3 Jenis Sup Ketam untuk Bantu Pulihkan Demam Denggi

Kalau tak denggi, tak merasalah sup ketam. Ya ka? First time buat resepi sup ketam time tu memang denggi tengah berleluasa. Stok nutriferon yang terkenal untuk kuatkan antibodi terutama time sakit dan denggi ni pulak terpaksa ibu jual pada orang yang lebih memerlukan. Jadi, kami makan sup ketam ja since masih sihat dan untuk precaution. Ketam pun tak pernah beli dan sup ketam pun tak pernah makan sebelum tu.
Ada 2-3 version resepi sup ketam ni. Tapi kalau betul-betul sakit, kadang bau pun dah buat nak muntah.


Baru-baru ni, mak mertua kena denggi dan ibu buat sup ketam macam resepi ketiga di bawah, ala chef gitu. Sekali dia tak lalu makan. MIL pesan soh buat kosong ja. Ha, ibu buat sekosong-kosongnya. Yang tu dia lalu makan & hirup supnya. Jadi, cubalah mana yang kena dengan tekak korang ya.


Resepi Sup Ketam Senang ! Ini yang mak mertua lalu makan masa kena denggi


- masak air sampai mendidih

- masukkan ketam

- tambah garam



Resepi ni saya buat bila saya nak cepat, lupa resepi dan tak sempat nak google2.



Resepi Sup Ketam Senang Ala Ida 

- masak air bersama kayu manis, cengkih dan bunga lawang

- masukkan ketam dan ubi kentang

- tambah garam, daun sup, daun bawang dan bawang goreng



Resepi Sup Ketam macam Chef



Bahan-bahan :


Ketam

Ubi Kentang

Minyak Jagung

4 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

Sedikit halia

5-10 biji lada putih

Daun sup

Bawang goreng


Cara-caranya:


1. Tumbuk dan tumis bawang merah, bawang putih, halia dan lada putih dengan minyak jagung.


resepi-sup-ketam1


2. Tambah air dan ubi kentang dan masak sampai kentang empuk.


resepi-sup-ketam2


3. Masukkan ketam dan renih dengan api perlahan.


resepi-sup-ketam3


4. Tambah garam.


resepi-sup-ketam4


5. Tutup api dan hias dengan daun sup dan bawang goreng.


resepi-sup-ketam5

6. Kalau ada daun saderi dan lobak merah, boleh tambah juga. Save time tak payah masak sayur dah. Haha !!.



Selamat Mencuba 3 Resepi Sup Ketam ni ya ! InsyaAllah sedap, mudah, sihat dan dapat membantu tambah platlet semasa demam denggi.



Ibu anak-anak syurga,

Rahsia Lebih Tenang

Dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak terurai kecuali menerima kehendak Allah.

Dalam hati manusia ada keganasan dan tidak hilang kecuali berjinak dengan Allah.

Dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak hilang kecuali seronok mengenali Allah.

Dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak tenang kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya.

Dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya, qada' dan qadarNya serta sentiasa  sabar sehingga menemuiNya.

Dalam hati manusia ada hajat dan tidak terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.



Tip until Jiwa Lebih Tenang dan Gembira



InsyaAllah, hanya dengan Allah kita perolehi ketenangan yang dicari.



Ibu anak-anak syurga,

Ida Khairani

Kenapa Mini Malaysia di Melaka Wajib Dilawati?

Di Melaka, banyak sangat tempat menarik untuk dilawati. Dulu masa study di MMU, ada juga jalan-jalan. Selepas 10 tahun, memang bertambah cantik dan maju Melaka ni. Taman Mini Malaysia dan bertambah dengan Mini Asean juga. Kali pertama pergi masa zaman kanak-kanak dulu. Ingat lagi dulu meraung tak rety turun tangga dari Rumah Panjang Sarawak.  Jadi kali ni, ibu pula bawa anak-anak ibu ke Taman Mini Malaysia, tengok skill mereka panjat dan turun tangga rumah panjang pula.


aktiviti-di-mini-malaysia8







Ini mesin taip di Rumah Perlis.. Oh..nostalgiakan kalau mak-mak kita pergi. Zaman ibu kecil-kecil dulu, sempat lagi mesin taip ni. Maklumlah tuk kerja cikgu. So ada juga dok menaip guna mesin taip di rumah.
aktiviti-di-mini-malaysia7





Haha ! Mari kita kopek nyiok cara lama. Ada lagi kot di kampung-kampung ni. Di kampung ibu dulu, memang ada. Sempat merasa zaman kanak-kanak yang nostalgia di Kampung Ulu Nor, Selama Perak. Dulu kecil-kecil, memang rajin ikut Cu  balik kampung masa belum sekolah lagi. Geng pun ramai kat kampung.

aktiviti-di-mini-malaysia6



Petting Zoo ni terletak dekat dengan Rumah Selangor. Kami beli tiket masuk Mini Malaysia guna kad Touch N Go jadi dapat percuma makanan dan dapat beri binatang makanan. Ada ayam, kambing dan arnab. Nazhan dan Iris suka gila dengan arnab. Ibu?? Sukaaa juga tapi penakut.. Hampeehh..



aktiviti-di-mini-malaysia5







Ada rumah yang ada jualan kuih muih dan kraf tangan. Macam rumah ni gerainya tak buka pula hari tu jadi Nazhan dan Irislah yang bergaya.

aktiviti-di-mini-malaysia4



Selain dari rumah, alat muzik tradional pun ditunjukkan juga.



aktiviti-di-mini-malaysia3



Ni gambar self timer.. Mula Nazhan tak nak join. Tempt duduk tu ibu yang sepatutnya duduk. Sekali laju ja dia datang duduk. Terpaksa ibu berdiri dan zasss kepala kena potong.

aktiviti-di-mini-malaysia2



Kami asah bakat seni juga dengan mencanting batik. Hasilnya memang cantik gila ! Nak beli ???





aktiviti-di-mini-malaysia9

Ni back ground rumah di Mini Malaysia yang cantik. Nazhan dan Iris sangat happy gila dengan hail batik kami.



aktiviti-di-mini-malaysia

Selain tu, ada pertunjukan kebudayaan juga.. Haa apa lagi.. Haruslah anak-anak join sekali.. Bila lagikan.. !!!



Akhir kata, Mini Malaysia memang tersangat best untuk dilawati. Banyak ilmu dan keseronokan menanti. Ada rumah yang cantik, kuih muih yang sedap, kereta kuda dan kraf tangan juga.



Ibu anak-anak syurga,

Ida Khairani.

Hotel Philea yang cantik dan ...

Throwback cuti-cuti Malaysia cuti sekolah yang lalu. Selepas dua minggu bertapa di rumah menunggu Nazhan pulih dari sunat dan confident nak pakai seluar, akhirnya kami ada peluang jalan-jalan lagi! Yeah! Kali ni ke Melaka dan stay di hotel yang sangat awesome iaitu Hotel Philea, Ayer Keroh Melaka.

hotel-philea-ibustory
Kami cuma follow abah yang ada kick off utk projek 2015. Jadi, kami pilih untuk join sama dan enjoy hotel yang best ni. Hotel Philea ni dekat ja dengan tol Ayer Keroh. Senang nak cari dan dekat dengan banyak tarikan pelancongan di Melaka.


Hotel Philea ni dekat dengan hutan dan bilik dari kayu, ala resort gitu. Kami sampai dalam pukul 2 dan ada masa sejam lebih lagi sebelum boleh check in. Jadi, kami pun habiskan masa di play room. Anak-anak ibu ja yang ada masa tu dan dapat main dengan puas. Jauh juga dari lobi ke play room ni jadi kami naik buggy car yang disediakan di lobi.

playroom-hotel-philea


Pakat jadi berlakon jadi anjing pulak sebab playhouse tu adalah sebuah dog house. Lawak anak2 ibu ni. Then ibu kata ibu tak suka anjing. Jadilah cat. Bestnya tempat ni sebab ibu xpayah nak kawal Nuh Iman. Safe and Freedom!


Pukul 3.30 petang puas dah bermain.. So kami menapak ke meeting room jumpa abah dan dapatlah check in.  Masa jalan tu nampak ada model dok buat photoshoot dengan baju pengantin. Iris boleh kata princess. Wahh.!! Kembang semankuklah model tu!


Bilik kami? Cantik dan selesa. Alhamdulillah.. Sukalah! Belanja gambar sikit.


bilik-philea-hotel


Kami dapat bilik tingkat 1. 1 rumah ni ada 4 bilik. Adalah beberapa jenis resort lagi. Sebiji rumah dengan private pool pun ada bolehlah bawa 1 big family suatu hari nanti! Katil dia tinggi, bahaya jugalah untuk Nuh Iman turun sendiri. Kena jaga-jaga juga.


bilik-philea-hotel-ibustory


Bilik mandi dan bath tub superb. Anak-anak memang suka! Hari ni kami tak turun swimming pool, mandi di bath tub ja. Si kecik pun bukan main seronok. Takdak takut punya..


bilik-air-philea-hotel


2nd day kami jenjalan area Melaka pulak!


Anak-anak ibu memang senang dan jenis bangun pagi. Nuh Iman tu selalunya Subuh-subuh dah bangun. Hari ni kita explore hotel lagi. Kita p mandi swimming pool pulak.. Hope tak straight sangatlah. Ada setengah hotel tak bagi pakai t-shirt masuk swimming pool. Hygenic issue :P Ibu masih tak rasa nak beli baju mandi 'muslimah' tu rasa masih fit ja so masih pakai baju jersey dah inner long sleeve untuk mandi.


Dulu-dulu ibu malas nak mandi swimming pool. Memikirkan safety anak-anak kena jugalah terjun mandi sekali. Kalau tidak asyik heart attack ja atau mata tak boleh nak lekang dari tengok diorang.


swimming pool-philea-hotel


Sekarang ni anak-anak dah confident dengan pelampung dan ibu pun lebih confident nak let go. Cantikkan swimming pool di Hotel Philea ni. Ada waterfall cantik! Enjoy sangat.. Lepas tu kami jalan-jalan ke Mini Malaysia yang terletak berdekatan.. Ibu sambung story di entry berikutnya pulak.


Ibu anak-anak syurga,

Ida Khairani

Pendarahan ketika hamil, tanda keguguran atau normal?

Baru-baru ni, ada sahabat saya menceritakan bagaimana doktor mengatakan bahawa kenalannya keguguran selepas berlaku pendarahan. Selepas pendarahan berlaku, doktor mengesahkannya keguguran dan ingin melakukan D&C. Jika ini berlaku, cuba dapatkan pandangan beberapa doktor dan scan sebelum operasi D&C dilakukan. Ia mungkin hanya spotting iaitu pendarahan ringan dari faraj dan kemungkinan bukan petanda keguguran.



Spotting serupa dengan haid, tetapi ringan sedikit. Warna darahnya pula berbeza, dari merah hingga ke coklat.

Normal bagi kita merasa bimbang jika ternampak ada pendarahan berlaku. Sebenarnya, satu perempat daripada wanita hamil mengalami pendarahan dalam trimester pertama, terutama minggu awal-awal kehamilan.

Pendarahan ketika hamil mungkin kerana IVF


Selalunya jika kita mendapatkan rawatan untuk hamil seperti IVF, lebih dari 1 embrio mungkin diletakkan ke dalam rahim dan dan kedua-duanya mungkin lekat, tetapi salah satu daripadanya tidak kekal. Ini dipanggil kembar yang hilang, dan ia boleh menyebabkan pendarahan.

Namun kadangkala pendarahan juga boleh menjadi tanda bagi keadaan yang lebih serius seperti keguguran. Sebab itulah lebih baik cuba mendapatkan pemeriksaan doktor.

Pendarahan ketika hamil yang tidak merbahaya


Dalam fasa awal kehamilan, pendarahan ringan biasanya tidak membahayakan. Biasanya berlaku sama waktu datang haid dan bleeding selama beberapa hari. Kita akan perasan semasa membuang air kecil.

Pendahan ini kemungkinan bersar disebabkan

  • Hormon yang mengawal kitaran haid anda mencetuskan pendarahan apabila sampai waktu kita sepatutnya datang haid. Ini dipanggil pendarahan "penebusan" (breakthrough). Kebanyakkannya berwarna coklat atau merah jambu dan berlaku selama  1-3 hari sahaja.


  • Apabila telur yang telah disenyawakan melekat pada lapisan uterus , boleh juga menyebabkan pendarahan. Ini dipanggil pendarahan implantasi.

Sebab lain yang menjadi punca pendarahan ketika hamil



  • Hormon kehamilan boleh mengubah permukaan serviks membuatkan ia cenderung untuk berdarah. Contohnya, ia mungkin berdarah sedikit selepas hubungan seks.

  • Fibroid ialah ketumbuhan pada dinding rahim dan fabroid bukannya kanser. Kadang-kala plasenta melekat di mana terdapatnya fibroid.

  • Mungkin terdapat ketumbuhan kecil pada serviks. Ini dipanggil polip serviks (cervical polyp) dan ia tidak membahayakan.

  • Jangkitan serviks atau jangkitan faraj.

  • Penyakit keturunan seperti penyakit Von Willebrand yang membuatkan darah anda sukar membeku.

Pendarahan ketika hamil yang merupakan tanda keguguran !


Apabila pendarahan berlaku dan disertai dengan sakit perutdan kejang, kemungkinan keguguran berlaku atau kehamilan ektopik.

Keguguran

Keguguran pada awal kehamilan biasanya berlaku apabila bayi tidak berkembang dengan betul. Pendarahan ketika hamil beransur-ansur menjadi banyak. Keguguran memang menyedihkan, tetapi malangnya, ia sangat biasa berlaku.

Pendarahan akibat keguguran ini boleh berlaku pada bila-bila masa sepanjang 12 minggu pertama kehamilan. Ramai yang tidak menyangka tisu seperti daging keluar dari faraj, sebenarnya adalah janin dari dalam rahim yang telah keluar tanpa disedari.

Kebanyakkan keguguran di awal kehamilan adalah  tidak dapat dielakkan. Ia adalah cara semulajadi untuk tubuh mengelakkan kehamilan janin yang cacat.

Namun, jika pendarahan hanya minor masih ada harapan. Ada masanya proses ini dapat dihentikan dan kehamilan dapat diteruskan.

Kehamilan Ektopik

Kehamilan ektopik pula berlaku apabila telur yang disenyawakan melekat pada bahagian luar uterus. Jika anda mengalami kehamilan ektopik, pendarahan mungkin berlaku tanpa henti dan darahnya berwarna gelap dan cair seperti jus prun. Kehamilan ektopik boleh membuatkan anda sakit teruk, oleh itu ia perlu ditamatkan segera.

Kehamilan tidak berlaku di rahim sebaliknya ia berlaku pada salur fallopian, yang mungkin akan pecah dan boleh membahayakan nyawa.

Kehamilan molar

Punca pendarahan yang lebih jarang berlaku ialah kehamilan molar. Ia menjejaskan kira-kira satu dalam 700 kehamilan. Kehamilan molar berlaku apabila embrio tidak membesar dengan betul tetapi sesetengah sel yang membentuk plasenta terus membesar secara abnormal. Kehamilan molar perlu digugurkan dengan segera.

Jatuh atau dipukul

Kemungkinan juga pukulan kepada perut, contohnya jika anda terjatuh, menyebabkan pendarahan.

Pendarahan ketika hamil di trimester kedua dan ketiga


Selain itu perpisahan uri dari dinding dalam rahem (Placental Abruption) juga boleh menyebabkan pendarahan ketika hamil. Ia selalunya berlaku pada semester kedua atau ketiga dalam tempuh kehamilan dan selalunya disertai dengan rasa sakit perut.

Uri pada kedudukan bawah rahim atau “Placenta Previa” yang menutupi sebahagian dari lubang pangkal rahim juga boleh menyebabkan pendarahan pada semester kedua dan ketiga kehamilan.

Apa nak buat bila pendarahan ketika hamil berlaku?


Hubungi doktor atau hospital , walaupun sekiranya pendarahan itu akhirnya berhenti sendiri. Perlu pergi ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Doktor akan memeriksa bahagian dalam faraj, atau dia mungkin menasihatkan supaya membuat imbasan ultrasound. Imbasan boleh mengetepikan kehamilan di luar rahim dan memeriksa keadaan bayi.

Doktor mungkin mahu membuat beberapa ujian rutin. Darah dan air kencing anda mungkin diuji untuk melihat tahap hormon kehamilan anda. Ujian untuk memeriksa kumpulan darah dan status resus anda juga mungkin akan dijalankan.

Adakah bayi saya akan selamat?


Kemungkinan besar bayi anda dalam keadaan selamat kerana pendarahan ringan biasanya tidak membahayakan. Ramai wanita yang mengalami pendarahan pada awal kehamilan dapat meneruskan kehamilan dengan sihat.

Jika pendarahan itu menandakan keguguran, anda akan turut mengalami kekejangan perut, dan pendarahan itu biasanya akan menjadi lebih teruk. Pendarahan ringan atau spotting biasanya berhenti sendiri. Dianggarkan kira-kira separuh daripada wanita hamil yang mendapatkan bantuan perubatan kerana pendarahan awal dapat meneruskan kehamilan mereka.

Jika anda mengalami spotting atau pendarahan semasa hamil, bincanglah dengan doktor anda, walaupun jika pendarahan itu berhenti. Ini untuk memastikan tiada simptom-simptom lain yang mungkin menunjukkan sebarang masalah.

Cuba berfikir dengan positif. Spotting atau pendarahan ringan biasanya membahayakan yang boleh anda lupakan sahaja.



Ibu anak-anak syurga,

Ida Khairani

013 488 2382

Tip Nak Berjaya Dengan Shaklee Tahun 2015

Assalamualaikum. Selamat Tahun Baru 2015! Hari kedua di tahun baru, saya hadirkan diri untuk menimba ilmu bukan sahaja untuk refresh diri sendiri malah kutip ilmu untuk disampaikan buat anak-anak didik saya, di bawah Shaklee Extraordinary Team. Nak berjaya dalam Shaklee, haruslah tak jemu belajar dan amalkan. Hari ni saya dapat jumpa dengan Master Cery iaitu 'nenek' Shaklee saya dalam keluarga Jutawan Shaklee ni dan kukuhkan ilmu dan tip untuk terus berjaya dalam Shaklee terutama tahun 2015 ni !
Master Cery pelopor Jutawan Shaklee bersama bakal Master Ida Khairani

Macam mana nak berjaya dalam bisnes Shaklee yang tak susah dan tak senang ni? Sebenarnya kalau kita FOKUS dan follow rapat-rapat apa yang mentor pesan, tempoh bersusah-susah tu kita yang tentukan sendiri..1 atau 2 tahun.. Kalau tak berapa nak fokus, tempoh bersusah-susah tu lebih lamalah.. Namun kalau kita konsisten dan tak putus asa, insyaAllah tetap akan tiba waktu bersenang-senang tu..

Apa maksud bersenang-senang tu? Waktu menuai hasil kerja keras kitalah.. Boleh melancong atau tunaikan segala hajat dan impian kita dengan enjoy sekali !

seminar menambah ilmu oleh jutawan master cery


Apa Tip Nak Berjaya Dengan Shaklee Tahun 2015?




Falsafah-Shaklee

1. Kenal Syarikat iaitu 'Shaklee'


Kenal dan baca pasal company Shaklee. Jatuh Cinta..Suka dan bangga dengannya. Siapa pengasasnya? Dr. Forrest Shaklee ! Kenapa dicipta vitamin semulajadi dan apa kisahnya... Kalau kita ambil tahu, mesti kita rasa special dan bertuahnya wujud company Shaklee ni.. Walk The Talk ! Sentiasa menjaga alam dan yakin kita dapat sembuh dan sihat dengan hasil bumi tanpa merosakannya.


Info-Syarikat-Shaklee

2. Kenal Produk Shaklee


Produk Shaklee ni banyak tau! Dari supplemen yang dipaten dan paten tertunda, produk kecantikan dan kebersihan isi rumah. Semuanya hijau, selamat dan berkesan! Perlulah study dalam-dalam tentang setiap produk Shaklee dan kenapa perlu pilih Shaklee berbanding jenama lain. Bila dah tahu, baru kita yakin untuk menggunakannya dan berkongsi pada orang lain.

Betulkah-Shaklee-Bagus?

3. Jaga Pelanggan Shaklee


Pelanggan kenalah jaga betul2. Follow up. Itu bezanya MLM Shaklee dengan supplemen lain yang dijual di farmasi. Di farmasi, adakah orang yang akan contact tanya ok tak ok produk tu selepas kita dah guna.

Shaklee-is-about-sharing

4. Master Checklist !


Master Checklist kami merangkumi banyak aspek.. All rounded ! InsyaAllah dalam kita berniaga, yang halal kita jaga. Yang memberi rezeki kita utamakan. Bila yakin dan konsisten dengan amalan Master Checklist ni, customer akan datang sendiri, insyaAllah.



Selain tu, ada lagi Tip Nak Berjaya Dengan Shaklee Tahun 2015 dengan menggunakan Tip Pikat Pelanggan dengan  menyentuh 5 Lampu Ajaib yang memotivasikan manusia untuk bertindak! Walaupun kami sering berhubung secara online untuk coaching, namun sentuhan magika secara bersemuka ni memang best ! Sebab tu, saya nasihatkan anak Shaklee Extraordinary Team, jika mahu berjaya rebut ja segala peluang yang ada untuk menuntut ilmu. Nak berjaya jangan beralasan ! Kena rajin dan rajin !

InsyaAllah, tahun 2015 ni kami akan reach lebih ramai orang untuk dibantu. Sama-samalah kita menjadi lebih Sihat dan Nikmati kehidupan ini dengan mencari rezeki yang halal dan redha Allah. Di akhirat juga kekal selamanya. Kalau kita konsisten Tip Nak Berjaya dengan Shaklee Tahun 2015 ni betul-betul, tambah pula dengan coaching online dan offline, insyaAllah impian kita akan tercapai ! Shaklee Invites You To Dream Again !



Ibu anak-anak syurga,

Ida Khairani

013 488 2382

Malam Cinta Rasul membuka tirai tahun 2015

Alhamdulillah, tahun 2015 kita sambut dengan majlis yang lebih barakah dan semoga menjadi titik permulaan yang lebih baik pada dunia Islam amnya dan Malaysia khasnya. Selepas kita asyik disogok dengan hiburan ja sempena sesuatu event terutama bila tahun baru, tahun ni ada insan2 yang berjiwa besar berjaya mengetengahkan idea hebat iaitu Malam Cinta Rasul. Harapan saya, ia menjadi titik perubahan dan membuka mata orang lain terutama penganjur a.k.a kerajaan.

Sebenarnya event Malam Cinta Rasul yang suci murni ni ada juga tentangannya.. Maklumlah sekarang rakyat dan negara kita diuji dengan banjir hebat dan mendatangkan kerugian berjuta ringgit. Jadi eloklah wang yang banyak disalurkan untuk membantu mereka. Namun, majlis yang baik terutama untuk mendekatkan ummah dan memohon rahmat Allah tidak sama sekali merugikan malah mendatangkan banyak faedah.



Malam Cinta Rasul sempena sambutan tahun baru 2015

Tempat majlis pun tempat yang sering dijadikan pesta tah apa2, iaitu Dataran Merdeka. Jadi semoga ia bakal mensucikan dan mendapat pengampunan dari Allah atas kealpaan kita selama ni. Korang boleh baca artikel di sini pasal Malam Cinta Rasul di sini. Alhamdulillah majlis yang memakan kos rm200 000 dapat mengumpul kutipan derma sebanyak rm325 000 khas untuk mangsa banjir di seluruh Malaysia.

Antara intipati artikel tu,

Tidak peduli dengan kritikan terhadap penganjuran program tersebut, Syed Mehdar berkata paling penting, niat mereka adalah mendapat keredhaan Allah.

Katanya, segala musibah yang diterima rakyat Malaysia seperti bencana banjir yang amat dashyat itu berpunca daripada kemungkaran umat Islam menyimpang daripada ajaran Islam.

"‎Bala yang kita terima ini adalah peringatan daripada Allah, bukan kerana membenci namun satu bentuk ingatan supaya janganlah kita mengingkari ajarannya.

"Kerana kita tengok tahun 2014 ini pelbagai bala diterima rakyat Malaysia yang sebenarnya daripada perbuatan kita sendiri dan kerana tidak mempertahankan kesucian kalimah Allah, membenarkan lelaki berpakaian wanita, jadi dengan penganjuran seumpama ini, dapat membuat kita bermuhasabah dan insaf," katanya.

"Islam itu juga indah, jadi kita galakkan program begini untuk mendoakan keselamatan negara supaya jauh daripada bencana," katanya.

YPC bekerjasama dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), TV Alhijrah dan Pertubuhan Kebajikan dan Rekreasi Richworks Group Sdn Bhd (Richwell) dalam menganjurkan program malam tadi.



Fitrah manusia sukakan kebaikan.. Kalau banyak orang yang buat baik, insyaAllah ramailah mengikut yang menjadi baik. Jadi, jomlah kita sebarkan kebaikan dan menjadi contoh yang baik buat orang lain. Ada yang nampak orang muda, mat motor pun aminkan doa masa majlis berlangsung. Baguslah tu. Semua orang nakkan kebaikan dan keberkatan Allah.

Apa azam 2015 anda? Adakah azam 2015 kita adalah untuk mencapai azam 2014 ? Azam 2014 pula sebenarnya dari 2013 sebab kita gagal nak capai masa tu dan juga merupakan azam yang kita dah tulis masa 2012. Haha !! Pening? Dah tak dapat nak capai..kita revise lah kan dengan strategi baru. Nampaklah kita komited nak capai tu!

Azam 2015 saya.. banyak ! Antaranya, harus lebih FOKUS dengan apa yang saya dah RANCANG ! Menjadi hamba yang lebih baik pada Pencipta saya, iaitu Allah s.w.t. Memberi manfaat buat orang lain dengan membantu lebih ramai orang. Doakan saya yaa..



Nukilan,

Ida Khairani