Kita bernasib baik hari kita sampai di Seoul dapat check in awal pagi di apartment kita di Gongdeok sebab tak ada orang sehari sebelum kita sampai. Jadi lepas dah settle check in, berehat dan breakfast, kita keluar balik lepas solat Zohor. Destinasi pertama adalah Namsam Tower atau Seoul Tower. InsyaAllah kalau berkesempatan plannya nak jalan-jalan di Myengdong juga lepas tu.
Menunggu bas pun sempat berposing. |
Asal ada chance ja tidur. Iris sempat terlelap di sebelah helmeoni (nenek) yang tolong kita. |
Tiba-tiba, ibu terlupa semua tu ( padahal siap dah tulis dalam noted di phone) dan ibu ingat bas 463 ni akan berhenti berdekatan Namsam Orumi, iaitu escalator untuk ke cabel car yang naik ke Namsam Tower. Plan asal kita memang nak naik cabel car pun. Jadi, ibu bagitau abah jangan turun lagi. Kami pula duduk asing-asing jadi sepanjang perjalanan tu tak discuss pun. Cuma bagi hand signal ja.
Bila dah terlepas stesen Myeongdong tu, baru abah beritahu bas ni tak berhenti berdekatan Namsam Tower pun. Cesss.. Kita cepat-cepat turun di next stesen, tah kat mana2 tah. Blur nak buat apa sebenarnya. Cuba check board yang ada di stesen bus tu dan jumpa number shuttle bus yang lalu situ untuk naik ke Namsan Tower. Alhamdulilah nasib baik ada. Rupanya shuttle bus ni terus naik ke Namsan Hill tu. Tak perlu lagi naik cabel car. Save budget. Cuma kena hiking dalam 200 meter gitulah.
Bus stand di Seoul ni rupa Ta Yo the bus, cute kan. |
Layanlah gambar di Namsam Tower ni. Masa ni sejuk gila la. Abah dan Iman paling tak tahan tapi Iman berkeras tak nak pakai jaket dan glove. So abah terpaksa peluk dan hangatkan tangan Iman.
Iklan gigi oren |
Walaupun sejuk beku, Iman maitain cute. |
Pemandangan sangat cantik. Gambar-gambar ni tak dapat nak capture kecantikan sebenar kawasan itu. So, korang yang plan nak ke Seoul, Namsan Tower is a must terutama musim sejuk, luruh dan bunga.
Namsan Tower |
Big Heart |
Subhanallah, sangat cantik ok. |
One Frezzing Family |
Kita tak boleh nak lepak lama-lama sangat sebab abah dah sejuk beku atas tu. Banyak gambar dari camera ibu ja ni. So lepas ambil2 gambar, kita turun bukit sikit dan tunggu shuttle bus untuk ke Myeongdong stesen balik.
Kunci cinta sampai mati ko ! |
Cantikkan..daun-daun tengah meng'OREN' dan meng'GOLDEN'. |
Nak jadi cerita, kita pi tunggu bas di bus stand yang sama untuk balik ke Gongdeok. Ni la akibatnya bila lama tak naik transport awam. Sepatutnya kalau nak patah balik kena ambil bas dari arah bertentangankan. Kita naik salah arah bas. Bila naik bas ibu tak boleh rehat, mata dok baca ja board yang tulis nama setiap stesen. Abah, Nazhan, Iman dan Iris syok ja tidur. Sekali lagi kami tak dapat duduk sama2 so no discussion semasa travel dalam bas. Huhu..
Route bus terpanjang yang menusuk kalbu |
Dari petang sampai ke malam, barulah ibu suspect kita salah arah. Sebab dari awal Iman pegang phone. Bila check google map, bas kita gerak ke arah bertentang dan makin jauh dari Gongdeok. Terus pi tanya driver bus dan dia soh turun la-la tu juga. Huhuuhu...
Dapat juga layan night view in Seoul kann |
Masa tu dah malam. Sejuk Ya Rabbi. Nak naik teksi tapi duit won tak banyak so kena juga naik bas balik. Akhirnya bas sampai juga tapi padat nak mampus. Ya la, time orang balik kerja kot dan bas tu adalah bas yang route terpanjang. Jadi kenalah berdiri dan bersesak sampai dah nak dekat baru dapat tempat duduk.
Pantang duduk, lena depa ni. Time ni la Nazhan hilang speck bila lena dan terjatuh dari seat. |
Walaupun pengalaman penuh thriller macam tu, anak-anak masih prefer naik bus berbanding subway. Mungkin perasaan thriller tu tak sampai pada diorang. Naik bas dapat tempat duduk, boleh lenakan. Naik subway kena jalan banyak sikit dalam stesen tu. Kami yang mak pak memang trauma dah naik bas. Hahahaha !!! Ok, esok kita naik subway ja ya. Tobat.
Untuk tahu shuttle bus ke Namsam Tower berdekatan dengan stesen subway atau laluan korang, check di link ni.
Ida Khairani
www.idakhairani.com
www.mysupervitamins.com
www.sarawakauthentc.blogspot.com