Cara Berpantang Paling Lengkap, Mudah dan Berkesan

Assalamualaikum :).Tahniah! Mesti yang membaca ni ibu mengandung atau suami yang sedang survey set semasa berpantang untuk dihadiahkan buat isteri selepas bersalin nanti. Anda mesti mencari apa yang terbaik yang dapat bantu pemulihan segera dalam tempoh berpantangkan. Apa kata, Ida bantu dengan berkongsi pengalaman Ida dan pelanggan yang telah mencuba Set Berpantang yang paling awesome, lengkap, mudah dan paling penting - BERKESAN ! Bukan nak cita over, tapi just sharing dari hati..

berpantang-dengan-shaklee

Dalam artikel ni, korang akan dapat info-info best termasuklah






Jadi, bila ja khatam artikel ni, sudah pasti yang membaca tanpa skip, akan dapat manfaat dan pengetahuan yang akhirnya membantu buat pilihan dan pembelian tepat

Korang akan
√  jimat masa untuk survey
√  terus tahu apa yang korang aspect bila cuba set berpantang shaklee
√  jatuh cinta dengan produk shaklee walaupun belum cuba!



Ok, jom ida cerita detail..


Perbandingan dan pengalaman ida amalkan beberapa set berpantang




Selepas Ida melahirkan Nuh Iman, anak ketiga Ida memang Ida tak ambil set berpantang jenama lain untuk dalaman selain vitamin untuk ibu berpantang Shaklee sahaja. Masa anak pertama dan kedua, Ida guna Salindah dan Leesa Formula. Semua best sebenarnya tapi Ida rasa masa Ida ambil Shaklee ni usia dah cecah 30-an dan sakit melahirkan anak lebih dasyat. Jadi proses pemulihannya perlu lebih intensif. Mujurlah masa ni Ida dah kenal Shaklee.

Berpantang buat pertama kali

Masa anak pertama & kedua, luka jahitan perenium almost none. Berpantang macam orang tak bersalin ja sebab tak rasa sakit langsung. So, dari day 1 dah segar bugar. Selepas beberapa hari berpantang anak pertama, tiba2 sakit punggung yang amat. Masa ni fikir kesan epidural kot. Tangan pulak sakit dok support Nazhan menyusu semasa Ida baring. Selain tu, pinggang dan belakang pun sakit bila bongkok atau dukung Nazhan. Ok..lepas tu Ida mula ambil kalsium Ostematrix Shaklee. Eh, ada juga selit Shaklee rupanya. Amazingly, sakit2 di tangan dan punggung hilang. So masa ni, set berpantang yang Ida amalkan tu belum cukup untuk cover simptom kekurangan kalsium yang Ida alami. Nasib baik di top up dengan Ostematrix hasil sedar diri fasa pertama.

Berpantang dengan anak kedua
Bila melahirkan Iris, Ida dah ambil Shaklee semasa mengandung, so lepas bersalin tu ambil set berpantang apa tak ingat. Mungkin LF juga. Walaupun masih mengharapkan epidural masa bersalin tu, sakit punggung dah tak ada masa berpantang. Alhamdulillah.. tempias amalkan Ostematrix dan vitamin Shaklee lain semasa mengandung, even dukung Nazhan pun tak rasa sakit melampau macam dulu. Proses berpantang masih lagi mudah dan senang sebab usia yang masih muda. Masa ni dah kena jaga anak seorang & baby, tapi badan sihat dan cergas, Alhamdulillah kerana dipermudahkan.

Berpantang dengan Shaklee bila anak ketiga

Masuk anak ketiga dan usia pun dah 30-an di samping rutin harian yang lebih padat dengan anak-anak, proses berpantang kali ketiga agak berlainan. Bersalin kali ni, pertama kali tanpa epidural dan malangnya mengalami koyakan perenium yang agak teruk. Huhu. Gara-gara angkat punggung sewaktu meneran bayi keluar. Pengajaran berharga, "Jangan Angkat Punggung" bila meneran nak bersalin tu. Lepas 30 hari, Ida dah kena drive sebab Nazhan dah mula sekolah darjah 1 dan encik suami out station. Jadi walaupun tak rasa segar bugar cepat macam dulu2 akibat jahitan perenium yang besar, Alhamdulillah tempoh 44 hari berpantang dengan vitamin Shaklee membantu pemulihan Ida dengan sempurna. Walaupun mak bising tak ambil sebarang herba dan jamu, kena tadah telinga dan Allah tetap izinkan kami sihat anak beranak.

Back to TOP

pilih-shaklee

Apa lebihnya vitamin berpantang Shaklee berbanding JAMU


Sebenarnya ada bayi yang sensitif dengan jamu. Ada bayi yang tak tahan panas. Ada bayi yang senang dapat ruam. Anak ketiga Ida begitu. Masa berpantang, kulit dia naik ruam panas. Walaupun tak teruk sangat tapi kulit dia tak licin. Ida dah cuba letak tepung ubi tapi tak jalan. Ida memang tak berani ambil ubat yang mengandungi chemical atau streoid untuk sapu. Kelak kulit anak kita akan terhakis dan jadi semakin nipis dan sensitif pula. Ida tak kisah sangat kulit dia tak licin sebab Ida yakin, kulit bayi belum cukup matang. Nanti dia akan jadi licin juga dan sekarang memang kulit Nuh Iman dah licin pun. So ibu - ibu jangan risau ya & kalut boh lotion pelbagai ya.



Namun, walaupun kulit bayi akan jadi matang dan cantik, kita sebagai ibu takkan la nak biar ruam semakin banyakkan. Untuk elak ruam ni, benda2 herba dan panas memang kena elak. Banyak benda Ida elak sebab nak tahu apa punca ruam ni termasuklah makanan yang orang syorkan untuk ibu berpantang seperti lada hitam. Jadi, jamu-jamu yang panas tu sangatlah TAK OK untuk bayi yang sensitif dan senang dapat RUAM PANAS.

Kalau baby ekzema pun ibu bapa kenalah test apa yg trigger ekzema baby dan perlu elak untuk makan. Oleh kerana kita sendiri dalam proses pemulihan dan perlukan makanan berkhasiat, vitamin berpantang Shaklee adalah sangat sesuai dan selamat untuk diamalkan semasa berpantang.



Ida sendiri bersyukur pilih VITAMIN SHAKLEE untuk BERPANTANG. Ida tak ambil Alfalfa Shaklee lagi sebab alfalfa ini herba juga. VITAMIN BERPANTANG Shaklee lain memang selamat untuk bayi kerana ia adalah vitamin yang sama terdapat dalam sayuran dan buah-buahan kita cuma lebih kosentrasi, dos yang mencukupi untuk pemulihan badan dan teramat senang disediakan. Ambil dan telan ja. Tak pahit dan tak ada flavour apa pun so "saya suka saya suka."

Back to TOP

shaklee-berkesan


Betulkah Set Berpantang Shaklee Berkesan?


Ramai yang risau, sebab sejak kecil kita dah diasak dengan jamu untuk berpantang. Kalau anak kita tak sensitif, kita boleh ambil jamu dan vitamin Shaklee serentak tapi jarakkan masa. Malah vitamin dari klinik dan yang disediakan doktor pun boleh. Masa anak pertama dan kedua, saya dapat vitamin free , sebab tu saya ambil serentak semua. Namun, untuk lebih jimat dan peace of mind ketahuilah, vitamin Shaklee sudah mencukupi.

Cukup berkesankah? Semasa dalam pantang, kita digalakkan makan ikan haruan. Ikan haruan ni kaya zink untuk cepat baik pulih luka. Maka  ZINK Shaklee dalam set berpantang Shaklee juga begitu.

Mengikut pengalaman sendiri, hasil check up selepas sebulan melahirkan, memang doc mengesahkan rahim dah kecut dan naik ke position asal. Selepas sebulan juga, saya sudah mampu memandu sendiri dan selepas 44 hari berpantang, rasa ngilu di bahagian jahitan dah totally gone.

Back to TOP


Apa isi kandungan set berpantang shaklee untuk ibu lepas bersalin ni??


Set Asas Berpantang mengandungui 4 supplemen iaitu
 -> Zink, B Complex, Vitalea dan Vitamin C.
Klik untuk order set berpantang asas shaklee  direct ke pintu rumah anda :X

Set Premium Berpantang mengandungi 5 supplemen
- > Zink, B Complex, Vitalea dan Vitamin C dan Energizing Soy Protein.
Klik untuk order set premium berpantang direct ke meja office anda :D.

Back to TOP



Berapa harga setiap set bersalin Shaklee ini dan berapa lama boleh bertahan?


Harga set asas berpantang sangat murah iaitu RM268.75
Ia adalah untuk kegunaan semasa berpantang bukan sahaja
sampai 44 hari malah 4 bulan iaitu 120 hari. Gila jimat!

Set premium berpantang shaklee berharga RM418.75
Set berpantang premium shaklee adalah untuk 4 bulan. Hanya ESP jika diambil sebanyak 3 kali sehari, bertaham selama sebulan setengah. Jika diambil 1 ke 2 kali sehari, boleh tahan lebih lama. Jika dicampur dan dipelbagaikan resepi, boleh hingga 4 bulan kerana hanya ambil 1 sudu sekali minum seperti saya. Stok ESP saya memang tahan agak lama kerana saya mencampurkan dengan cinch shake mix dan mealshakes. Formula nak kurus cepat ni.

Back to TOP


Adakah hanya set berpantang shaklee sahaja dah cukup? Apa fungsi setiap
Vitamin dalam set berpantang Shaklee yang bermanfaat untuk ibu bersalin?


Set berpantang shaklee sudah mencukupi jadi tak perlu membazir.

Di dalam set shaklee ada b complex yang berfungsi untuk mengelakkan meroyan, beri ketenagan, menukar makanan kepada tenaga. Jadi ibu lebih happy, tenang, sihat dan bertenaga.

Dalam set ini ada juga vitalea dan vitamin c. Vitalea membantu melancarkan pembuangan dan melengkapkan kekurangan nutrisi dalam diet ibu berpantang. Vitalea juga ada zat besi yang sangat kritikal untuk elak anemia dan bantu pembinaan hemoglobin di dalam darah.

Diambil dengan vitamin C akan membantu penyerapan zat besi dalam vitalea. Vitamin C sangat penting untuk membaik pulih dan meningkatkan imun badan. Diharapkan ibu cepat sembuh dan kuat untuk menjaga bayi & anak2 lain.



vitamin-asas- shaklee

Zink dalam set ibu berpantang Shaklee sangat disukai ramai. Zink memainkan peranan merawat luka dalaman ibu bersalin. Selain tu, zink juga sangat penting untuk elakan keguguran rambut. Sekitar usia bayi 5 bulan, rambut ibu akan banyak gugur kerana proses semulajadi dan juga kerana kekurangan nutrisi. Jadi teruskan mengambil zink dan ESP untuk membantu mengurangkan masalah keguguran rambut dan menguatkan akar rambut.

Menurut Dr Zubaidi, tahap zink yang rendah dalam darah semasa dalam tempoh pantang boleh menyebabkan mereka mudah mengalami “post-natal depression” (meroyan). Begitu juga dengan keperluan zat besi dan Vitamin B yang sangat penting bagi pembentukan sel darah merah. Semasa proses kelahiran, banyak darah keluar dan perlu digantikan. Zat besi dan vitamin B sangat diperlukan dengan jumlah yang banyak bagi membentuk sel darah merah yang baru. Beliau sendiri sangat rekomenkan pengambilan vitamin Shaklee.

Dalam set premium ada ESP a.k.a Energizing soy protein. ESP ni adalah protein unggul yang sangat banyak
manfaat. Ia memberi tenaga, bantu pemulihan, bantu pembinaan tubuh bayi dengan memperkaya nutrisi susu ibu dan banyak lagi. ESP turut menjadi MILK booster untuk saya dan banyak ibu lagi. Bonus extra lain pun dapat juga seperti kulit yang lebih sihat dan cantik. Luka juga cepat baik.

Back to TOP


Supplemen lain untuk top up pada set berpantang Shaklee untuk tujuan penyusuan.


Untuk susu jadi banyak, ibu kena amalkan supply vs demand. Jangan down bila susu sikit sebaliknya terus menerus memberi. Kelenjar susu yang konsisten di stimulasi oleh bayi, pasti akan menghasilkan susu yang banyak. Kata kuncinya kena konsisten dan tidak putus asa.

Mood dan kesihatann ibu juga membantu dan set berpantang ini sudah cover keperluan itu.

Jika masih tidak mencukupi, cadangan saya adalah



Ostematrix @ kalsium
- merupakan komponen penting susu ibu.
- menjadi MILK Booster
- memberi ibu tenaga dan cover keperluan kalsium seorang ibu BF yang sangat kritikal.
- saya amalkan kalsium kerana saya memang tak cukup kalsium. Kalau termiss beberapa hari, badan saya memang sakit-sakit kerana kalsium untuk bayi yang menyusukan diberi keutamaan oleh badan kita. Mereka akan dapat kalsium dari kita hingga cukup selebihnya sahaja tinggal untuk kita. Kalau ada ibu yang tak ambil ESP atau ostematrix, tak makan sayur, tak minum susu, masalah akan jadi lebih kronik.



sumber-kalsium-semulajadi



Alfalfa
- untuk bayi yang tidak ada masalah kulit sensitif, ya ini adalah MILK booster yang sangat mustajab dan glamur di kalangan ibu.
- ibu boleh ambil dari 2 biji ke 10 biji mengikut keperluan badan dan keperluan bayi.
- ia adalah kegilaan ibu-ibu berkerjaya yang sibuk menyimpan stok EBM semasa berpantang



Lecitin
- kadang2, ibu akan mengalami bengkak susu.
- ini berlaku bila ada saluran susu yang tersumbat.
- bengkak susu boleh jadi juga bila susu ibu tidak diperah sebaiknya atau payudara tidak dikosongkan.
- keadaan boleh jadi lebih serius dan parah jika bengkak susu tidak diselesaikan.
- lecitin membantu mengelakan bengkak susu.
- selain tu, lecitin membakar lemak di saluran darah dan membantu proses menurunkan berat ibu dan menurunkan risiko sakit jantung.
- so ibu yang nak kurus cepat, sila top up lecitin dalam set berpantang anda.

Back to TOP

Banyak betul info yang Ida kongsikan khas untuk persediaan ibu bersalin nanti. Harap sekarang anda yakin dan memilih set berpantang shaklee kerana ia sangat komprehensif.


VIDEO Testimonial Ibu Berpantang dengan Set Berpantang Shaklee !


Tak percaya dengan keberkesannya? Tonton video ibu yang berpantang dengan set berpantang ini. Lebih hebat lagi, anaknya adalah premature baby.. di mana ibu ni perlu pulih lebih cepat dan proses berpantang yang lebih memenatkan berjaya diatasi!







Back to TOP

Boleh klik link ini untuk lebih banyak testimonial para pelanggan Shaklee.

Ibu anak-anak syurga,

Ida Khairani

013 488 2382


Email admin untuk pertanyaan cars order shaklee Cara mudah jadi ahli shaklee

1 comment:

  1. […] Pulih lebih cepat semasa berpantang dan sakit – jika anda baru bersalin atau dalam tempoh pemulihan selepas kemalangan atau pembedahan, ambillan ESP. Protein sangat membantu dan berkesan untuk cepatkan baik pulih. Terbukti bila ramai yang top up ESP semasa berpantang tau.  […]

    ReplyDelete

Terima kasih. Komen anda dihargai.