Kita rewind dulu kisah2 lama termasuk raya. Haha!! Next entry aku cita kisah semasa.
Tahun ni giliran raya kampung husband. Tak ada la jauh mana pun. Tidur pun semalam ja rumah mak mertua. Ingat nak tolong buat ketupat, tp dia dah siap semua. Tinggal balance2 untuk aku try ja. Maybe raya haji, aku boleh buat ketupat sendirilah. Haha!!
Ok, raya tahun ni ala kadar ja. Memang tak shopping sangat. Baju official & baju budak2 aku dah beli masa di Vietnam. Raya banyak dok rumah ja. Aku nak gi rumah orang lain, semua pakat keluar beraya. Nak balik kampung, mak sedara aku datang beraya Penang plk.
Al kisahnya kami pakat demam pulak seminggu selepas raya. Cuti raya 2 minggu. Balik2 raya, anak2 masuk DEMC. Tak la teruk tapi sajalah nak cepat sihat. Minggu ke-3 Syawal, ibu marathon puasa ganti. InsyaAllah dapat juga pahala sunat. Abah pun puasa sama. Best2. Lunch time aku masak nasi goreng, mee goreng & ayam goreng ja untuk budak2.
Then, kami dapat berita adik ipar aku accident moto. Kepala kena operate sebab darah beku. Mujur tak memudaratkan. Selepas operate dah sedar dan kenal orang. Kami balik melawat seminggu selepas accident. Kesian juga. Muda lagi. Hopefully, adik ipar aku boleh pulih dan semakin baik dari dahulu. Amin. Jauh lagi perjalanan hidup dia.
Alang2 balik, aku join reunion sekolah rendah. Sempoi ja. Makan ramai2. Lebih pada small gathering la sebab ramai yg tak dapat hadir tapi 2 cikgu mat nor cukup sporting untuk join. Cayalah . Next time, boleh buat lagilah.
Itulah kisah lalu version fast forward. Hehe.. Supaya aku ingat apa yg jadi Syawal 2011.
Ida Khairani
www.MySuperVitamins.com
Untuk pesanan, boleh hubungi admin@mysupervitamins.com atau walk in ke cawangan Shaklee dengan menyatakan id saya untuk dapatkan harga ahli. Trial pack TIADA di cawangan, hanya dari saya dan kumpulan Euphoria sahaja.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih. Komen anda dihargai.