Cuti Maulidur Rasul yang lalu, kami pulang ke kampung di Pulau Pinang. Alhamdulillah, cuti yang pendek tu dapat dimatfaatkan sepenuhnya. Habislah ronda semua rumah yang wajib dikunjungi. Walaupun cuti sampai hari Selasa, demi nak elak jam dan nak settle kerja2 rumah, Isnin kami dah pulang ke Bandar Bukit Raja.
Rabu pagi, kami bertolak ke Kuantan pula. Setelah sekian lama, inilah peluang untuk mengikut abah pergi berkursus. Last sekali rasanya ke Kuala Terengganu, dekat setahun yang lalu. So, Nazhan ponteng sekolah 3 hari.
Kami tak berjalan mana sangat di Kuantan walaupun abah tinggal kereta dan pergi kursus dengan kawan-kawan dia yang lain. Kami 3 beranak keluar untuk urusan pos barang Shaklee di sebelah petang dan cari makan untuk lunch dan tapau untuk dinner.
Namun, kemudahan di hotel digunakan sepenuhnya. Stay di Hotel Hyaat pun cuma 3 hari 2 malam. Jadi, cuma sehari ja ke gym. Hehe..Setiap petang mandi swimming pool dan main di pantai. Pantai dekat sini namanya Pantai Teluk Chempedak sangat cantik dan bersih. Selamatlah terhidu berita yang pantai ini telah meragut nyawa orang ramai sejak beberapa minggu lepas. Jadi, memang kami tak sentuh pun air laut.
Layan gambar ya. Hotel ni sangat best ok. Pekerjanya sangat tip top. Malangnya dalam sehari kami di sana, diorang tengah nak up grade kemudahan air. Jadi hampir sehari suntuk bekalan air terganggu. Air yang ada panas. Selamatlah ibu bawak water pitcher Shaklee, habuan nak tadah dan bagi sejuk untuk kegunaan kecermasan. Kalau tak, jenuhlah terbakar time nak menjirus tu.
Yang paling best, rezeki melimpah luah masa berada di sana. Terima kasih ke atas rezeki Allah untuk orang yang bermusafir.
best dapat main pasir sambil angin menderu....;-)
ReplyDeletebest2x..
ReplyDeleteseronok sgt..nikmati pemandangan tepi pantai sambil makan2..
ReplyDelete