Day 1 : Jalan ke Namsam Tower dan Berakhir dengan Tragedi Sukar Dilupakan

Day 1 di Seoul, Korea.

Kita bernasib baik hari kita sampai di Seoul dapat check in awal pagi di apartment kita di Gongdeok sebab tak ada orang sehari sebelum kita sampai. Jadi lepas dah settle check in, berehat dan breakfast, kita keluar balik lepas solat Zohor. Destinasi pertama adalah Namsam Tower atau Seoul Tower. InsyaAllah kalau berkesempatan plannya nak jalan-jalan di Myengdong juga lepas tu.

Menunggu bas pun sempat berposing.

Walaupun dah study perjalanan guna subway sejak di Malaysia melalui apps Korea Subway dan blog review , hari itu entah kenapa gatal nak guna bas bukan subway. Menonong cari bus stand dan belajar cara nak ke Seoul Tower dari orang tempatan, seorang helmeoni yang baik hati. Bas nomber 463 yang kita naik dari Gongdeok tu lalu di Myeongdong bus station dan ada shutter bus ke Seoul Tower sebenarnya.

Seoul Trip
Asal ada chance ja tidur. Iris sempat terlelap di sebelah helmeoni (nenek) yang tolong kita.


Tiba-tiba, ibu terlupa semua tu ( padahal siap dah tulis dalam noted di phone) dan ibu ingat bas 463 ni akan berhenti berdekatan Namsam Orumi, iaitu escalator untuk ke cabel car yang naik ke Namsam Tower. Plan asal kita memang nak naik cabel car pun. Jadi, ibu bagitau abah jangan turun lagi. Kami pula duduk asing-asing jadi sepanjang perjalanan tu tak discuss pun. Cuma bagi hand signal ja.

Bila dah terlepas stesen Myeongdong tu, baru abah beritahu bas ni tak berhenti berdekatan Namsam Tower pun. Cesss.. Kita cepat-cepat turun di next stesen, tah kat mana2 tah. Blur nak buat apa sebenarnya. Cuba check board yang ada di stesen bus tu dan jumpa number shuttle bus yang lalu situ untuk naik ke Namsan Tower. Alhamdulilah nasib baik ada. Rupanya shuttle bus ni terus naik ke Namsan Hill tu. Tak perlu lagi naik cabel car. Save budget. Cuma kena hiking dalam 200 meter gitulah.

Bus stand di Seoul ni rupa Ta Yo the bus, cute kan.

Layanlah gambar di Namsam Tower ni. Masa ni sejuk gila la. Abah dan Iman paling tak tahan tapi Iman berkeras tak nak pakai jaket dan glove. So abah terpaksa peluk dan hangatkan tangan Iman.

Iklan gigi oren

Walaupun sejuk beku, Iman maitain cute.

Pemandangan sangat cantik. Gambar-gambar ni tak dapat nak capture kecantikan sebenar kawasan itu. So, korang yang plan nak ke Seoul, Namsan Tower is a must terutama musim sejuk, luruh dan bunga.

Namsan Tower

Big Heart

Subhanallah, sangat cantik ok.



One Frezzing Family

Kita tak boleh nak lepak lama-lama sangat sebab abah dah sejuk beku atas tu. Banyak gambar dari camera ibu ja ni. So lepas ambil2 gambar, kita turun bukit sikit dan tunggu shuttle bus untuk ke Myeongdong stesen balik.

Kunci cinta sampai mati ko !
Cantikkan..daun-daun tengah meng'OREN' dan meng'GOLDEN'.

Sepatutnya dari Myeongdang tu, kita ambil ja subway balik tapi abah ajak tukar duit dulu di situ. Plan nak jalan2 di Myeongdong pun kena cancel sebab keadaan terlampau sejuk. Money Changer tak jumpa.. Dah nasibkan..Padahal ada ja dekat opposite way tu tapi kita yang cari kat arah lain.

Nak jadi cerita, kita pi tunggu bas di bus stand yang sama untuk balik ke Gongdeok. Ni la akibatnya bila lama tak naik transport awam. Sepatutnya kalau nak patah balik kena ambil bas dari arah bertentangankan. Kita naik salah arah bas. Bila naik bas ibu tak boleh rehat, mata dok baca ja board yang tulis nama setiap stesen. Abah, Nazhan, Iman dan Iris syok ja tidur. Sekali lagi kami tak dapat duduk sama2 so no discussion semasa travel dalam bas. Huhu..

Route bus terpanjang yang menusuk kalbu

Dari petang sampai ke malam, barulah ibu suspect kita salah arah. Sebab dari awal Iman pegang phone. Bila check google map, bas kita gerak ke arah bertentang dan makin jauh dari Gongdeok. Terus pi tanya driver bus dan dia soh turun la-la tu juga. Huhuuhu...
Dapat juga layan night view in Seoul kann

Masa tu dah malam. Sejuk Ya Rabbi. Nak naik teksi tapi duit won tak banyak so kena juga naik bas balik. Akhirnya bas sampai juga tapi padat nak mampus. Ya la, time orang balik kerja kot dan bas tu adalah bas yang route terpanjang. Jadi kenalah berdiri dan bersesak sampai dah nak dekat baru dapat tempat duduk.

Pantang duduk, lena depa ni. Time ni la Nazhan hilang speck bila lena dan terjatuh dari seat.

Walaupun pengalaman penuh thriller macam tu, anak-anak masih prefer naik bus berbanding subway. Mungkin perasaan thriller tu tak sampai pada diorang. Naik bas dapat tempat duduk, boleh lenakan. Naik subway kena jalan banyak sikit dalam stesen tu. Kami yang mak pak memang trauma dah naik bas. Hahahaha !!! Ok, esok kita naik subway ja ya. Tobat.

Untuk tahu shuttle bus ke Namsam Tower berdekatan dengan stesen subway atau laluan korang, check di link ni.


Ida Khairani
www.idakhairani.com
www.mysupervitamins.com
www.sarawakauthentc.blogspot.com

2 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamualaikum wr wb
      bismillahirrahamaninrahim..
      saya sangat gembira kerana dapat menulis
      dan kongsi dengan rakan melalui tempat ini,
      Sebelum ini, saya seorang ahli perniagaan dalam sektor hartanah isi rumah
      dan mencapai kejayaan yang luar biasa, saya sudah mempunyai kereta, rumah dan kemudahan lain,
      tapi namanya ujian, saya sangat percaya pada semua orang,
      sehingga satu hari saya ditipu oleh kawan saya sendiri dan membawa semua yang saya ada,
      akhirnya saya berhutang kepada pelanggan saya sejumlah RM140,000 dan di bank sejumlah RM178,000
      Saya sudah stress dan hampir membunuh diri. 3 anak saya masih bersekolah menengah rendah/menengah dan juga pelajar, tetapi suami saya pergi ke mana-mana dan meninggalkan saya dan anak-anaknya di tengah-tengah bil hutang yang bertimbun,
      demi untuk makan setiap hari saya terpaksa menjual nasi bungkus dan kuih muih,
      Di tengah-tengah crush ekonomi seperti ini saya bertemu seorang kawan
      dan memberitahunya, alhamdulillah dia memberi nasihat kepada saya.
      dia pernah cakap dia pun macam aku lepas masuk Program Pengeluaran Wang Ajaib Halal hidupnya kembali berjaya,
      Pada mulanya saya ragu dan tidak percaya tetapi selama satu hari saya berfikir
      dan lihat hasilnya serta-merta, `
      Saya akhirnya turut serta, dengan segala arahan Kyai Rahmat Sanjaya saya ikut dan hanya 1 hari astagfirullahallazim,
      alhamdulillah demi allh,
      akhirnya RM600,000 yang saya minta benar-benar di tangan saya,
      semua hutang saya lunasi dan selebihnya adalah untuk modal perniagaan,
      kini saya kembali berjaya terima kasih Kyai Rahmat Sanjaya Saya tidak akan melupakan jasa tuan.
      kalau kawan-kawan berminat, serius dan percaya, insyaAllah.
      Saya telah membuktikannya kerana Allah, sila hubungi WhatsApp nombor +6282240168483 layari laman website di http://wangajaibhalal.xtgem.com

      Delete

Terima kasih. Komen anda dihargai.