi Omega Guard, fish oil Shaklee yang terkenal dengan DHA untuk perkembangan otak. Best tengok budak lain selamba ja kunyah. Suka pula diorang dengan bau ikan tu. Sejak Nazhan berselera makan ni, belum try balik lagi. Dulu ada try, tapi dia sangat la tak suka walaupun diberi dalam picagari dan terus minum air. Huhu. Adik yang suka makan pun, luak balik. Mak dia ja suka sebab boleh pecahkan lemak dan baik untuk jantung dan otak. Nak la juga share kebaikkannya dengan anak-anakkan. Kata mak jual Shaklee.. Haha!!

All right, go for it Nazhan! That's a lot of catch up to do!

More info on mealshakes yang best ni


Ida Khairani

www.ceriterakami.blogspot.com
www.mysupervitamins.com
www.sarawakauthentc.blogspot.com

Lagi Kisah Adik Nadirah @ Dirang

PASIR GUDANG: Suasana sayu menyelubungi rumah Nurul Nadirah Abdullah apabila ibunya, Roselyn Alan, meraung sebaik mengetahui kematian anak kesayangannya, daripada polis kira-kira jam 6.45 petang selepas keputusan ujian DNA diperoleh. 

Roselyn, 25, menangis tanpa henti dengan sesekali memanggil nama Dirang menyebabkan anggota keluarga dan jiran mangsa turut menitiskan air mata.


Ibu saudara mangsa, Merlinda Budin, 22, tidak menyangka mimpi melihat mangsa menangis dengan tangan diikat dan mulut ditutup pita pelekat dalam sebuah pondok yang sedang terbakar di ladang kelapa sawit, akhirnya menjadi kenyataan apabila dimaklumkan mengenai kematian Dirang.

“Dalam mimpi itu saya melihat dengan jelas Dirang menangis dengan keadaan tangan diikat dan mulut ditutup dalam sebuah pondok yang sedang terbakar. Malah dalam mimpi itu, Dirang berulang kali memanggil saya supaya dikeluarkan daripada api. 

“Saya cuba menyelamatkannya sebelum terjaga. Saya memaklumkan mimpi kepada Roselyn dan kami berusaha mencarinya di lokasi seperti dalam mimpi tetapi tidak menemuinya,” katanya. 

Merlinda tidak menyangka kejadian itu boleh berlaku terhadap Dirang kerana pada hari kejadian dia terserempak dengan anak saudaranya itu. 

“Ketika bertembung dengan Dirang saya sempat bertanya hendak ke mana tetapi dia tidak menjawab tetapi hanya tersenyum dan berjalan ke arah kedai. Saya pula terus pulang. 
“Bagaimanapun, saya mula berasa tidak kena apabila ibu Dirang mundar-mandir di bawah flet sebelum memaklumkan Dirang tidak pulang selepas ke kedai pada waktu pagi,” katanya. 

Sementara itu nenek Dirang, Milnah Jul, 52, berkata sebelum polis datang, Roselyn terus mencari anaknya apabila penemuan rangka di kebun sawit Khamis lalu dikatakan bukan anaknya. 

“Dia senang hati apabila mayat itu dikatakan bukan Dirang, tetapi apabila menerima berita jam 6.45 petang tadi Roselyn tidak dapat menerima berita kematian Dirang. 

“Saya tidak menyangka Dirang diperlakukan sekejam itu sehingga kanak-kanak kecil itu dibunuh dan dibakar. Saya tidak tahu apa salah Dirang. Saya harap binatang yang melakukan perkara ini mendapat balasan sewajarnya,’ katanya.

Terdahulu, Roselyn ketika ditemui tengah hari, berkata dia menerima panggilan telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada seorang wanita yang tidak dikenali mengugut akan membunuh Dirang jika tidak dibayar wang tebusan sehingga RM30,000. 

“Antara SMS yang saya terima: “Kalau kau mahu anak kau, aku mahu wang RM10,000 di Taman Tengku Anis masa jam 12 tengah hari, kalau tidak anak kau mati”, "Kalau kau tak datang pada hari Ahad anak kau akan dijual di Thailand,” katanya. 

Roselyn berkata, ugutan itu diterima pada malam Rabu lalu daripada seorang wanita yang mendakwa menyimpan anaknya itu dan meminta wang tebusan RM30,000 dihantar ke Taman Tengku Anis, Kota Bharu, Kelantan. 

Katanya, selepas wanita itu mematikan telefon, beliau cuba menghubunginya tetapi tidak berjawab sehinggalah beliau menghantar SMS supaya wanita itu menghantar gambar anaknya sebagai bukti dan mendengar suara Dirang. 

“Wanita itu membalas SMS dengan meminta menjelaskan wang terlebih dulu sebelum menunaikan permintaan saya. Keesokannya, saya sekali lagi menerima SMS daripada nombor sama meminta saya menyediakan wang RM10,000 di tempat yang sama pada jam 12 tengah hari atau anak saya akan mati. 

“Saya cuba menghubunginya sekali lagi tetapi tiada jawapan sehinggalah Jumaat lalu, saya mendapat satu lagi SMS meminta membawa wang tunai RM10,000 dan menghantarnya pada Ahad ke taman sama. Wanita itu juga mengugut akan menjual Dirang kepada sindiket kanak-kanak di Thailand,” katanya. 

Roselyn berkata, susulan daripada panggilan telefon dan SMS itu, beliau memaklumkannya kepada pegawai penyiasat yang mengendalikan kes anaknya untuk tindakan lanjut.


SUMBER: BERITA HARIAN.


Menurut Metro, adik Nadirah ni pergi ke kedai bersendirian untuk membeli mee segera kerana emaknya leka dengan facebook. Fikir-fikirkanlah. Apa salahnya kita gunakan facebook atau apa sahaja untuk tujuan kebaikkan dan berpada-pada. Tak berbaloi langsung kalau jadi bergaduh, berpecah belah, ahli keluarga hilang, lapar, mati kerana kita lalai dengan facebook. 


Semoga roh dicucuri rahmat dan perkara yang terjadi dijadikan pengajaran. Harap ibu dan keluarganya redha dan tabah. Semoga anak-anak kita terpelihara dari syaitan bertopengkan manusia seperti pembunuh ini.






Ida Khairani
 www.ceriterakami.blogspot.com
www.mysupervitamins.com
www.sarawakauthentc.blogspot.com

AL-FATIHAH BUAT NURUL NADIRAH


Rasa sebak mendengar laporan berita penemuan mayat rentung yang kemudiannya disahkan seorang anak perempuan kecil berusia 5 tahun, Nurul Nadirah bte Abdullah yang hilang sejak 1 Mac lalu.

Polis hari ini mengesahkan mayat rentung yang ditemui di sebuah ladang kelapa sawit di Nusa Damai, Pasir Gudang di sini adalah kanak-kanak itu, atau nama manjanya Dirang.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Roslan Zainuddin berkata, pengesahan itu berdasarkan hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dibuat ke atas mayat rentung yang ditemui sebelum ini, dan sampel ibu Dirang, Roselyn Alan, 25, hari ini..

Menurut polis, mayat rentung tersebut ditemui pada 8 Mac lalu.


"Berdasarkan pemeriksaan dijalankan di tempat kejadian, kami menemui serpihan tulang dan berjaya mendapatkan sampel DNA yang kemudiannya dihantar ke makmal dan sepadan dengan DNA ibunya," katanya kepada pemberita di sini hari ini," katanya lagi.

Nurul Nadirah hilang dan dipercayai diculik pada 1 Mac lalu di bawah Blok A, Pangsapuri Sri Delima, Bandar Seri Alam, Masai, Johor Darul Takzim.

Didoakan roh Nurul Nadirah sentiasa berada di sisi Allah s.w.t. dan semoga keluarga allahyarhamah tabah menghadapi dugaan ini.

Semoga pihak berkuasa segera memberkas manusia kejam yang sanggup memperlakukan perbuatan keji dan zalim itu terhadap seorang anak sekecil Nurul Nadirah.

Al-Fatihah buat arwah. Sayunya hati seorang ibu. Semoga anak-anak kita sentiasa dipelihara Allah dari sebarang kecelakaan.

Berita lebih lanjut


Ida Khairani

www.ceriterakami.blogspot.com
www.mysupervitamins.com
www.sarawakauthentc.blogspot.com

Macam mana nak Sync ICal dalam Lion OS Mac dengan calender ICloud

Tiba-tiba nak bagi tips IT pula. Sekadar perkongsian setelah gembira menyelesaikan masalah nak sync ical dengan calender icloud. So simple

1. Buka iCal
2. Buka Preferences iCal - Accounts
3. Create account - iCloud
4. Siap tapi mungkin details di iCal akan duplicate dengan dari Mac
5. Klik Calenders icon - uncheck On My Mac
6. So, akan view calender dari icloud dan tak duplicate dah.

Semoga masalah anda akan settle juga.



Ida Khairani
www.ceriterakami.blogspot.com
www.mysupervitamins.com
www.sarawakauthentc.blogspot.com