D.I.Y Roadmap untuk anak-anak

Kalau ada kotak kadboard di rumah, memang otak berlegar ja nak buat apa. Macam-macam boleh buat. Kali ni kita buat peta besar punya. Anak-anak pasti boleh join melukis dan mewarna dan enjoy main lepas tu. Dah besar gabak ni, banyaklah ruang untuk main-main. Kuranglah sesi bergaduh rebut kawasan.
diy-racetrack-untuk-anak-anak
Jom lumba!
Lawa belakang kira, janji anak-anak pun boleh sama-sama warna.

aktiviti-diy-untuk-anak
D.I.Y road map untuk anak-anak ibu main

Untuk warna, kami guna color pensel dan krayon. Untuk tulisan kami highlight dengan magic pen dan pen marker.

diy-peta-untuk-anak
Giants menyerang!
Kami lukis banyak kemudahan asas di peta ni seperti hospital, balai bomba, balai polis juga restoran, bengkel, kedai kek. Tak lupa stesen keretapi, rumah sendiri, rumah tuk dan rumah mak tuknya. Semua label ibu tulis dalam Bahasa Melayu sebab in English dah banyak sangat. Lagipun nak kukuhkan BM anak-anak ibu ni.

dig-roadmap-for-kids
Kereta giant mengganas!!!
Ini memang hobi Nuh Iman. Langgar kawasan dengan push car.

Selamat Mencuba!


Ida Khairani

www.idakhairani.com
www.mysupervitamins.com
www.sarawakauthentc.blogspot.com

4 comments:

  1. bagus idea ni. takdelah nak conteng dinding nanti kan..

    ReplyDelete
  2. wahhhh menarik ni...tq singgah blog kita ,kita dtg balik heheheh

    ReplyDelete
  3. idea yang creative dan cantik lukisan tu..

    ReplyDelete
  4. Tq Ros. Ohh..dinding itu lain cerita. Haha !!!

    Sue Izza, jemput datang lagi!

    Simplyremedies,
    Jangan tak buat ya.

    ReplyDelete

Terima kasih. Komen anda dihargai.