:D Kami pergi bercuti cuti Malaysia ni pada cuti tahun baru yang lalu. Betul-betul 1/1/2012. Percutian pendek 2 Hari 1 Malam. Memang masa tu, A Famosa ada pakej bermalam dan dapat 2 tiket theme park. Jadi, kami pilih water park. Park lain tu masih tak sure nak pergi atau tidak sebab bawa budak2 kecil ni kena ikut mood diorang juga. So kami nak beli on the spot ja.
Kami gerak ke Melaka dari rumah di Bandar Bukit Raja tengah hari. Sejam setengah dah keluar Alor Gajah, exit ke A famosa Resort dari lebuhraya utara selatan. Sampai lebih kurang 1.30pm dan Alhamdulillah bilik dah boleh masuk walaupun normal check in time 4.00 pm.
Lepas solat dan ready semua kami ke Water Theme Park. Walaupun ramai orang tapi tak sesak so bestlah. Fisrst time ibu ada chance turun slide guna pelampung. Tempat lain selalu hanya benarkan proper swimming attire. Lepas gilir-gilir dengan hubby sorang 2 kali, kasi chance kat budak2 pulak. Terus pergi tempat budak2 ja.
Happy Faces at A Famosa Water Park
Lepas keluar dari water park, terus tapau makanan dari luar. Asam Pedas yang kow. Meleleh.. Pilih untuk tapau sahaja sebab masa on da way, Nazhan dah tidur dalam kereta.
Selepas makan malam di bilik, kami ke Cowboy Town. Cowboy Town buka dari pukul 6pm. Kami gerak pukul 8pm, jalan kaki ja dari hotel sebab parking Cowboy Town dah agak full. Ada show yang mula dari 8.20pm dan game untuk budak-budak. Seronok la Nazhan dan Iris. Sempat juga Iris buat show sendiri masa karnival sebab dia dah mengantuk. Lepas tengok game, hilang ngantuk dan marah dia.
Cowboy Town
Esoknya, selepas breakfast di hotel, kami check out dan ke Safari Park. Safari Park pun ada beberapa show. Kami naik bas yang bawak melawat binatang ke kawasan yang lebih luas. Ingatkan dia bawak ronda ke tempat show. Akibatnya ada show yang kami terlepas. Selain tu, kalau kita shopping dekat satu souvenior shop lebih rm20, dapat naik gajah free untuk seorang. Kalau 2 orang adult rm40 la kena shopping. Nak beli tiket pun boleh. Best juga naik gajah. Huhu.. Siap berjalan dalam sungai lagi.
Safari Park
Menariknya, tiket Safari Park dapat kupon lunch sekali. Selepas lunch dah kenyang kami pun terus balik ke Bandar Bukit Raja. Short and sweet vacation dah habis. Anak-anak pun enjoy. Sesuailah pakej 2 hari 1 malam ni. Sempat masuk 3 park tapi banyak lagi event yang boleh buat dan game yang boleh try kalau lama lagi macam go kart dan jurassic park.
So, where next?
P/S: Entry ni dah lama dikarang tapi phone ada problem. Dari new year sampai ke raya cina, baru upload. Cuti raya cina, di rumah ja sebab ada projek lain.
salam sis...
ReplyDeletenak tanya,berapa harga masuk ke a famosa ini yer?
zuera,
ReplyDeleteEntry fee ke park dalam rm30 lebih untuk each park. Water park below rm30 tapi Ida free since ambil pakej.
Boleh ushar website a famosa resort juga.