Gas habis..Petronas kan ada

Aiyak, gas habis plk hari ni. Dekat 3 bulan guna. Kat Miri dulu, kami guna gas masak built it, murah ja. Masa nak install ja mahal tp bukan kami yg install pun. Murah la bulan2x, RM2 ja rasanya.

Bila gas habis ingat nak order Domino pizza sebab ada voucer percuma. Dapat voucer tu kerana diorang lambat deliver. Sekali expired 8hb Feb. Aduh, apsal la gas tak habis semalam. Tak perasan pulak expired date seawal itu. Ingatkan end of February.

Sebenarnya aku takut nak panggil lelaki datang rumah time husband tak ada walaupun anak2 ada. Sebabnya dulu ada drama kat tv yg dia kena rogol dengan orang yg hantar gas tu. Padahal dia kenal ja orang tu. Trauma juga aku. So, nama ja la aku dok rumah tp semua nak tunggu husband cuti or available, baru boleh settle. Macam nak report kerosakan apa2 kat rumah sementara ada warranty lagi ni, pun tak terpanggil-panggil.

So, since tak dapat nak masak lunch aku pun bawak la budak2 keluar makan di KFC, Setia Alam. Baru nak keluar, Nazhan dah melalak. Dia nk main game apatah, aku p buka game lain sementara nak siap. Melalak sampai la aku drive thru KFC tu. Dapat2 order aku terus sua, ngap terus fries. Lapar rupanya anak aku. Haha!!





Then aku parking. Hehe..nak makan kat situ ja tp saja drive thru. Kalau tak, macam mana aku nak p beli. Nazhan sah-sah melekat kat playground dia yg terletak sebelah luar KFC. Lepas parking, musykil juga macam mana aku nak usung 2 org budak dgn makanan yg 2-3 plastik ni. Stroller pula aku
Xbawa.





Ingat nak cancel dah tp dapat idea lari p letak kejap makanan atas meja and patah balik amik budak2x selepas usha line clear ja. Parking lot and tempat makan sekadar melintas jalan saja. Berbaloi juga la sebab Nazhan makan banyak juga. Mood makan dia 2-3 hari ni sangat mengujakan. Kalau tak, jumpa tempat main, makan dah lupa. Ni boleh datang sendiri kat meja, minta makanan. Bagus2x. Berkat aku buat solat Dhuha ni. Alhamdulillah..





Time nak balik dugaan jugalah. Selalu memang aku kena angkut Nazhan paksa rela. Ni tak cukup tanganlah. Aku dah riuh rendah bye-bye pun, dia dok berkeras juga. Last2x, aku hantar barang n adik dulu. Time tu, ada staff KFC kemas2 meja berdekatan, tak la dia sorang2x. Dah terlindung skt aku, baru Nazhan nak pakai kasut.





Akhirnya kami selamat pergi dan pulang. Perut pun dah kenyang. Alhamdulillah..



- Posted using BlogPress from my iPhone

2 comments:

  1. susah juga kan sorang2... kalo aku sure x terbuat nyer ni...

    ReplyDelete
  2. Yakin boleh, rakan muda! Member aku kt Miri dulu, laki dia rajin p offshore tp dia rajin bawa anak dia keluar. Aku kt Miri dulu, xconfident jg. Skrg, masa mendewasakan.. cewah.. Actually tgk tempat dan keadaan. Safety first. Kalau aku rasa keselematan terjamin, baru on.

    ReplyDelete

Terima kasih. Komen anda dihargai.