Ada apa di GM Klang? Macam-macam ada !! Antara barang yang hot di GM Klang adalah jubah, baju wanita, baju kanak-kanak, mainan kanak-kanak, barangan bayi, tudung, manik, gadget telefon, spek, brooch, reben budak dan party pack & goodies.
Setelah sekian lama tak ke GM Klang, hari ni bawa mak mertua ke sana sempena beliau datang bertandang di rumah di Bandar Bukit Raja. Kalau dulu, mesti target utama adalah beli baju anak-anak. Sekarang mereka dah besar so, saiz pun dah tak berapa nak ada di GM Klang. Baju untuk baby Nuh Iman pun boleh di recycle dari abang dan kakak. So, save jugalah kunjungan ke GM Klang kali ni.
Kenapa GM Klang sangat HOT dan tumpuan orang? Harga dia murahlah. Harga borong tapi haruslah beli secara borong. Tak perlu nak beli banyak sangat sangat untuk murah. Contohnya beli 1 normal price, beli 3- harga borong sudah tapi less tak banyak, beli 6 atau 12 lagi murah. Ikutlah apa yang kedai tu offer.
Original tak barang di GM? Kalau mainan & baby gadget tu rasanya tak ori ya. Harga memang murah. Ergo fake tu kat sini berlambak. Harga RM 90 ja. So walaupun murah, produk yang boleh bahayakan keselamatan tak perlu beli di sini. Go for safety first!
Kedai makan pun banyak. No worry. Semalam kami makan dulu di Satay Kajang Samuri. Rupanya ada jual nasi ayam juga di sini. Kedainya di deretan kedai sebelum Shell yang dekat GM tu. Dalam bangunan GM pun ada banyak pilihan. Lepas dah shopping, kami makan roti bakar & pau mamaku di OLD ROAD Kopitiam. Kalau tak salah begitulah namanya. Ada halal JAKIM.
Parking banyak. Baru ni kami parking di open space depan GM lama dan free. Dulu basement pun free sekarang tak pasti. GM lama ada jual langsir, boleh tempah juga. GM lama tu yg setinggat. GM baru yang bertingkat-tingkat.
Jadi, kalau korang ada berdekatan Klang dan nak cari barang pada harga lebih murah atau borong, silalah ke GM Klang, berada di Bandar Botani Klang, dekat Aeon Bukit Tinggi.
Shaklee Independent Distributor 846056
Ida Khairani
013 488 2382
No comments:
Post a Comment
Terima kasih. Komen anda dihargai.