3 Tip Menarik Rezeki

3 Tip untuk menarik rezeki dan melipat gandakan rezeki sedia ada adalah dengan bersedekah, berdoa dan solat sunat Dhuha.

1. Bersedekah.

Allah dah janji pun kalau kita beri 1, Allah ganti dengan 10. In fact yang kita nak bagi 1 tu pun, hakikatnya hak dan pinjaman Allah. Jadi janganlah berkira sangat.

Kadang-kadang kita leka dengan kesenangan Allah bagi dan lupa untuk beri balik bahagian orang lain. Kita rasa kita yang usaha kenapa nak sedekah kat orang pula. Tahu tak, kalau Allah tak izinkan usaha macam mana pun, tetap tak berhasil. Kita ni sedang diuji ja sebenarnya.

Jadi jangan gagal dan lalai dalam ujian Allah ni. Jangan riak dan alpa. Sedekah akan memastikan rezeki yang kita dapat berkat, tak timbul rasa riak dan terus bertambah rezekinya. 

Even dalam keadaan kita sesak pun, sedekah mampu meluaskan rezeki kita. Malah, sedekah yang kita beri pada waktu kita susah sangat tu Allah paling suka.


2. Banyakkan berdoa

Berdoa ni meletakkan sepenuhnya pada Allah, mendekatkan diri kita dengan Allah dan menjauhi diri kita dari alpa. Hakikatnya kita hanya hamba Allah walau kaya mana pun kita di dunia.

Berdoa juga bantu kita fokus dan letakkan energi @ tenaga pada usaha yang kita nak buat lepas tu. Fokus sangat penting dalam menentukan kejayaan usaha kita.

Kalau tak berdoa, tak fokus, tak ada niat yang betul, high chances usaha kita akan gagal, sia-sia, susah dan payah betul nak berjaya. Dikhuatiri juga jika berjaya pun ia akan datangkan riak dan lupa pada bantuan Allah.

Jadi sentiasalah berdoa pada yang Maha Memberi kerana Allah adalah sebaik baik penolong. Jangan berhenti berdoa. Allah suka dengar hambaNya memohon dan merayu padaNya.

3. Solat sunat Dhuha

Solat sunat dhuha adalah usaha kecil kita untuk menarik rezeki. Allah suka solat sunat ni.

Ramai orang yang berjaya hadapi kesusahan dan cipta kejayaan tidak meninggalkan sunat Dhuha, 2-4 rakaat.

Doa Dhuha yang sangat menusuk kalbu boleh kita amalkan

" Sesungguhnya waktu Dhuha ini waktu DhuhaMu,
Kecantikan itu kecantikanMu,
Keindahakan itu keindahahanMu,
Kekuatan itu kekuatanMu,
Kekuasaan itu kekuasaanMu,
Dan Perlindungan itu PerlindunganMu.

Ya Allah jika rezekiku masih di langit, Engkau turunkanlah,
Jika di dalam bumi, keluarkanlah,
Jika sukar, permudahkanlah,
Jika haram, sucikanlah,
Jika jauh, dekatkanlah.

Berkat waktu Dhuha, kecantikan , keindahan, kekuatan dan perlidunganMu,
Limpahkanlah kepada kami,
Apa yang Engkau limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."



Semua amalan ini patut kita amalkan masa susah atau senang, miskin atau kaya. Tak percaya cubalah bersedekah hari ni seikhlas mungkin dan jadikan rutin dan top up dengan Dhuha dan jangan lupa berdoa. InsyaAllah kita akan berjaya menarik rezeki dan rezeki yang diperolehi diberkati Allah.


By,
Ida khairani

No comments:

Post a Comment

Terima kasih. Komen anda dihargai.