Flash back balik apa yang saya ingat semasa Nazhan umur 2 tahun lebih.. Semasa pertama kali saya mulakan operasi bantu Nazhan secara all out. Kalau rajin boleh godek sendiri di blog ceriterakami.blogspot.com
Nazhan lahir di Miri. Bila tak ada perkataan baru dari umur setahun ke 2 tahun, saya dah risau tapi di Miri ketika tu, tak ada speech therapy. Jadi sebaik saja kami pindah ke Semenanjung saya tak tunggu lagi. Masa tu suami di KLCC, kami di rumah mak di Bukit Mertajam, sementara nak tunggu rumah di Bandar Bukit Raja siap.
Bila ke KPJ Perda yang masih baru, xada speech therapy lagi. Jadi, saya pun ulang alik bawa baby Iris masa tu yang baru beberapa bulan usia dengan Nazhan di usia 2 tahun lebih ke Loh Guan Lye, Penang. Iris memang sentiasa follow setiap speech therapy yang Nazhan jalani. Advantage la untuk diakan. Sebab tu, Alhamdulillah Iris cakap lebih lancar.
Di Speech Therapy ni, antara tip yang saya boleh recall :
- cakap slow-slow dan jelas dengan anak
- cakap dengan aksi sekali
- ulang banyak kali
- ajak anak repeat apa yang kita sebut baru beri apa dia nak
Adeh, apahal sikit sangat yang boleh recall ni. Maaflah ya. Ada jugalah saya kongsikan di blog lama saya tu.
Oleh kerana saya tahu, Nazhan ni suka tengok video. Jadi, saya rakamkan video dengan suara saya sendiri pengganti flash card. Macam gambar telephone, saya sebut telephone. Walaupun banyak ja video yang dah ada di youtube, tapi dengan suara kita sendiri tu, anak lebih berminat nak meniru. Kalau tengok youtube aja, macam one way communication. Ini dengar pula suara ibu yang merdu, excited la sikitkan.
Pada masa ni juga, saya google dan join BOLD, satu badan ngo yang bagi Playgroup untuk special kids. Di Playgroup ni, ada aktiviti pegang pensel dan follow dot-dot, masukkan bongkah kayu berlubang dalam tali, memancing, susun objek ikut warna, susun objek ikut bentuk, bersukaneka, makan bersama seni, nyanyi dan menari, relax dan calm session.. Syok dan enjoy! Kumpulan dalam 2-3 orang budak ja. Kalau speech therapy 1 to 1.
Masa ni saya baru buat Shaklee. So rutin saya memang sibuk ke hulu ke hilir bawa anak-anak ke speech therapy, join Playgroup, update blog, ambil stok di branch Shaklee, packing, dan pos barang!
Alhamdulillah, Allah beri saya kekuatan seorang ibu! Lepas ni cerita speech therapy SDMC pulak!
Ibu anak-anak syurga,
Ida Khairani
SID 846056
013 488 2382
No comments:
Post a Comment
Terima kasih. Komen anda dihargai.