Bagaimana nak ajar anak menjawab soalan kenapa

Nak ajar anak kena la bagi menarik sikitkan. So, ibu bagi contoh aktiviti yang menyeronakkan. Mula-mula mungkin dia follow ja, insyaAllah nanti dia akan faham penggunaan jika kita pun mempelbagaikan soalan kenapa ni

Ambil water color dan minta anak pilih.
"Nazhan nak color apa?"
Since Nazhan dah kenal warna, so dia akan jawab, "blue".
Kalau anak yang tak kenal, kita bantu
"red or blue" sambil tunjuk dengan jelas satu per satu.
Bila dia dah pilih, kita ambil dan letak dalam bekas sambil cakap " Ibu ambil blue, letak sini".
Celupkan 1 jari kita dan cakap
"Ibu masuk 1 jari dalam bekas, now your turn".
Kemudian "Ibu cop di kertas, now your turn"

Mesti anak kecil suka comot-comot ni, most of them la.

Then..berlakon sikit..
"Kenapa tangan Nazhan?"
Yang dia tahu jawab, " Oo..dirty"
Then kita bantu..
" sebab.." pause tunggu dia follow. Kalau dia tak follow, bantu sikit "seeeee ..." "seeee.."
Kalau tak sambung, kita bantu lagi "baaaab.." "baaaab"
Then sambung ayat dengan gaya sekali.
"Nazhan"- point to himself
"main" - buat gaya main mcm tangan jogging setempat tu
"color" - tunjuk jari dia yg ada color tu.

Kalau anak yang perlu dibantu, pause 1 word by 1 word. Kalau yang dah follow laju ja, terus ja 1 ayat.

Then repeat, jari lain pulak.

Ulang ja soklan sama. Bagi dia chance jawab sendiri selepas 2-3 kali ulangan.

Aktiviti lain yang boleh latih jawab soalan kenapa ni macam

"Ibu nak makanlah. Kenapa ibu nk makan? Sebab ibu lapar"

"Ibu, Iris cry!!",Nazhan ngadu.
"Why Iris cry?",ibu soal. Kita bantu, "sebab Iris nak susu?". Then dia reply, "Yes ibu. Sebab Iris nak susu".
Lepas tu dia akan bagi jawapan sama everytime kita tanya why Iris cry termasuklah bila dia rebut toys. Haha!!
So, pelbagaikan lagi soalan dan bagi skema jawapan kat anak. InsyaAllah lama-lama nanti dia akan faham dan guna ditempat yang betul.


Selamat mencuba!

1 comment:

  1. jadi ibu kena creative kan ? Terima kasih untuk tips tu. Anak saya suka main main. Elok elok ckp betul nanti dia buat-buat jadi gurau. End up dgn dia sendiri confius dgn warna.

    ReplyDelete

Terima kasih. Komen anda dihargai.