Sejak hari ahad ibu sakit gusi. Belek-belek, nampak gigi bongsu dah memang selamak keluar. Sakitnya bukan di gigi tapi di area gusi bahagian hujung. Aduh.. Susah sungguh nak telan air liur sekalipun.
Makan ubat farmasi ja dulu. Minta abah belikan, so dok telan paracetomal 650mg dan ubat kurang bengkak. Lepas makan tu, beransur kuranglah sakitnya. Boleh tahan dalam 6 jam. Then dah rasa sakit balik.
Sebelum dapat ubat tu, ibu ikut petua untuk kurangkan bengkak
-Rebus limau nipis yang dibelah 4 dengan 8 cubit garam hingga mendidih. Bila dah mendidih, tutup air. Kumur bila suam.
Hari Isnin, abah emergency leave. Nazhan pun demam juga. So, oklah. Kami sama-sama rehat di rumah. Abah bawak p dentist. Dia p cuci gigi. Ibu pergi minta consultation. Nazhan pun sama.
Hasilnya, doktor kata kena cabut gigi bongsu ibu tu. Dah agak pun komen doktor tu sebab dah google. Cuma agak scary sebab siap kena potong tulang bagai. Memang tak nak la sebab time tu dok ambil ubat farmasi ok ja. Then, pukul 3 pagi jaga, sakit ya amat. So, rasa-rasanya memang kena cabut juga ni.. Auuwww..
Kes gigi Nazhan pula, doktor cakap pasal PLAK. Betul ke eja ni. Gigi depan ja rongak. Dalam setahun 2 lagi luruh la dan nak tumbuh gigi kekal. Gigi geraham lambat lagi nak tumbuh yang kekal. So, kena berus betul-betul. Baik doktor. Selamat gigi Nazhan yang lain masih lagi awesome. Hopefully berkekalanlah.
Since Nazhan cuti sekolah next week, plan nak buat weekend ni sebab proses nak recover lepas cabut pun sangat perit. So, camna nak drive ulang alik ke sekolah Nazhan. Mahu terlantar ja nanti. Payah la dengan ada anak kecil 2 orang kalau ibu sakitkan.
Semoga ibu berjaya mengharunginya.. Fuuuhh.. Sayanglah gigi i tu..Kesian diakan..baru tumbuh nak kana cabut..tapi mood orang sakit ni memang tak best. Asyik nak melepek atas katil ja. Padahal kerja menimbum. Jadi, terpaksalah juga.. Ada few days untuk make up my mind.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih. Komen anda dihargai.