Kunjungan ke Petrosains KLCC sangat berbaloi

Cuti sekolah yang lepas, saya bawa anak-anak ke Petrosains. Banyak tempat yang berlegar di kepala untuk bawa anak-anak ni memandangkan kami tak bercuti ke luar KL / Selangor selain masa awal cuti sekolah.
.

Syok habis !


Suami pun kerja. Jadi saya kena selektif pilih tempat yang berfaedah, selamat dan saya mampu kawal anak-anak yang 3 orang ni seorang diri. Kalau pi Kidzania, ngamuk pula Nuh Iman tak dapat join. Kalau p trampolin pun, bawah 3 tahun tak lepas.
Spooky pun ada
Ala ketot astronot ni

.
Jadinya Petrosains jadi pilihan yang sangat ideal untuk kami. Pertama kali pergi kami mula masuk lepas Zohor, beratur naik kenderaan angkasa untuk ke  stesen pertama. Line tak panjang sangat oklah. 
Lakonan Abang Nazhan memang tip top

.
Oh, harga tiket pun mampu beli dan sangat berbaloi. Nuh Iman free lagi.
.
Bilik tidur abah dan uncle2 di pelantar minyak

Ya Allah banyak sangat aktiviti dan stesen demi stesen untuk belajar, enjoy dan explore! Nazhan, Iris dan Iman sangat happy, aktif dan excited. Sebab excited sangat, kami spend banyak masa di satu-satu stesen.
Permainan kaut2 ni memang menjadi rebutan kanak-kanak. Kunjungan kedua, baru dapat main.

Akhirnya kami tak sempat cover dan enjoy semua stesen. Bila sampai di stesen Pelantar Petronas, kami dan cepat2. Same goes to stesen2 lepas tu. Sebabnya ibu belum Asar dan hari tu hari bekerja dan tak nak jam dengan orang balik kerja.
.
Si kecil ni memang tak kasi chance

Memanglah jem juga masa balik tu sebab terpaksa singgah beli makanan sikit sebab dah kebulur. Namun, berhajat nak datang balik dan sambung bahagian yang kami pass dengan laju-laju tadi.
.
Terpaksa minta bantuan Iris untuk menekan minyak !

Jadinya kami pun datang balik selepas seminggu. Hehe. Kali ni line masuk lebih panjang nak naik transport ke stesen pertama. Jadi, kami minta budi bicara untuk ambil shortcut dan tak nak naik pun kenderaan tu. 
.
Masa ni ibu tengah breastfeeding Iman sampai lena


Alhamdulillah, hajat termakbul. Kami dibawa masuk jalan staff. Lepas dah masuk, kami terus masuk bahagian yang paling best dan tak sempat nak enjoy lama2 hari tu.
.

Pendapat ibu, memang kena 2 hari lawatan baru puas hati dapat spend time lama2 & explore semua gadget yang Petrosains ada.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih. Komen anda dihargai.