Breakfast apa korang?

Kalau wahm lain bangun pukul 4 pagi, saya bangun pukul 5 pagi ja tapi still tak menggoreng apa di pagi hari. Paling hebat pun masak roti telur ja. Memang, kami tak makan heavy2 dan dijangka akan lambat kalau nak makan nasi goreng pagi2...Kalau lunch pun makan setengah jam paling kurang, maklumlah kunyah 44 kali @ sampai lumat.



Alkisahnya breakfast kami anak beranak boleh kata selalunya adalah roti berintikan nuttela dengan abahnya sekali. Selain dari tu, ada jem strawberry, peanut butter atau susu pekat. Kadang2 kalau terpesona dengan aroma teh panas atau kopi susu panas, dibuat cicah sahaja. Selalu ibu makan ala kadar ja sebab nak tolong prepare anak-anak. Lately memang minum cinch shake mix untuk bagi kenyang.



roti kegemaran anak
( Gambar mr. google )

Anak-anak akan minum air susu + mealshakes juga dan bawa bekal plain water ja. Nazhan bawa bekal roti juga ke sekolah sebab sibuk nak main dengan kawan-kawan waktu rehat. Kalau nasi lagi lambat. Roti pun pernah minta dikurangkan sebab takut tak sempat main.



Waktu hujung minggu bila semua orang breakfast agak lewat dan ada banyak masa, barulah ibu prepare makanan yang heavy. Kalau ibu nak masak, tak payah tanya nak makan apa kat anak2. Sebab kalau tanya, mesti nak makan roti canai ja. Kalau membeli di area Bandar Bukit Raja ni memang roti canai atau nasi lemak aja.



Cuma kelaianan untuk baby Iman ja. Dia ni pemakan. Nasi, roti, biskut, buah diawal pagi pun dia boleh. Kalau heavy breakfast, dia tidur lama juga. Kalau breakfast ala kadar ja, alamatnya, kejap2 jaga.. Kejap2 jaga. So, tips nak bagi baby tidur lama, harusnya tidur dalam kekenyangaan dengan suasana yang aman damai dihidangkan halwa telinga zikir asma ul husna atau zikir munajat.



makanan solid untuk bayi



Apa breakfast super pantas dan jadi favourite anak-anak korang ya?



Ibu anak-anak syurga,

Ida Khairani



No comments:

Post a Comment

Terima kasih. Komen anda dihargai.