Resepi Cheese Cake Jepun dengan 3 bahan sahaja

Cheese Cake adalah antara kek kesukaan saya. Sedapnya walaupun baru terbayang. Bila tahu ada cara mudah buat cheese cake, saya pun belajar. Tengok video di youtube. Bila google, ada resepi lain juga tapi macam-macam bahan lagi nak kena cari. Yang saya cuba ni, paling mudah sebab bahan-bahannya cuma 3. Bila siap, sedapnyaaa... Cheese cake ni macam sangat sedap, tak manis dan cukup lemak berkrimnya.. walaupun tak ada letak susu. Tak tahu la resepi cheese cake lain ada letak susu tak.

3 bahan untuk buat cheesecake Jepun ni hanya telur, cream cheese dan coklat putih.

Nama sebenarnya cheese kek ( kek keju ) ni adalah

"Japanese cotton cheesecake" atau "Souffle Cheesecake "




Bahan-bahan dan sukatan:

120 g Cream Cheese
120 g Coklat Putih
3 biji telur

Alatan :
Bekas kek saiz 6 inci
Mixer
Oven

Bila siap, korang akan dapat nak 1 kek bulat saiz 6 inci. Namun, ibu guna bekas leper ja, jadi dapatlah bulat besar tapi pendek.

Cara-cara buat cheese cake yang sedap dan senang ni adalah

1. Panaskan oven pada suhu 170 C dulu.
2. Double boiler coklat putih. Double boiler tu apa? Google.. hahaha!!
Alaaa.. letak coklat putih yang dipecah-pecahkan ke dalam mangkuk. Mangkuk tu pula letak dalam cooking pan yang isi air. Panaskan atas api. Jadinya dalam mangkuk tu tak ada air la tau. Kacau guna spatula.
3. Telur pula asingkan telur putih dan telur kuning. Telur putih letak dalam mangkuk dan simpan dalam peti ais dulu.
4. Kemudian masukkan cream cheese dalam coklat putih yang sedang dilembutkan guna kaedah double boiler. Kacau sebati.
5. Angkatkan dari dapur dan masukkan telur kuning  ke dalam campuran tadi, kacau sebati.
6. Keluarkan telur putih dari peti ais, guna mixer untuk pukul telur sampai jadi whip yang tebal, ini dipanggil meringue. Mula-mula guna kelajuan sederhana dan lama-lama makin laju. Meringue sudah think dan firm bila kita terbalikkan mangkuk tu, meringue tak jatuh.
7. Ambil 1/3 meringue dan campur dalam campuran creamcheese tadi. Kemudian campur lagi 1/2 dan kacau bagi rata sebelum campur semua sampai habis. Tipnya, campur sedikit dan kacau.
8. Masukkan adunan creamcheese dalam acuan. Untuk elak kek pecah, boleh juga guna tip ini.
Sapu minyak pada kertas parchment (alaa kertas minyak selalu orang guna untuk baking-baking tu), alas bahagian bawah acuan dan keliling acuan dengan kertas parchment tadi, jadi bentuk silinder. Masukkan adunan dan hentak supaya udara naik ke atas.
9. Masukkan acuan tadi dalam dulang yang berisi air panas dan masukkan ke dalam oven.
10. Bakar 15 minit pada suhu 170 C, kemudian 15 minit lagi pada suhu 160 C. Bila dah siap, biarkan lagi dalam oven yang auto off tu selama 15 minit. Siap !

Rasa cheese kek ni sangat sedap & merbahayaaa !!! Nangis tau kalau dapat cheese kek sedap ni. Susah nak stop makan.. Huaaaa:((

Pada yang tak berapa nak faham cara-cara nak buat cheese cake ni, boleh layan video you tube yang jadi rujukan saya ni.




By,
Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor 846056
013 488 2382


www.mysupervitamins.com

www.idakhairani.com
www.sarawakauthentic.blogspot.com

Tempat Berkelah Best di Selangor, The Nahara, Kalumpang sesuai bawakeluarga dan kawan-kawan

Alhamdulillah, cuti Maal Hijrah baru ni kami penuhi dengan cuti santai bersama keluarga dan kawan-kawan di Nahara Training Resort, Kalumpang, Sungai Inki, dekat Kuala Kubu Baru, Selangor. Sepanjang perjalanan pergi dan pulang diiringi dengan lagu 1 Muharram nyanyian  ibu :P


The Nahara yang damai

Selalu dengar orang berkelah tapi seriau nak pi sebab tak nak crowded dan risaukan isu kebersihan. Namun di sini, memang sangat best. The Nahara memang bersih dan tak crowded masa kami pi tu. Perjalanan dari rumah kami di Bandar Bukit Raja ke Tanjung Malim dan resort The Nahara ambil masa 1 jam saja. 

Suami dan geng riders officemate naik motor dan gerak lebih awal sekitar pukul 7 pagi. Ibu drive dengan anak- anak menjelang pukul 9 pagi. Hehe. Pada mulanya ibu bayangkan mesti kena ke dalam hutan dan sedikit bahaya. Huhu.. tapi Alhamdulillah, senang ja nak pi rupanya. Masa kami pi 14/10/15, waze belum update resort ni jadi kami sesat sikit. Kalau guna Google Map insyaAllah tepat ;). Kalumpang Resort sebelah ja dengan The Nahara. Jalan pun tak jauh dari exit highway Tanjung Malim dan jalan kampung ke resort dan air terjun pun baik, tip top dan tak scary.

Lain kali involve family lagi ya che abang sekalian

Bila sampai parking pun banyak dan senang. Di The Nahara ada banyak wakaf untuk lepak dan berbeque, chalet, toilet yang bersih, surau, padang, sungai yang 'cool' dan tapak khemah untuk team building. 

Tempatnya sangat bersih dan diselanggara baik. Tak ada nyamuk.. Hehe..taktau la kalau masa ni orang lain yang kena attack.

Wakaf kami no 6, ada 2 meja dan tempat membakar tu.

Menu kami hari ni... Marbeles.. Alhamdulillah rezeki-rezeki. Kami pakat potluck bawa makanan dan tong-tong juga. Ada nasi lemak perbagai lauk termasuklah telur mata, ikan bilis goreng rangup, daging rendang, sambal sardin, ayam rendang dan ayam goreng. Selain tu, tak lengkap berkelah kalau tak ada bihun goreng yang sedap.. ha ha & ada kuih pulut serunding juga. First time pulut serunding saya makan dibalut ala-ala kek roll.. Ayam kami bakar di sana, tempat provided. Jajan dan keropok pun ada. Apa lagi... Sakanlah budak-budak makan. Nuh Iman pun 2x5.. Amboi2x.

Ramai yang baru kenal :D

Ibu buatkan brownies. Mereka orang yang pertama selain dari kami anak beranak rasa brownies ibu. Yeah! Ada yang puji, minta resepi & nak order. Kalau korang suka brownies, ni link Resepi Brownies Sedap yang ibu buat tu.  Tak confident, boleh order saja !


Paling enjoy budak2 ni dan taman2 pun cantik dan bersih

Meh layan gambar yang tak seberapa yaa.. Ibu tengok makanan dan air terjun, lupa camera dah.. Ada hasil dari camera kawan - kawan juga ni.

Masih jinak-jinak merpati Nuh Iman dengan air sungai

Surau yang bersih dan unik
 `
Syok gila ! Tambah-tambah time ni tak crowded.

Kalau korang berminat, boleh layan facebook The Nahara. Ada beberapa gambar, ibu pinjam dari facebook tu.

Jambatan untuk ke wakaf seberang sungai

Chalet hitam putih untuk disewa

Kolam yang cantik 

Kalau korang malas nak prepare makanan sendiri, boleh order di sana juga. Kat pokok2 ada ditampal menu-menu yang available. Jadi, boleh main order saja! Selamat bercuti-cuti Malaysia!

P/S: Sangat ramai orang call saya nak booking Nahara ni. Untuk mudahkan semua, saya dapatkan phone no management Nahara, Kak Rahmah +60 19‑431 2193 ni. Saya bukan kakitangan Nahara, cuma visitor yang gembira sahaja. Hope korang enjoy bermandi manda di sana. Oh ya, jaga2 juga dengan batu2 besar di tepi2 sungai tu. Boleh tergolek.


Review By,

Blogger
Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor 846056

Cadar Patchwork Yang Cantik

Alkisahnya walau berlegar-legar orang iklan cadar patchwork ni di FB, hati belum terbuka nak membeli. Ibu memang particular betul part cadar, kena feel sendiri dengan jari jemari.

Masa raya hari tu, ke rumah makngah.. Lapik kaki dari depan ke dapur patchwork.. Hebatnya, buat lap kaki ja. Kayo kayo !!!

Kemudian jumpa pula di rumah abang & kak ipar. Kali ni cadar pula. Best juga.. Sedap juga.. Syok juga.. Tapi belum sampai seru lagi..

Sampailah mak mertua ajak ke GM. Dah lama tak ke sana. Nak beli apa pun tak tau. Dulu pi GM mesti cari baju gaun2, baju anak2.. Dah memang jenis kena feel dengan tangan memang tak boleh beli online.

Dah alang-alang pergi, dari xada shopping list, terus ada. Nak jadi cerita, masa pi jalan2 dengan mak mertua, x terserempak langsung ok dengan cadar patchwork. Last2 memang tak beli.

Sampailah kami pi lagi minggu ni, park level atas dan turun ikut tangga bergerak. Jadinya turun2 level 5 tu terus memang cadar patchwork aja.. Cuci mata sakan. Pilih punya pilih, last2 sekali tanya pendapat suami. 

Sekali dia yang pilihkan. Buang masa ja dari tadi perah otak nak shortlisted. Last2 dia yang pilihkan. Mujurlah lepas dah dipakaikan di tempat beradu, akak puas hati ! Mabeles!! Cantik !! Dan sedapp sangat!! Asyik rasa nak berenang renang ja di atas katil.



Walaupun excited nak pakai, korang jangan lupa basuh dulu ok. Lepas basuh lagi lembut & sedap. So, kalau korang nak akak tolong belikan.. Boleh diusahakan.. RM120, 1 set cadar dengan 2 sarung bantal.. Queen atau King boleh pakai. Lapik kaki standard RM20, kalau yg saiz ala2 runner tu RM50. Carpet lupa harga tapi corak carpet akak sukaaaa sangat !!! Tapi taktau nak letak mana dah, save duit.


Ida Khairani

www.ceriterakami.blogspot.com
www.mysupervitamins.com
www.sarawakauthentc.blogspot.com

Resepi Brownies Sedap dan Mudah

Resepi brownies ni saya catat dari youtube video. Senang jugalah. Yang penting hasilnya sedap. Lain kali saya bagi gambar satu persatu prosesnya. Kali ni tak sempat nak snap lagipun pertama kali buat.

Lepas jadi, haha!! Terus potong, tunggu sejuk dan makan! Padahal dah pukul 11 malam. Senang ja rupanya. Korang pun mesti boleh buat. 


Bahan-bahan nak buat brownies

150 g coklat chip atau coklat masakan. ( Saya guna 140g coklat chip & 10 g masakan cap Meriah, apa yang ada)
130 g mentega ( saya guna Anchor salted butter, jadi tak perlu tambah garam lagi kemudian)

190 gram gula. (Asal 200g saya kurangkan sebab saya suka brownies kurang manis)
50 g serbuk koko ( saya guna brand Meriah)

1 sudu teh esen vanila
3 biji telur saiz A

95 gram tepung gandum
Kalau guna unsalted butter, tambah garam 1 sudu teh.

Cara-cara masak brownies

1. Cairkan coklat chip dan mentega dengan kaedah double boiler.
Untuk first timer, kaedah double boiler begini.. Letak bahan-bahan dalam mangkuk tahan panas. Mangkuk pula letak terus atas periuk / pan yang berisi air.  Kacau sampai cair dan tutup api.


2. Angkat mangkuk dari dapur dan masukkan gula dan serbuk koko. Saya ada jumpa cara yang mix guna mangkuk lain dan campur bila coklat sejuk. Namun tadi saya guna mangkuk yang sama & tak tunggu sejuk pun, hasilnya tetap sedap dan puas hati.

3. Bila dah sebati, masukkan esen vanila dan telur sebiji. Pastikan telur ni dah room temperature sebelum masukkan. Gaul sebati kemudian masukkan sebiji lagi. Total 3 biji.

4. Kemudian masukkan pula tepung gamdum. Gaul sampai bahan-bahan betul-betul dah sebati.

5. Oh ya, nak buat brownies tak guna mesin mixer pun tak apa. Sebabnya tak nak banyak udara terperangkap. Cuma gaul sebati dengan guna silikon spatula atau pengacau telur.

6. Tuang brownies dalam bekas 8x8 inci atau apa yang ada macam saya. Boleh letak kertas minyak sebelum tuang brownies dalam bekas acuan atau sapukan mentega dan tepung sebelum tuang acuan supaya senang nak tangkalkan.

7. Bakar brownies dalam oven pada suhu 180 darjah celcius dalam masa 25-30 minit. Bila sampai 25 minit test la dengan cucuk brownies. Kita nak brownies yang moist jadi kalau dah masak dan melekat sikit pada batang yang kita test tu, dah kita siap !



Jangan tak cuba brownies mudah dan sedapnya. Boleh buat jual tau. Oh ya, kalau nak campur coklat cip atau kacang semasa menggaul tepung pun boleh. Next time saya cuba buat.



Credit untuk joyofbaking.com. Ini video cara buat brownies yang mudah dan sedap ni untuk rujukan yang lebih jelas !