Persediaan untuk jalan-jalan di Seoul, Korea, Tip untuk Sewa Rumah.

Hampir pasti nak rasa musim luruh di negara K-POP awal November ni. Saya sengaja pilih biar dekat nak masuk musim sejuk, untung- untung sempat rasa salji sebelum balik. Banyak juga nak prepare, paling penting tempat tinggal supaya tidak menjadi gelandangan pula nanti. Seoul Korea antara tempat yang orang Malaysia dan 1 dunia suka sejak KPop glamour ni.

Jalan-jalan ke Korea antara kandungan vision board saya tahun ini. Apa lagi nak buat dengan bonus berniaga Shaklee sayakan. Mestilah dengan reward diri dan keluarga dengan mencapai 1-1 impian dan salah satu impian saya adalah berjalan ke negara orang. 

Tip Pilih Homestay yang mudah travel dan akan di Korea

Actually beli tiket flight Malaysia Airline sejak Ogos, tu pun asyik bertangguh ja. So, tak la dapat tiket murah sangat. Kalau tak beli, hampir-hampir postpond lagi nanti. So, lepas ni memang ko beli ja la masa murah. By hook or by crook, pergi juga.

Dah settle beli tiket, bercinta pula nak pilih tempat tinggal. Hotel atau homestay. Asal dapat offer paling murah, cozy and Korea mood pada pandangan mata, kita grab cepat. Jadi, website Agoda, Booking.com dan Airbnb selalulah saya terjah. 


Last-last kami ambil rumah dari Airbnb. Tu pun dah suspense gila semalam. Sebab awal bulan tengok banyak lagi pilihan, ni lagi sebulan nak fly, rumah dah hampir penuh. So, korang jangan dok relax-relax sangat. Kang nangis di bucu katil.

Nak decide nak tinggal mana di Seoul Korea? Ini kriteria kami pilih..

  • Nak rumah yang dekat dengan masjid di Itaewon, so banyak kedai makanan muslim. Malangnya hampir full untuk 4-5 pax, family house. Yang ada pun 2 pax serumah tapi tak nak terima, extra person. Sapa suruh lambat booking.. Rasakannn..
Tempat makan muslim / halal di Itaewon, Seoul Korea.

  • So, kami pilih rumah yang berdekatan line subway yang sama, iaitu line 6. Supaya boleh terus naik train, tanpa tukar line subway. Alhamdulillah, kami dapat di Gongdeok Station, 3 station dari Itaewon, 9 minit ja. 
Jangan lupa download apps subway untuk lebih faham perjalanan subway di Korea.

  • Lagi bagus pilih rumah yang berdekatan dengan laluan train Arex dari airport, save lagi. Arex ni sama macam Klia Express Malaysia la. Rumah kami ni memang bersambung dengan stesen Arex Gongdeok. Yeahhh !!!
  • Kalau dah tak dapat yang berdekatan stesen-stesen Arex, bagus juga pilih berdekatan dengan salah satu tempat pelancongan yang kita nak pergi. Contohnya, kalau plan nak pergi Hanok Village, orang lain kena pergi ke Anguk Stesen. Kalau kita dah pilih rumah area ni, jalan kaki ja la. Save la tambang subway untuk satu destinasikan.
  • Best juga kalau pilih rumah yang dekat dengan intersaction line subway. Kurang sikit naik turun naik turun train. Kalau kat Malaysia ni macam Masjid Jamek la. Tempat jumpa LRT Star dan Putra. So nak ke mana arah tu, lebih mudah. Kadang-kadang nak ke suatu tempat macam Everland atau Lotte World, perlu tukar-tukar train. So pilihlah yang dekat intersection train ni. Jimat sikit.
  • Bila dah tak dapat stay di Itaewon, ada peluang mesti nak masak-masak di rumahkan. Jadi, rumah yang boleh memasak menjadi pilihan kami juga. Di airbnb, korang kena baca specifikasi yang tuan rumah bagi, ada dapur tak.
Ada senarai kemudahan yang ada di homestay untuk dilihat di airbnb

Untuk pilihan rumah yang cun-cun, boleh ke link ni Airbnb

Cun tak rumah pertama Korea saya? Bolehlah dari tak ada kenn..


Ida Go Travel !