Resepi daging masak merah

Bahan-bahan:

-daging dipotong nipis n direbus dengan pewarna merah sehingga lembut
-bawang besar
-sedikit halia
-bawang putih
-sos cili
-sos tomato
-sos tiram
-garam
-daun bawang & daun sup
-sayur-sayuran kalau suka macam lobak, bunga kobis

Cara-cara

1.Tumiskan bawang besar,bawang putih & halia sehingga kekuningan
2.Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram & air
3.Masukkan sayur-sayuran
4.Masukkan daging rebus & masak hingga sebati
5.Tambah garam
6.Siap dan tabur daun sup & daun bawang yang dipotong

Inilah menu kami hari ni sehingga sahur pertama tahun ini. Hehe. Silalah cuba. Sempoi dan sedap.

Bercuti di Ho Chin Min

Last week kami 3 beranak mengikut rombongan tuk dan tokwan serta warga emas lain(hehe) ke Vietnam. Tempatnya sangat heaven untuk membeli belah. Namun ibu yang mengusung anak2 ini tidak mampu mengikut rentak makcik2 yg lain. Lagipun taste tak sama.

Vietnam terkenal dengan fabrik dan telekung. Walaupun mereka tak memakai baju kurung tapi sedia mengambil tempahan dan boleh siap dalam sehari dua sahaja. Jadi, kalau korang belum ada baju raya, boleh pergi, tempah dan bawa pulang. Yang ready made pun ada.

Memang boleh gila kalau poket penuh dan pergi tanpa budak2. Selamatlah ibu ni tak bekerja jadi keperluan baju kurung tu kurang. Kalau tak mahu berkodi-kodi ibu angkut. Memandangkan ada anak-anak, ibu lebih gila bershopping baju yg comel-comel di sana.

Jom layan gambar dr phone ibu. Gambar dari camera belum transfer lagi.




Cari-cari mana ibu





Amoi Vietnam interframe




Tokwan bershopping untuk orang kampung





Menayang baju baru





IT gigs menggunakan kemudahan komputer di hotel



Ida Khairani

Dress or top untuk baju hari raya gegirl anda




Carter's dress or top for girl 2y-6y





Zara dress or top for girl 2y-6y





Girl dress or top for 3y &5y


RM39 termasuk poslaju. Beli lebih dari sepasang, dapat diskaun dan free gift.

Ida Khairani

Pasport untuk kanak-kanak

Ibu, Nazhan Iqbal dan Iris nak ke Vietnam very soon. Tak plan pun, jadi memang tak prepare buat pasport. Jadi, surat beranak Iris x tak bawak balik Penang. Semua ada di Klang.

Ya, kami balik Penang pula since abah ke offshore dan tuk duduk sorang. Bibik tinggal Shah Alam beberapa hari sebab Pak Long dapat baby baru, baby Aidan.

Jadi, tok wan bawa kami ke JPN negeri untuk dapatkan surat beranak Iris on the spot, bayar rm5 saja. Iqbal dan ibu dah ada pasport just hopefully belum expired.



Atas ferry bersama tokwan dan ergo baby carrier baru demi berjalan di Vietnam.





Buat pasport budak kecil ni perlukan:

-Surat beranak
-Ic mak or abahnya
-Gambar 3.5cmx5cm 2 keping, background biru cerah. Atas tu over cerah,kena gelap skt, baju gelap. Sebab iris comel, diorang lupa iris pakai baju cerah.

Bayaran rm100 untuk 2 tahun. Siap dalam masa 2 jam. Settle part Iris. Malam ni, insyaAllah kami pulang ke Klang untuk buat persiapan sebelum ke Ho Chin Minh.

Bye bye abah yang masih di Labuan.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Outing











- Posted using BlogPress from my iPhone

Promo Julai dan Supplemen Shaklee untuk talian hayat anda

Working from home mom memang banyak cabaran. Jadual kerja yang panjang dari pagi sampai la ke malam. Baring hanya ketika nak tidurkan anak sambil menyusu. Kemudian sambung bekerja balik.

Dalam dua minggu ni, suami pula kena ke offshore. Jadi kerja-kerja rumah dan jaga anak, semua ibu kena settle seorang. Apa yang membantu ibu untuk terus bertenaga dan tenangkan diri dengan kerenah anak-anak pastinya dengan mendekatkan diri dengan Allah dan vitamin Shaklee sebagai sokongan kesihatan.

Ibu yakin ia tidak memudaratkan kerana ia bersifat semulajadi dan pelbagai kajian telah dilakukan untuk memastikannya. Sejujurnya, ibu beranak dua ni, lebih cergas kini dari masa tak ada anak lepas kahwin dulu. Alhamdulillah, dengan kesihatan dan kudrat yang Allah bagi ni.




Mana abah? Abah dihati kami





Set up secara solo almari drawer chest untuk baju anak-anak yang semakin banyak.





Bahagian depan drawer




Tara .. Siap dah.. Almari saya dan adik. Ibu ambil masa 3 jam nak buat. Huahuahua:))


Jadi pada ibu bekerja, suri rumah, bapa-bapa dan anak-anak, tak kira apa situasi kesihatan anda sekarang, cubalah amalkan suppelemen. Walaupun anda dah jaga makan minum harian, supplemen Shaklee membantu untuk penyerapan zat-zat dari makanan tersebut dan memelihara kesihatan untuk jangka masa panjang.

Nak tau promo Julai yang sangat menarik, isi ja form Jawapan Segera di bawah. Saya akan forward terus ke email anda. Jadi, anda dapat lebih dari sekadar suppement Shaklee yang TERBAIK!!

P/s: pada yang berminat nak join kelas penyusuan khas untuk persediaan Ramadhan, boleh nyatakan minat anda juga dengan isi form di bawah.

Ida Khairani
www.MySuperVitamins.com

- Posted using BlogPress from my iPhone