Malam Cinta Rasul membuka tirai tahun 2015

Alhamdulillah, tahun 2015 kita sambut dengan majlis yang lebih barakah dan semoga menjadi titik permulaan yang lebih baik pada dunia Islam amnya dan Malaysia khasnya. Selepas kita asyik disogok dengan hiburan ja sempena sesuatu event terutama bila tahun baru, tahun ni ada insan2 yang berjiwa besar berjaya mengetengahkan idea hebat iaitu Malam Cinta Rasul. Harapan saya, ia menjadi titik perubahan dan membuka mata orang lain terutama penganjur a.k.a kerajaan.

Sebenarnya event Malam Cinta Rasul yang suci murni ni ada juga tentangannya.. Maklumlah sekarang rakyat dan negara kita diuji dengan banjir hebat dan mendatangkan kerugian berjuta ringgit. Jadi eloklah wang yang banyak disalurkan untuk membantu mereka. Namun, majlis yang baik terutama untuk mendekatkan ummah dan memohon rahmat Allah tidak sama sekali merugikan malah mendatangkan banyak faedah.



Malam Cinta Rasul sempena sambutan tahun baru 2015

Tempat majlis pun tempat yang sering dijadikan pesta tah apa2, iaitu Dataran Merdeka. Jadi semoga ia bakal mensucikan dan mendapat pengampunan dari Allah atas kealpaan kita selama ni. Korang boleh baca artikel di sini pasal Malam Cinta Rasul di sini. Alhamdulillah majlis yang memakan kos rm200 000 dapat mengumpul kutipan derma sebanyak rm325 000 khas untuk mangsa banjir di seluruh Malaysia.

Antara intipati artikel tu,

Tidak peduli dengan kritikan terhadap penganjuran program tersebut, Syed Mehdar berkata paling penting, niat mereka adalah mendapat keredhaan Allah.

Katanya, segala musibah yang diterima rakyat Malaysia seperti bencana banjir yang amat dashyat itu berpunca daripada kemungkaran umat Islam menyimpang daripada ajaran Islam.

"‎Bala yang kita terima ini adalah peringatan daripada Allah, bukan kerana membenci namun satu bentuk ingatan supaya janganlah kita mengingkari ajarannya.

"Kerana kita tengok tahun 2014 ini pelbagai bala diterima rakyat Malaysia yang sebenarnya daripada perbuatan kita sendiri dan kerana tidak mempertahankan kesucian kalimah Allah, membenarkan lelaki berpakaian wanita, jadi dengan penganjuran seumpama ini, dapat membuat kita bermuhasabah dan insaf," katanya.

"Islam itu juga indah, jadi kita galakkan program begini untuk mendoakan keselamatan negara supaya jauh daripada bencana," katanya.

YPC bekerjasama dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), TV Alhijrah dan Pertubuhan Kebajikan dan Rekreasi Richworks Group Sdn Bhd (Richwell) dalam menganjurkan program malam tadi.



Fitrah manusia sukakan kebaikan.. Kalau banyak orang yang buat baik, insyaAllah ramailah mengikut yang menjadi baik. Jadi, jomlah kita sebarkan kebaikan dan menjadi contoh yang baik buat orang lain. Ada yang nampak orang muda, mat motor pun aminkan doa masa majlis berlangsung. Baguslah tu. Semua orang nakkan kebaikan dan keberkatan Allah.

Apa azam 2015 anda? Adakah azam 2015 kita adalah untuk mencapai azam 2014 ? Azam 2014 pula sebenarnya dari 2013 sebab kita gagal nak capai masa tu dan juga merupakan azam yang kita dah tulis masa 2012. Haha !! Pening? Dah tak dapat nak capai..kita revise lah kan dengan strategi baru. Nampaklah kita komited nak capai tu!

Azam 2015 saya.. banyak ! Antaranya, harus lebih FOKUS dengan apa yang saya dah RANCANG ! Menjadi hamba yang lebih baik pada Pencipta saya, iaitu Allah s.w.t. Memberi manfaat buat orang lain dengan membantu lebih ramai orang. Doakan saya yaa..



Nukilan,

Ida Khairani



1 comment:

Terima kasih. Komen anda dihargai.