Happy 4th Birthday Nahzan & 2nd Birthday Iris

Alhamdulillah, pada 26hb Disember, Nazhan genap 4 tahun. Kami adakan majlis yang sederhana sahaja. Majlis berjalan lancar. Nazhan & Iris pun sangat ok dan pandai membawa diri di majlis dan rumah sendiri.






Kek birthday kami beli, tak sempat buat. Hehe. Menu-menu lain buat sendiri. Tuklang prepare mee hong kong dan Tuk bawak buah-buahan tempatan macam rambutan, manggis dan jambu serta kuah rojak. Ibu prepare lasagna, pasta bakar, muffin coklat & vanilla, agar-agar marble dan puding jagung.





Deco kek ibu design dan tempah online untuk print as edible image. So tampal ja atas kek yang dibeli tu.





Orang masih belum ramai sampai tapi budak berdua ni dah dok tenyeh tenyeh kek, so teruslah potongkan.

Ni gambar sepanjang majlis. Habis dan tunggang langgang bilik toys dikerjakan budak2 yang datang. Pecah kepala la tengok toys berlambak.







Iris ni kalau terlepas keluar rumah memang terus tuju paip. So habis lencun dan kasi mandi terus. Mujurlah time ni dah hantar tetamu yang last2 dah. So, tak apalah.





Bila malam, Nazhan dah sibuk nak bukak hadiah. So, Nazhan unwrap hadiah malam tu juga. Iris dah selamat tidur. Aman..






Esoknya, Iris pulak bukak hadiah. Kiss barbie doll dia. Tq untuk semua hadiah ya.









"Semoga Nazhan dapat menjadi anak yang soleh dan abang yang baik pada adik. Ibu doakan Nazhan dapat meneruskan perjuangan dalam apa juga situasi, sentiasa positif dan ceria. Senyuman Nazhan sangat special dan menyenangkan hati ibu dan abah. We love you so much"

"Semoga Iris menjadi anak yang solehah dan lemah lembut. Kekalkan semangat Iris yang sentiasa membakar itu dan jangan kenal erti putus asa. You are so adorable. We love you so much too"

Happy 4th Birthday, Nazhan Iqbal. Happy 2nd Birthday(in advance) to Iris Nazurah. Muah muah:X:X

- Posted using BlogPress from my iPad

3 comments:

  1. heppy besday nazhan dan iris... bestnya dpt celebrate besday sama2.. comel kek.. lg best kalo dpt mkn.. uhuh

    ReplyDelete
  2. happy birthday... senang celebrate sekali kan.. :)

    ReplyDelete
  3. tq auty baizah. nanti dating lagi ya.

    senang celebrate sekali. save budget. ahaha:))

    ReplyDelete

Terima kasih. Komen anda dihargai.