Resepi Choc Chip Muffin Yummy

RESEPI CHOC CHIP MUFFIN

BAHAN-BAHAN

250 gram tepung gandum 
2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
2 -3 sudu besar serbuk koko 
175 gram gula kastor
150 gram choc chip
250 ml susu segar @ susu cair
90 ml butter yg dicairkan 
1 biji telur bersaiz A
1 sudu teh esen vanila

CARA-CARA

1. Ayak tepung, baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko. Masukkan kedalam bekas.

2. Masukkan juga gula ke dalam adunan tadi. Ketepikan.I 

3. Pecahkan telur di dlm mangkuk kecil yg lain dan pukul sekejap hanya sekadar bercampur kuning telur dan putih telur. Ketepikan.

4. Masukkan susu cair ke dalam bekas tepung secara sedikit demi sedikit sambil digaul rata (menggunakan senduk kayu).

5. Masukkan teur, butter cair @ minyak dan esen vanila. Gaul lagi.

6. Masukkan pula chip coklat @ choc rice sambil di gaul sederhana.

7. Panaskan oven dengan kepanasan 160 darjah selama 10 minit terlebih dahulu.

8. Masukkan bacuhan ke dalam cawan muffin 3/4 penuh 

9. Taburkan sedikit choc chip di atasnya sebagai hiasan. Tak letak pon tak pe, sebab di dalam adunan pon dah ada terlalu banyak chips.

10. Bakar selama 20 minit.



Resepi ni dari facebook. Saya lupa sumbernya. Kalau jumpa, saya akan edit dan credit balik.

Choc cihip saya guna hanya 50g sebab tu tak meroah sangat. Semua selindung dalam muffin lagi. :D

Ida Khairani


3 Tip Menarik Rezeki

3 Tip untuk menarik rezeki dan melipat gandakan rezeki sedia ada adalah dengan bersedekah, berdoa dan solat sunat Dhuha.

1. Bersedekah.

Allah dah janji pun kalau kita beri 1, Allah ganti dengan 10. In fact yang kita nak bagi 1 tu pun, hakikatnya hak dan pinjaman Allah. Jadi janganlah berkira sangat.

Kadang-kadang kita leka dengan kesenangan Allah bagi dan lupa untuk beri balik bahagian orang lain. Kita rasa kita yang usaha kenapa nak sedekah kat orang pula. Tahu tak, kalau Allah tak izinkan usaha macam mana pun, tetap tak berhasil. Kita ni sedang diuji ja sebenarnya.

Jadi jangan gagal dan lalai dalam ujian Allah ni. Jangan riak dan alpa. Sedekah akan memastikan rezeki yang kita dapat berkat, tak timbul rasa riak dan terus bertambah rezekinya. 

Even dalam keadaan kita sesak pun, sedekah mampu meluaskan rezeki kita. Malah, sedekah yang kita beri pada waktu kita susah sangat tu Allah paling suka.


2. Banyakkan berdoa

Berdoa ni meletakkan sepenuhnya pada Allah, mendekatkan diri kita dengan Allah dan menjauhi diri kita dari alpa. Hakikatnya kita hanya hamba Allah walau kaya mana pun kita di dunia.

Berdoa juga bantu kita fokus dan letakkan energi @ tenaga pada usaha yang kita nak buat lepas tu. Fokus sangat penting dalam menentukan kejayaan usaha kita.

Kalau tak berdoa, tak fokus, tak ada niat yang betul, high chances usaha kita akan gagal, sia-sia, susah dan payah betul nak berjaya. Dikhuatiri juga jika berjaya pun ia akan datangkan riak dan lupa pada bantuan Allah.

Jadi sentiasalah berdoa pada yang Maha Memberi kerana Allah adalah sebaik baik penolong. Jangan berhenti berdoa. Allah suka dengar hambaNya memohon dan merayu padaNya.

3. Solat sunat Dhuha

Solat sunat dhuha adalah usaha kecil kita untuk menarik rezeki. Allah suka solat sunat ni.

Ramai orang yang berjaya hadapi kesusahan dan cipta kejayaan tidak meninggalkan sunat Dhuha, 2-4 rakaat.

Doa Dhuha yang sangat menusuk kalbu boleh kita amalkan

" Sesungguhnya waktu Dhuha ini waktu DhuhaMu,
Kecantikan itu kecantikanMu,
Keindahakan itu keindahahanMu,
Kekuatan itu kekuatanMu,
Kekuasaan itu kekuasaanMu,
Dan Perlindungan itu PerlindunganMu.

Ya Allah jika rezekiku masih di langit, Engkau turunkanlah,
Jika di dalam bumi, keluarkanlah,
Jika sukar, permudahkanlah,
Jika haram, sucikanlah,
Jika jauh, dekatkanlah.

Berkat waktu Dhuha, kecantikan , keindahan, kekuatan dan perlidunganMu,
Limpahkanlah kepada kami,
Apa yang Engkau limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."



Semua amalan ini patut kita amalkan masa susah atau senang, miskin atau kaya. Tak percaya cubalah bersedekah hari ni seikhlas mungkin dan jadikan rutin dan top up dengan Dhuha dan jangan lupa berdoa. InsyaAllah kita akan berjaya menarik rezeki dan rezeki yang diperolehi diberkati Allah.


By,
Ida khairani

Dari Pamukkale ke Cappadocia, Turki

Perjalanan dari Pamukkale ke Cappadocia boleh tahan lamanya. Seharianlah juga. Maybe dalam 12 jam perjalanan. Tak ingat sudah tapi alah bisa tegal biasa. Since akan berhenti setiap 2 jam tak kematu la punggung. Tidur? Tak dapat kecuali kalau Iman tidur bolehlah terlelap kejap.

Subhanllah.. Suka suka.. Cantik sangat !
Nuh Iman territory

Perjalanan kami yang jauh sangat berbaloi sebab sepanjang perjalanan subhanallah pemandangan sangat indah dan kami masuk juga pekan-pekan kecil sepanjang perjalanan tu.

Tanaman bunga dikawal sebab boleh dibuat ubat atau dadah

Bunga-bungan close up


Ini yang boleh dibuat ubat (dadah)
Entry ni saya pos banyak gambar ja. Kami hanya stop di hentian rehat untuk makan.

Makanan sangat menjilat jari!

Ayam dan tomato bakar, nasi, ubi, carrot dan roti pita.. !
Ada pizza arini !


Pencuci mulut tapi kami makan awal.. Putih tu turkish delight

Ada taman mainan untuk anak-anak release kepenatan traveling

Kami juga ziarah masjid, muzium dan makam Maulana Celaleddin-i-Rumi yang menjadi pusat dan orang penting dalam penyebaran Islam suatu masa dahulu. Penduduk sekitar sini adalah yang masih kuat Islamnya insyaAllah berbanding kawasan Turki lain.



Tasbih yang sangat besar kepunyaan Maulana


Kambing biri-biri

Masjid yang jadi pusat penyebaran Islam di Konya

Pekan Dinar ..kalau tak salah
Walaupun perjalanan ambil masa berbelas jam, tapi ibu sangat suka. Tak rasa penat sangat sebab kenderaan yang selesa dan pemandangan yang sangat indah sepanjang jalan. Ada kemampuan dan masa silalah explore Turki ok.

By,
Ida Khairani