PERJUANGANKU BELUM SELESAI: Kena rajin pam walaupun dan makan vitamin..: "Salam.. Sebenarnya pesanan tu untuk diri saya sendiri...mungkin kesibukkan membuat saya terleka untuk menyusun semula jadual pam saya semasa..."
Shaklee Shop: Testimonial shaklee set breasfeeding: "Email ni datangnya dari Amyz ----- ni ada sikit testimoni: lepas 3 month consume set B, susu mmg pekat. Nampak sgt nutrious utk Alam. H..."
Antioksidan adalah komponen dlm nutrien yg berfungsi melindungi nutrien dr diserang radikal bebas. Ia boleh didapati dalam vitamin A, vitamin C, vitamin E dan dalam mineral jgk.
Nutrien yg kaya dgn antioksida byk didapati dlm tumbuhan tanaman seperti sayuran dan buah. Untuk fahami fungsinya, ambil epal sebagai contoh.
Antioksida dlm epal telah membuatkan ia segar. Selepas dipotong dan terdedah, kehadiran oksigen membuatkan ia bertukar ke warna perang selepas seketika.
Perubahan warna ini adalah tanda berlakunya oksidatif. Satu proses dimana kehadiran oksigen menghasilkan rangkaian tindakbalas lalu membebaskan radikal bebas dlm sel epal. Ini telah menurunkan kualitinya.
Dalam badan kita pula, penghasilan radikal bebas akan merosakkan sel badan seperti sel jantung,mata dan kulit contohnya. Apabila sel rosak, ia mungkin membawa kepada penyakit serius lain seperti kanser,jantung,kencing manis dan sakit buah pinggang.
Jadi amat penting kita pastikan nutrien yg kita ambil, ada komponen antioksida supaya sel badan kita terpelihara. Radikal bebas boleh terjadi dari proses metabolisme tubuh atau faktor luar seperti asap rokok,alkohol,sinaran ultra ungu dan bahan kimia dr makanan yg diproses.
Buah dan sayur yg tinggi antioksida adalah seperti strawberi,epal,plum,brokoli dan bayam. Jom beringat sebelum terkena ;)
- Posted using BlogPress
Nazhan Iqbal masih lagi anak lelaki kesayangan ibu dan abah. Nazhan merupakan anak yg senang dijaga dan tak banyak songeh. Namun kenapa masih lagi xnak mengeluarkan ayat2 yang mampu mencairkan hati ibu?
Nazhan baru pandai gosok gigi, pakai baju seluar dan bukak baju seluar sendiri. On tv dan baru sampai pulas tombol pintu. Sejak sampai ni, asyik bertutup dan berkunci saja bilik, tak kira bilik tv,bilik tidur or bilik tuk. (termasuk pintu kereta). Kena berketuk kalau nak masuk bilik. Kunci spare kena ada kat luar, kang tertidur kat dalam bilik, xboleh ibu masuk.
Nazhan memang anak yg baik. Dia akan susun kasut kalau kasut org lain dh tersusun
tapi kalau kasut org lain berselerak, dia pun Xsusun jugalah. But bila ibu suruh susun, dia pun susun. Kalau ibu soh simpan toys pun dia dengar. Yang dia xnak dengar share toys dengan adik.:(
Sekarang ni Ibu dah pass car seat pada Iris. Nazhan ok, duduk depan tp nak pakai seat belt willingly hanya selepas 2-3 kali merajuk dgn abah. Oklah tu kan.

I love u so much. Lately ni ibu selalu marah Nazhan bila ibu ajar cakap, Nazhan berat mulut
nak cakap. Macam ada ketul emas dlm mulut. Ibu minta maaf banyak2 ya sayang. Sepatutnya setiap pagi, ibu kena set mind yg ibu kena ajar Nazhan dengan kesabaran dan sentiasa positif.
Mudah-mudahan kita berjaya! Caiyo caiyo!!!
- Posted using BlogPress
Ramai yg teringin berniaga dan ramai yg telah mula dan lama berniaga. Sebagai panduan untuk kita bersama, saya kongsikan artikel yg amat mendalam maksudnya dan berjaya meninggalkan kesan pada saya.
---
Keluarga saya bukanlah dari golongan peniaga. Ayah dan emak saya adalah kakitangan kerajaan. Begitu juga makcik dan pakcik saya kebanyakannya adalah kakitangan kerajaan.
Namun ada seorang pakcik saya… beliau adalah seorang yang kurang cemerlang dalam pelajarannya. Oleh itu peluang untuknya menyambung pengajian ke peringkat tinggi adalah tipis. Jadi tak adalah beliau mengikut jalan tipikal makan gaji seperti orang lain. Pakcik saya bermula sebagai pembantu kedai. Hari ini beliau memiliki rangkaian perniagaan sendiri.
Pakcik saya bukanlah seorang yang terkenal seperti Syed Mokhtar al-Bukhary, namun keperibadiannya dalam membina empayar perniagaan adalah contoh terbaik untuk saya ikuti. Beliau amat menitikberatkan elemen-elemen Islamik dalam perniagaannya.
1. Perniagaan yang halal
Ini adalah perkara wajib bagi peniaga Muslim. Walaupun menjadi seorang usahawan internet, namun jangan menggadaikan maruah agama dek kerana pasaran yang lebih besar terhadap benda-benda yang tidak menepati prinsip Islam.
2. Meraikan persaingan
Di dalam Islam tidak ada istilah persaingan, sebaliknya ia mengutamakan konsep takaful atau kerjasama, saling lengkap-melengkapi. Ini adalah nilai yang sudah hampir pupus dalam diri kebanyakan pengusaha dan peniaga Muslim. Sanggup tikam belakang dan ‘makan dalam’ untuk menjatuhkan sesama pengusaha ini.
3. Berurusniaga dengan Allah
Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian dari rezki yang kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi (Surah al-Faatir : 29)
Tahukah anda bahawa ada seorang ulama yang mempunyai empayar perniagaan tidak pernah membayar zakat? Beliau adalah Abu al-Laits yang mempunyai rangkaian perniagaan yang besar tapi tak pernah membayar zakat.
Abu al-Laits tidak pernah membayar zakat kerana harta dari hasil perniagaannya tidak pernah disimpan sehingga cukup haul (setahun). Keuntungan yang diperolehi digunakan untuk membantu orang miskin, membangunkan ummah dan untuk kepentingan Islam.
Meletakkan Allah sebagai rakan kongsi bisnes kita, akan membuatkan kita sentiasa terbina sebagai seorang usahawan yang berdisiplin dan tidak mementingkan diri sendiri dan berorientasikan keuntungan semata-mata.
4. Menyediakan sarana untuk membantu ahli keluarga dan masyarakat
Imam Abu Hanifah menggunakan hasil dari perniagaannya untuk menyara murid-muridnya.
Bagi kami, anak-anak buahnya, pakcik saya menyediakan peluang2 pekerjaan, terutama untuk adik-adik dan sepupu saya yang baru menamatkan pengajian. Bukankah satu wasilah yang amat baik bagi mendorong anak-anak muda (terutama anak buah) menjalankan kerja berfaedah dengan menyediakan peluang2 ini. Maka tak adalah anak-anak buahnya yang berpeleseran sebab tak ada benda yang boleh dibuat.
5. Jujur dalam menjalankan perniagaan
Walaupun zaman sekarang, kata orang “Siapa lebih licik, dia akan cepat berjaya” tapi kita perlu ingat, Allah menggunakan hukum yang sama sepertimana yang diturunkan kepada Nabi kita. Berjaya di dunia bukan cermin kejayaan di akhirat, namun ia bukan juga sebaliknya. Menurut satu hadis (maaf, lupa perawinya), Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa “Kesengsaraan yang paling perit ialah susah di dunia dan susah di akhirat”.
Untuk berjaya, banyak jalan mudah, tapi kemudahan yang tidak berlandaskan syariat tidak membawa makna apa-apa. Berniaga bukan semata-mata untuk wang, atau kerana minat, tapi menjalankan urusan di bawah undang2 yang telah ditetapkan oleh Allah.
Apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? padahal kenikmatan hidup di dunia ini dibandingkan dengan kehidupan di akhirat hanyalah sedikit (Surah at-Taubah : 28)
6. Jauhi sifat dengki
Sifat dengki telah menyebabkan iblis dilaknat Allah, kerana dengkinya terhadap Nabi Adam. Disebabkan perasaan dengki dan iri ini iblis telah berusaha menggoda Nabi Adan dan Hawa sehingga mereka berdua dicampak keluar dari syurga. Usaha mereka berterusan menggoda anak-anak Adam agar masuk neraka bersama mereka.
Perniagaan pakcik saya adalah yang biasa-biasa, dan ramai pengusaha lain yang membuat benda yang sama. Namun pakcik saya berusaha keras untuk memajukan bisnesnya, dan tidak pernah mengaitkan dengan pengusaha lain. Malah menjadikan kejayaan orang lain sebagai motivasi baginya untuk terus berjaya.
Bagi saya ahli perniagaan yang berjaya bukanlah orang yang paling kaya, tapi orang yang paling berbakti kepada masyarakat sekelilingnya, dan berbakti kepada agamanya. Apa guna kalau berjaya dan kaya tapi kedekut, atau tamak dan menjalankan kegiatan perniagaan secara monopoli. Sebaik-baik manusia ialah yang memberi manfaat kepada orang lain (maksud hadis).
Marilah kita sama-sama mendoakan ahli-ahli perniagaan ini tidak akan kelabu mata dengan kejayaan yang sedikit di dunia ini. Sama-sama kita bersaing secara sihat (win-win) agar semua dapat membina empayar masing-masing dan menakluk kembali dunia.
Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berjuang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh (Surah as-Shaff : 4)
Semoga kita semua akan jadi ahli perniagaan yang berjaya
---
Indahkan kalau kita berniaga dengan niat dan cara yg betul. Pasti banyak halangannya tapi ia tidak mustahil. Allah pasti melimpah luahkan rezeki kita, insyaAllah.
Terima kasih pada lyna dr www.mysuperkids.net kerana sudi berkongsi info berguna ini.
- Posted using BlogPress
Shaklee Shop: Shaklee November Special Promotion: "Trial Pack set A (free delivery) 30's Multivitamin, 30's B complex & 30's Vitamin C Offer RM75 sahaja Asal RM80 Trial Pack set B1(free deli..."
Kalau kita seorang perfectionist, penatlah kalau ada anak yg masih kecil. Serba serbi nak sempurna. Mujurlah saya tidak begitu, mak saya ya. Hehe.. Bila dah beranak kecil, kita kena belajar meletakkan mana keutamaan. Bagi saya, yg plg penting keselamatan, keselesaan dan kegembiraan anak. Maksudnya walaupun rumah tak kemas or cantik mana, paling mustahak,
1.adakah selamat untuk anak2?
-boleh bermain tanpa pengawasan, tak ada wayar berserabut, xada mainan,tisu,kertas yg boleh tertelan dan etc.
2.adakah selesa?
-cukuplah sekadar boleh duduk atau baring. Xada makanan tertumpah yang tidak dilap yang mengundang semut.( saya malas nk lap tiap2 hari satu rumah,walaupun itu yg terbaik sebab saya tak serajin tu.
3.adakah semua org gembira?
-bila saya xpenat bekerja,emosi saya pn alhamdulillah ok. Saya boleh bersama-sama belajar dan main dgn anak saya. Ini membuatkan anak2 saya turut gembira kerana ibu sentiasa ada bersama.
Tak percaya dgn tips saya? Bacalah di bawah ini, panduan dari babycenter. Tak salah menurunkan level kekemasan rumah tu sekali sekala.
When you get to the point that the mess in your home is causing you stress, remember these three powerful words: Lower your standards. It's hard to keep up with the cleaning, laundry, and organization the way you did pre-baby, especially once your little one is able to move about and scatter toys all day long.
To clear up some of the clutter and make yourself feel better, consider focusing on specific, attainable goals. Take care of necessities first and then move on to more complex tasks. Organize your home in ways that will make your daily life easier — perhaps by keeping your baby's diapering supplies or toys in one place. If possible, splurge on some help from a housekeeping service for a one-time overhaul to get back on track. Then make a plan of action — with your partner — to keep future messes to a minimum.
It also helps to talk about your frustrations with other parents. They're likely to sympathize and may be able to share helpful hints.
- Posted using BlogPress from my iPhone
Shaklee Shop: Bagaimana merawat ekzema: "Ekzema bukanlah satu perkataan yang asing terutama bagi ibu-ibu yang mempunyai anak yang mempunyai masalah kesihatan ini. Ekzema dikatakan p..."
Shaklee Shop: Fully breastfeed tapi anak tetap jatuh sakit?: "Fakta 1: Susu ibu mengandungi lebih daripada 300 nutrien yang sebahagiannya masih belum dapat dikenalpasti oleh para saintis. Fakta 2: Susu..."
Shaklee Shop: Vitamin untuk meningkatkan kesuburan: "Zuriat merupakan anugerah yg terindah untuk pasangan yg berumahtangga. Namun, kegagalan mendapatkan zuriat merupakan isu serius bagi seseten..."