Bukan mudah nak keluar shopping dengan anak-anak apa lagi kalau suami tak ada atau isteri tak ada. Selalunya saya keluar juga dengan anak-anak lepas consider beberapa perkara dan kebanyakkan lulus. Jika tak lulus, saya timbangkan balik.
Ramai juga kawan-kawan yang impressed bila saya dan ada rakan lain yang berjaya shopping atau ke seminar dengan anak-anak tapi tanpa suami. Kalau berjaya pun tapi tak beri faedah pada both parties tak guna juga jadi biar win-win situation.
Bila terasa nak shopping selagi boleh tunggu suami mesti saya pilih weekend. Kadang-kadang ada benda urgent nak guna atau anak-anak dah boring sangat atau ibu dia yang dah boring sangat tak window shopping, mulalah saya fikir pros & cons untuk keluar dengan anak-anak bila suami tak available.
Sebelum keputusan untuk shopping dengan anak-anak dibuat, saya check dulu
- Anak - anak sihat tak? Kalau tak sihat, cuaca di shopping mall yang sejuk atau cuaca panas di pasar boleh buat mereka tambah tak sihat dan cranky.
- Urgent tak barang yang perlu dibeli. Kalau boleh tunggu suami belikan atau keluar bersama lebih baik.
- Berbaloi dan berfaedah tak bawa anak-anak. Adakah mereka akan enjoy dan ada value added
- Adakah mereka faham dan setuju dengan soft reminder & rules yang diberikan
- Selepas keluar rumah dan sebelum keluar dari kereta, mood diorang masih ok tak
- Selamat tak tempat yang hendak pergi. Parking ok tak? Tempat crowded tak? Mampu kawal & handle tak? Ni sangat penting. Expecially part parking kereta tu.
Bila semua lulus, saya akan pesan banyak kali pada anak-anak, tujuan, to do list bila keluar, masa yang ada, sequence macam no 1 buat apa, no 2 buat dan seterusnya juga apa yang kita tak plan nak buat iaitu the don't.
Over tak? Gitulah kekdahnya ibu anak 3 handle anak-anak bila keluar tanpa abahnya. Anak sulung saya rajin tanya lepas ni buat apa, lepas ni buat apa. Dari situ, saya pun mula biasakan diri buat plan dan bagitau kat diorang plan saya supaya kurang huru hara.
Bila memang keluar nak beli mainan, saya akan bagitau price range yang boleh dibeli. Jadi bila ada yang berkenan, mereka akan tanya saya dulu ini boleh tak? Itu boleh tak?
Kalau memang tak ada tujuan untuk beli mainan tapi mereka nak juga, kena kawtim jugalah. Kalau nak differ beli time lain, saya bagitau juga. Saya tak suka beri janji palsu asal nak lepaskan diri. Explain ja kalau xnak beli sebab apa. InsyaAllah anak boleh faham.
Benda-benda selalu dipesan tak kira masa sebagai preparation nak keluar
- Jangan ikut orang yang tak kenal
- Jangan hilang dari pandangan ibu
- Bagi ibu sentiasa nampak
- Ingat no phone ibu. Yang tak boleh hafal lagi, saya selitkan no phone saya dalam poket.
- Orang macam mana nak jumpa bila terhilang
- Praktis nak minta tolong orang
- Dah banyak kes jatuh tangga bergerak ni, saya pesan juga naik turun tangga tu berdiri di tengah, jangan dok panjat atau rapat dengan dinding tangga bergerak tu. yang ni memang pesan banyak kali. Kalau ada video viral di FB, memang saya tunjuk kat diorang & bgtau kenapa saya tak bagi buat gitu.
Wah.. Mcm nak pergi berperang ja tip. Ada parents yang tak bawa anak-anak ke shopping mall. Tak lah penting sangatkan. Asalkan anak ada exposure dan altenatif lain untuk mengajar mereka, it should be ok. Buat mak-mak yang berjauhan dari suami, bolehlah apply tip2 ni. Mula-mula susah, lama-lama mesti ok.
By,
Ida Khairani
www.ceriterakami.blogspot.com
www.mysupervitamins.com
www.sarawakauthentc.blogspot.com
No comments:
Post a Comment
Terima kasih. Komen anda dihargai.